11 November 2019

Bab 3

“KAK long, petang nanti adik ada latihan bola jaring la. Teman adik boleh tak?” tanya Zuhaira sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa. Membuatkan Zulaika yang sedang berbalas mesej dengan Amir kalih pandang padanya seketika.
“Petang ni? Ala.. sorry la adik. Kak long ingat petang ni nak keluar dengan Abang Amir la. Kak long dah janji dengan dia semalam.”
“Oh.. Emm tak apa la.”
Sorry ya. Lain kali kak long teman adik ya. Kak long janji! Nanti kak long siap bawa sepanduk sokong group adik lagi okey?” kata Zulaika segera bangun memeluk leher adiknya itu dari belakang. Seakan ingin cuba memujuk gadis itu dari terus merajuk panjang.
“Ehm.. ya la tu..” muncung Zuhaira sambil mata memandang kembali ke arah peti televisyen.
“Okey. Kak long pergi mandi dulu ya. Nanti lambat pulak nak keluar dating ni.” seloroh Zulaika sambil mencuit lembut bahu Zuhaira.
Zuhaira hanya memerhati Zulaika mengira anak tangga ke tingkat atas. Mindanya cuba merancang sesuatu.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

‘KRING! Kring!’ Deringan muzik jelas berkumandang di telefon bimbit Amir. “Hello.” pantas Amir menjawab.
“Hello. Hai Abang Amir. Aira ni.”balas Zuhaira lembut.
“Oh Aira.. Hmm ya.. ada apa Aira call Abang Amir ni?”
“Tak ada la. Aira nak minta tolong Abang Amir sikit ni. Boleh tak?’
“Boleh. Tolong apa? Cakap je.”
“Tolong teman Aira pergi sekolah boleh tak? Petang ni ada latihan bola jaring la. Kak long sibuk pulak.”
“Kak long sibuk?”
“Hmm.. dia kata ada assignment yang nak kena siap la. Cikgu dia bagi last minute tadi. Kesian pulak Aira tengok dia. Tu yang Aira tak nak ganggu dia tu.” bohong Zuhaira panjang lebar. Bernada kesian dengan kakaknya itu.
“Oh..” balas Amir lambat.
“Err.. boleh tak Abang Amir teman Aira petang ni?”
“Ok. Nanti petang Abang Amir ambil Aira ya. Emm.. pukul berapa?”
“Ok. Pukul 3.30 petang ni ya. Thanks Abang Amir. Aira sayang abang! Muah!” balas Zuhaira sambil mengucup ganggang telefon bimbitnya itu.
Talian dimatikan. Geleng Amir tersenyum tawa. Memang lucu lagak adik kekasih hatinya itu. Dulu memang dia sangat teringinkan seorang adik perempuan tetapi apa boleh buat, dia hanya anak tunggal dalam keluarga. Jari jemarinya pula pantas menekan butang-butang keypad. Sedang menaip mesej. Pantas!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“ADIK, petang ni adik pergi latihan bola jaring dengan siapa?” tanya Zulaika sambil mengelap rambutnya yang kelihatan lembap. Seakan baru lepas dibasuh.
“Adik pergi dengan Amira, kawan sekelas adik.” balas Zuhaira segera. Penuh berhati-hati.
“Ohh..” angguk Zulaika mengerti. Gaya balas lagak lambat.
“Err.. kenapa kak long tanya?”
“Tak ada la. Kalau adik nak. Kak long boleh temankan.” kata Zulaika dengan senyum di bibir.
“Aik. tadi kak long kata tak boleh temankan adik. Nak keluar dating la.” kata Zuhaira sengaja berbuat aneh sambil menyarungkan stoking di kaki. Jauh di sudut hati tertawa besar. Rancangan menjadi!
“Ehm.. itu la. Tadi kak long ingat nak keluar makan dengan Abang Amir, tapi dia send mesej cakap tak jadi pulak. Ada urgent meeting.” balas Zulaika sedikit kecewa kerana agak lama juga dia tidak keluar makan bersama dengan lelaki itu.
“Oh. okey la kak long. Adik pergi tunggu kat depan rumah dulu ya. Takut nanti kawan adik tu datang pulak.”
Zulaika hanya mengangguk mengerti sambil memandang Zuhaira keluar rumah. Dia segera masuk ke ruang dapur untuk makan petang.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“HAI Abang Amir.” ucap Zuhaira tersenyum manis setelah memasuki perut kereta lelaki itu.
“Hai Aira, kak long tengah buat apa tu?” tanya Amir ingin tahu sesekali terintai-intai ke halaman rumah.
“Tengah siapkan assignment. Cepat Abang Amir. Nanti lambat pulak kita nak sampai ni.” balas Zuhaira lagak tergesa-gesa setelah selesai memakai tali pinggang keledar. Tidak mahu Zulaika perasan akan kehadiran lelaki itu di situ. Jika tidak pasti dia buntu memikirkan jawapan yang perlu dibalas.
“Oh okey..” angguk Amir faham segera memulakan pemanduannya ke sekolah gadis yang dianggap seperti adiknya sendiri itu.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“AIRA.. Aira, siapa mamat tu?” tanya Dina sambil memuncungkan mulut ke arah Amir yang sedang menanti Zuhaira yang sedang mendengar jurulatihnya memberi ucapan akhir tentang latihan bola jaringnya itu. Lagak penasaran habis pertanyaannya itu.
