11 November 2019

Bab 6

BERMINGGU berlalu, Zuhaira lagak seperti biasa namun dia seolah-olah seperti seorang gadis yang pendiam apabila berhadapan dengan Rokiah. Seolah-olah wajah ibunya itu seakan rupa papan tanda yang bertulis perkataan ‘Senyap’. Terkunci mulut rapat. Rokiah pula tidak mahu memikirkan lagi pengakuan anak gadisnya itu. Baginya, cukuplah kata-kata teguran yang diberi dan berharap semuanya akan pulih kembali seperti sedia kala. Tanpa campur tangannya.
“Ma, adik tak bangun lagi ke?” tanya Zulaika ketika melangkah ke dapur. Berpakaian lengkap sekolah. Wajah Zuhaira tidak mengisi pandangan matanya pagi ini. Mana tidaknya, setiap pagi adiknya yang akan menjadi orang pertama yang berada di ruang dapur sebelum dirinya menjengah ke situ.
“Tadi mama dah ketuk pintu bilik dia. Rasanya dah bangun la kot.” balas Rokiah sambil mengacau air milo panas di atas meja dapur. Sekilas memandang ke arah anak sulungnya itu.
Zulaika mengerling ke arah jam dinding dapur seketika. “Dah pukul berapa dah ni. Selalunya dia yang bangun awal dulu dari Aika. Err.. Aika naik atas kejap la ma. Nak panggil dia tengok. Entah-entah adik tertidur balik kot.”
Rokiah memerhati Zulaika melangkah keluar dari ruangan dapur. Hatinya cukup tersentuh dengan sikap anak sulungnya itu yang begitu menyayangi Zuhaira sepenuh hati. Dia sedih apabila teringat kembali akan pengakuan Zuhaira tempoh hari. Pasti Zulaika akan turut berasa lebih sedih daripada dirinya sekiranya dia juga tahu perasaan sebenar Zuhaira terhadap Amir.
Tuk! Tuk!. “Adik.. adik.. Siap lagi tak? Jom turun makan. Nanti adik tak sempat makan pagi pulak. Kejap lagi bas sampai, terlepas pulak...” bebel Zulaika sendiri sambil menolak pintu bilik Zuhaira yang seakan tidak berkunci. Dia segera mengintai ke dalam bilik tidur gadis itu. Kelihatan Zuhaira yang masih lagi berbaring di atas katil. Berselimut. “Hai laa.. adik, masih membuta lagi dia ni.. Ish ish.. adik, bangun la.” geleng Zulaika beberapa kali sambil mengerak-gerakkan tubuh Zuhaira yang sedang berbaring itu. Namun seakan tiada balasan. Wajah Zuhaira yang kelihatan pucat lesi itu membuatkan Zulaika rasa semakin cemas. “Mama.! Mama..!” jerit Zulaika akhirnya terletus setelah pasti Zuhaira tidak sedarkan diri lagi. Puas dipanggil namun tiada juga balasannya.
“Aika, kenapa ni?” tanya Rokiah cemas setelah melangkah tergesa-gesa masuk ke dalam bilik itu. Mencari tahu punca Zulaika menjerit kuat memanggil dirinya.
“Adik ma.. Badan adik panas sangat ni. Dari tadi lagi Aika panggil dia tapi adik tak sedar-sedar pun.” balas Zulaika yang masih mengerak-gerakkan tubuh Zuhaira. Sekilas memandang ibunya. Dia jadi panik!
Rokiah segera menyentuh badan Zuhaira. Dia pula jadi bertambah cemas. “Ya Allah, Aika.. Panas la badan adik ni. Cepat! tolong mama angkat adik masuk kereta ya. Kita kena hantar adik ke hospital ni.”
Zulaika mengangguk faham dan bersama-sama Rokiah segera memikul Zuhaira turun dan membawanya masuk ke dalam perut kereta. Rokiah segera memandu keretanya itu ke hospital yang berdekatan.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“MAMA, macam mana keadaan adik? Doktor kata apa, ma?” tanya Zulaika setelah memandang Rokiah dan Razif yang baru keluar dari bilik doktor yang merawat Zuhaira selama hampir setengah jam itu. Razif segera datang ke hospital tersebut setelah Rokiah memberitahunya walaupun pada mulanya wanita itu menghalang dia datang.
“Doktor kata adik kena demam panas. Nasib baik kita hantar cepat sebelum demam dia tu bertambah teruk.” jawab Rokiah bernada lega. Dia kembali tenang dari situasi cemas sebentar tadi.
