11 November 2019

Di Sebalik Tabir

HYE U'OLSS..!. See me again.. 
Kali ni sis ima muncul semula dengan hasil karya novel pendek yang bertajuk Satu Nama Dalam Hati.

Di posting ini ima akan ceritakan serba sedikit di sebalik pembikinan novel pendek karya ketiga ima ini ok. Selamat membaca!



AL KISAHNYA PUN BERMULA..

1. TAJUK  novel ni, bukan ima yang cipta ok. Why not me? Haa.. ni nak cerita la ni..huhu.. Actually novel pendek ni adalah permintaan dari seorang kawan sekerja yang ima kenal masa ima kerja part time di The Store, Central Square, Sungai Petani. Cerita 8 tahun lepas yang masa tu ima kerja part time promoter kat kedai kasut sementara nak tunggu tawaran belajar la katakan.

    Orang yang ima maksudkan tu namanya Mohd Firdaus atau lebih dikenali dengan nama Abang Ferd. (kalau Abg Ferd yang tengah baca ni, pasti senang hati sebab permintaan dia telah ima tunaikan huhu). Pasti anda semua tertanya-tanya kan? Macam mana dia tahu ima suka tulis novel?

     Ini la nak cerita lagi ni.. ima ringkaskan la ya. Member ima yang kerja kat situ juga ada la cerita kat dia pasal ima ni suka tulis novel, so dipendekkan cerita Abg Ferd ni minta la tolong ima buat kan dia sebuah manuskrip yang rangka ceritanya dia yang tulis. Ima tak ada hal sebab masa tu tak ada lagi terfikir nak tulis novel baru ke apa. So this it!. 

     Ok. Lagu tema novel ni pun Abg Ferd yang pilih iaitu lagu jiwang dari kumpulan E.Y.E. dengan tajuk lagunya 'Satu Nama Tetap Di Hati'. Pasti mamat-mamat kat luar sana tu tahu kan lagu ni? Abg Ferd kata.. (setelah dia disoal siasat oleh ima lagak seperti seorang inspektor polis la kata kan), Lirik dalam lagu ni sesuai sangat dengan cinta Amir dengan Zulaika tu. I think so..

2. SIS IMA MULA TULIS novel pendek Satu Nama Dalam Hati. ni pada pertengahan tahun 2011. Actually novel pendek ni sepatutnya hanya mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk disiapkan tapi yela kita sebagai manusia biasa pasti ada halangan masing-masing kan? So ditambah masa lapang ima n ditolak masa kerja ima, Terlajak la ke 4 BULAN baru novel ni disiapkan pada ketika itu. Kini di tahun 2019 sekali lagi, karya ini diisytiharkan siap sepenuhnya selepas ima melakukan beberapa olahan plot jalan cerita supaya karya ini lebih bernyawa lagi daripada sebelum ini.

3. NAMA WATAK di dalam novel Satu Nama Dalam Hati. ni pula, like I said, Abg Ferd punya cerita la. So watak-watak dalam ni semua dia yang cipta. Ima just ambil dan ima olah semua watak-watak tu jadi satu cerita yang menarik dan hidup. Ini sebab member ima kata, sepanjang Abg Ferd ni tulis novel pasti tak ada endingnya. Macam mana tu ek? Hihi.. and ima rasa cerita ni mcm tak ada kaitan dengan Abg Ferd pun tapi ima rasa peranan setiap watak ada la kot kaitan sikit dengan dia. Emm.. soal ni ima tak boleh komen lebih sebab ima tengok kan Abg Ferd pun macam malu je nak cerita huhu..

4. ORANG PERTAMA yang baca novel Satu Nama Dalam Hati. ni semestinya Abg Ferd. Sebab before nak bagi orang lain baca, tentu la kena dapatkan kata putus Yes or No dari tuan punya karya asal ni kan? dan sekarang anda mungkin jadi orang yang tak terbilang sebab anda semua boleh baca secara percuma di laman blog / wattpad ima ok.

5. HARAPAN SIS IMA agar pembaca dapat baca novel pendek ini dan dapat menghayati watak-watak yang dicipta untuk dijadikan sebagai teladan bersama. Ima juga berharap agar tulisan karya ketiga ima & karya asal Abg Ferd Satu Nama Dalam Hati. ini diterima oleh semua kaki-kaki novel. Kita baca santai-santai aje ok. Buat Abg Ferd.. ima doakan semoga Abg Ferd kekal bahagia hingga ke Jannah di samping isteri tersayang ya!

DI AKHIR KATA, ima berharap semua pembaca dapat memberi sokongan yang padu buat ima dalam menulis karya yang lebih bermutu dan bernyawa lagi selepas ini. InsyaAllah..

PERMINTAAN SIS IMA BUAT ANDA SEMUA YANG SEDANG BACA POSTING INI.!!

Semoga anda semua yang lawat blog ima ini sudi BACA novel Satu Nama Dalam Hati. dan jangan lupa bagi REVIEW anda sekali ya. (ima terima dengan hati terbuka segala komen anda tu ya. Tidak kisah la komen baik ataupun sebaliknya.) Ok la.. ima kena beredar dulu sebab masa terlalu mencemburui kita (Masa jealous gila sekarang ni.. hihi). Macam biasa, terima la serangkap pantun ima tujukan special untuk korang semua sebelum ima undurkan diri ni ya.

Di akhir kata, kalau ima ada tersalah kata ke sepanjang ima berada di dalam blog ni, harap dimaafkan ye.. INGAT!!!.. yang buruk semuanya datang dari KITA.. and yang baik tu hanya datang dari ALLAH S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