“La ya ke.. Syukur alhamdulilah. Patut la dua tiga hari ni Aika tengok dia nampak pucat je. Emm.. jadi bila adik boleh keluar wad ma?” tanya Zulaika dengan nada lega. Bersyukur sangat!
“Doktor kata adik kena tahan dalam tiga hari macam tu. Err. Aika sayang, Aika balik la dulu dengan Uncle Razif ya. Esok kan Aika ada kelas.” pinta Rokiah sambil mengusap lengan anaknya itu. Razif hanya memerhati tenang.
“Tapi adik ma..” Zulaika lagak seakan ingin membalas tapi segera dipintas Rokiah.
“Tak apa. Malam ni biar mama yang jaga adik ya. Oh ya.. nanti balik, jangan lupa tulis surat dekat cikgu kelas adik ya. Sebab adik dapat MC lima hari dari doktor. Ini dia.” pesan Rokiah sambil mengeluarkan surat medical certificate dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Zulaika yang setia menanti. Surat yang diberi oleh doktor yang merawat Zuhaira sebentar tadi.
“Hmm.. ya la ma. Aika balik dulu ya.” angguk Zulaika faham. Seakan mengalah dengan pesanan ibunya itu.
“I pergi dulu ya Rokiah. Anything just call me okay.” ucap Razif. Rokiah mengangguk mengerti dan memandang kekasih hatinya itu berlalu seiringan bersama Zulaika berjalan keluar dari hospital tersebut.
Rokiah hanya memerhati. Dia segera memasuki semula wad yang menempatkan tubuh Zuhaira. Dia pandang lama Zuhaira yang masih belum sedarkan diri itu. Dia menghelakan nafas panjang sambil tangan mengusap perlahan rambut anak gadisnya itu. Sayu terasa seketika.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“ASSALAMULAIKUM adik?” ucap Zulaika setelah tiba di hadapan pintu kelas 4 Orkid 3. Ketika itu keadaan di dalam kelas seakan sedikit bising kerana cikgu yang bertugas belum memunculkan diri. Masing-masing dengan gelagat tersendiri.
“Waalaikumusalam. Ya.. Err.. akak ni kakak Zuhaira kan?” tanya Dina tersenyum mesra. Manakala Janah yang bersebelahannya hanya memerhati.
“Ya. Err.. boleh akak jumpa dengan Amira, kawan baik Zuhaira.”
“Amira??” Kedua-dua anak muda itu tercengang seketika mendengar nama itu disebut di bibir Zulaika.
“Hmm.. Amira.” ulang kata Zulaika sekali lagi. Kepala diangguk sekali. Bibir tersenyum manis.
“Emm.. kat kelas kami ni mana ada nama Amira kak. Aminah ada la.” kata Dina aneh. Lagak tersengih.
“Ya la. Oh ya kak, Zuhaira mana kak? Kenapa dia tak datang sekolah hari ni? Latihan bola jaring petang semalam pun dia tak datang kan.” sampuk Janah sekilas memandang temannya itu. Ingin sokongan. Dina mengangguk lagak mengiyakan.
“Err.. biasa masa Zuhaira datang latihan bola jaring, dia selalu datang dengan siapa ya?” tanya Zulaika dengan soalan barunya tanpa menjawab soalan dari kawan kelas adiknya itu.
“Oh.. selalu dia datang dengan boyfriend dia? Apa nama tu..” jawab Dina sekilas memandang Janah.
“Amir Firdaus.” jawab Janah pantas. Lagak seakan mengerti.
“Haa.. ya Amir Firdaus.” angguk Dina mengeyakan nama itu disebut.
Tercengang seketika Zulaika mendengar nama itu terpancul di kedua-dua mulut Dina dan Janah. “Amir Firdaus?”
“Ya. Err.. kenapa kak?” tanya Dina seakan pelik dengan perubahan riak wajah Zulaika itu.
“Oh ya Amir tu. Ya akak kenal. Emm tak apalah.. Oh ya.. ini surat MC Zuhaira. Dia kena demam panas. Kena tahan di wad.” geleng Zulaika segera menghulurkan surat tersebut kepada Dina.
“Oh patut la dia tak datang. Erm.. teruk sangat ke demam dia tu kak sampai kena tahan ni?” tanya Janah terbit rasa risau. Dina mengangguk pantas lagak ingin juga tahu.
“Emm.. tak ada la teruk sangat. Lagi dua tiga hari sembuh la dia. Ok la akak nak masuk kelas balik ni. Nanti jangan lupa bagi surat ni kat cikgu kelas ya.” pesan Zulaika memandang kedua-dua rakan sekelas Zuhaira itu.
“Okey.. bye kak.” balas Dina dan Janah tersenyum gembira sambil melambai tangan.
Bye.” balas Zulaika tersenyum sambil melangkah pulang ke kelasnya.
“Amir? Amira ialah Amir? Kenapa adik tipu aku?” tanya Zulaika sendiri. Cuba meneka-neka tujuan Zuhaira bertindak begitu.
Rasa tak sedap hati Zulaika kian mendalam. Dia ingin benar pulang ke rumah walaupun waktu pembelajaran masih panjang. Setelah habis waktu persekolahan, Zulaika segera pulang ke rumah. Dia memasuki bilik Zuhaira. Diselongkarnya barang-barang kepunyaan adiknya itu. Dari laci sehinggalah ke katil gadis itu. Dia terpaku seketika apabila anak matanya menangkap gambarnya bersama dengan Amir. Lama dia cari gambar kenangan dia bersama lelaki itu. Kini ada terselit di bawah bantal tidur Zuhaira.
“Ya Allah. Tak mungkin.” geleng Zulaika terduduk di atas katil. Gambar tidak lengkap itu ditenungnya lama. Seakan tidak percaya.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“EH! Kak long..” Zuhaira seakan terkejut apabila terpandang Zulaika yang memunculkan diri di sebalik dedaun pintu wad itu. Membuatkan dia terberhenti dari terus membaca surat khabar Berita Harian yang ada di situ.
“Hai.. adik dah makan?” tanya Zulaika tersenyum manis setelah menghampiri katil adiknya itu.
Zuhaira mengangguk lagak ceria. “Dah. Baru je tadi nurse kat sini bagi adik makan. Err.. kak long datang dengan siapa? Mama mana?” tanya Zuhaira sambil mengintai-intai ke arah pintu wad. Cuba mencari kelibat Rokiah, ibu jantung hatinya.
“Tak. Kak long datang seorang je ni. Naik grab car. Mama tak dapat datang sebab ada mesyuarat kat sekolah hari ni.”
“Oh.. Kak long, lama lagi ke adik nak stay kat sini? Adik boring la kak long. Adik nak balik rumah la..” kata Zuhaira manja. Lagak memujuk.
“Alaa.. tak lama lagi boleh keluar la. Adik kan masih demam lagi ni. Tengok ni.. masih tak sihat lagi ni.” balas Zulaika sambil meletakkan tapak tangan kanannya di atas dahi Zuhaira. Panas masih lagi terasa.
Zuhaira mula tarik muka. “Ya la tu.. Demam adik ni dah surut la. Kak long suruh la mama minta surat dari doktor. Bagi adik keluar cepat.. hmm?” rayu Zuhaira sambil menarik-narik perlahan lengan baju kakaknya itu.
“Ya la ya la. Nanti kak long beritahu mama okey.” kata Zulaika setuju lagak mengalah.
“Okey. Adik sayang kak long..” balas Zuhaira dan menyambung baca semula surat khabar yang masih berada di atas ribanya itu.
“Err.. adik..” panggil Zulaika setelah melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di situ.
“Emm? Ada apa kak long?”
“Apa pendapat adik tentang Abang Amir?” tanya Zulaika ingin tahu. Dia mula ingin mengorek rahsia hati Zuhaira yang dia tidak tahu.
“Abang Amir? Err.. maksud kak long?” tanya Zuhaira aneh.
“Tak ada la. Abang Amir tu macam mana ya. Bagi pandangan adik la kan.”
“Oh. kak long nak tahu pasal Abang Amir ke? Abang Amir bagi adik la kan, dia seorang yang baik, handsome and suka tolong orang.” jelas Zuhaira tersenyum.
“Adik suka Abang Amir tak?” pantas pertanyaan itu terkeluar di mulut Zulaika. Walaupun pada mulanya dia teragak-agak.
Aik, kenapa kak long tanya adik macam ni?” tanya Zuhaira makin bertambah aneh. Dia jadi lagak tidak tenang.
“Tak ada la. Kak long tanya je ni.” balas Zulaika ringkas. Tersenyum kelat.
“Emm.. kalau nak adik cakap betul la kan kak long. Adik memang suka dia pun. Kak long tahu tak, dia tu macam lelaki idaman adik tau. Mesti best dapat boyfriend macam Abang Amir tu kan kak long.” Zuhaira bercerita habis. Bernada ceria.
“Ya best.. best sangat. ” senyum kelat Zulaika bertambah apa memandang reaksi adiknya itu. Ternyata adiknya itu memang menyimpan perasaan pada Amir, kekasih hatinya. Sungguh tak sangka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