“Itu? Itu pakwe aku la, handsome tak?” tipu Zuhaira dengan lagak sombongnya sambil tersenyum memandang Amir yang sedang asyik memerhati kenderaan yang lalu lalang di hadapan sekolah.
“Ha la, handsomenya pakwe kau tu. Jealous kami tau.” sampuk Janah yang turut mendengar perbualan mereka berdua itu.
“Eh! kau tolong la tanya dia nanti, ada adik lelaki tak? Kalau ada, boleh aku nak try..” kata Dina tersengih lagak seperti kerang busuk.
“Ops sorry.. Dia mana ada adik lelaki la. Dia anak tunggal dalam family.” kata Zuhaira dengan lagaknya. Tertawa lucu dengan permintaan kawannya itu.
“Oh.. Wow.. bestnya kau, Aira. Mesti dia anak orang kaya kan?” teka Janah makin galak.
“Haa.. tahu tak apa. Dia tu anak CEO syarikat besar tau. Dia kata nanti kalau kami dua kahwin, dia tak nak aku kerja. Dia nak aku jadi suri rumah, jaga makan minum dia pun dah cukup tau.”
“Wah bestnya. Tengok la tu, dari tadi lagi tunggu kau sampai habis dah latihan ni kan.” puji Dina teruja.
“Ya la. Kalau la boyfriend aku, sah-sah tak sanggup beb!” Janah pula menyambung kembali. Bernada cemburu pula.
“Okey la girls. Aku balik dulu ya. Jumpa minggu depan okey..” kata Zuhaira setelah jurulatih mereka menutup bicara katanya akhirnya.
“Okey. Bye. Kirim salam kami kat dia ya.” lambai Dina mengusik. Janah turut sama tertawa gembira dan masing-masing berpecah ke arah yang berlainan.
“Okey.” balas Zuhaira sambil mengenyit sebelah matanya. Dia tersenyum lucu sambil melangkah menghampiri kereta Amir yang diletakkan di bahu jalan. Lelaki itu masih dengan lagak seperti tadi lagi sambil tangan lagak sedang bermain dengan aplikasi permainan telefon bimbitnya.
“Hai Abang Amir. Sorry la buat Abang Amir tunggu lama ni. Coach Aira tu tadi ada teknik baru pulak nak tunjuk.” kata Zuhaira terselit nada kesian.
Amir tersenyum mesra. Dia mengeleng kepala sekali. “Oh it’s okay. Ni dah boleh balik kan? Jom la.” balas Amir tersenyum seakan bersedia ingin masuk ke dalam perut kereta.
“Okey.. ouch!,. Aduh..” Zuhaira segera memegang perut. Lagak seakan menahan sakit. Sekaligus mematikan langkah Amir.
Amir segera memaut lengan Zuhaira. “Eh! Kenapa ni Aira? Aira okey tak ni?” tanya Amir risau.
“Sakit perut la Abang Amir. Rasa lapar pulak la.” jawab Zuhaira pantas. Muka mula tersengih pula.
“La.. Aira ni.. Boleh main-main pulak dia..” kata Amir geleng kepala dengan sikap suka mengusik Zuhaira itu. “Emm.. apa kata Abang Amir belanja Aira makan? Nak tak?”
“Eh! Betul ke ni Abang Amir? Nak nak.” pantas Zuhaira mengangguk. Seakan menanti kata-kata itu saja.
“Ok. Jom.” angguk Amir tersenyum lucu dengan gelagat Zuhaira. Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta. Menuju ke salah satu restoran kesukaan Amir.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“SEDAP?” tanya Amir tersenyum memandang Zuhaira yang sedang ligat makan makanan yang dipesannya sebentar tadi.
“Hmm.. sedap sangat. Pandai Abang Amir pilih tempat.” puji Zuhaira tersenyum sakan. Mulutnya masih mengunyah makanan.
“Eh tak ada la. Ni tempat kesukaan kak long Aira. Kami dua dah try makan sini. Dia yang mula-mula ajak Abang Amir datang sini dulu. Memang sedap and pandangan kat sini pun nampak cantik kan? Hati rasa tenang je.” balas Amir sekilas memandang sekeliling membuatkan Zuhaira berhenti dari terus mengukir senyum tatkala perihal kakaknya itu disebut.
“Oh ya ke.. Err.. kenapa ek Abang Amir suka sangat kat kak long tu?” tanya Zuhaira ingin benar tahu. Nada cemburu mula timbul bila perihal kakaknya itu disebut kembali.
“Entah la Aira. Kak long Aira tu selalu buat Abang Amir happy je bila dengan dia. Abang Amir sayang dia sangat. Nanti kalau Aira bercinta. Aira tentu faham.” luah Amir dengan nada bahagia.
“Emm.. Abang Amir tahu ke apa yang kak long suka?” tanya Zuhaira seakan ingin menguji.
“Tahu.” angguk Amir tersenyum. Seakan soalan itu mudah sahaja untuk dijawab.
“Contoh?”
“Contoh? Err.. contohnya.. Kak long Aira suka sangat main bola jaring kan? Sama dengan Aira. ” jawab Amir dengan yakin.
“Oh. Ya ka? Pelik.” balas Zuhaira dengan mimik muka aneh.
“Kenapa pulak?” tanya Amir hairan.
“Tak la. Yang Aira tahu kak long paling tak suka main bola jaring. Dia kata kena lompat-lompat la. Tapi disebabkan dia tinggi, cikgu pilih dia. Dulu masa latihan kan, dia selalu ponteng. Kalau terpaksa pergi sana pun, dia selalu je ke tempat lain.”
“Oh.. dia tak suka? Tapi dia beritahu Abang Amir, bola jaring la game yang dia paling suka main. Dia dulu pernah menang banyak pingat juga dekat peringkat daerah.”
“Ala.. dia tipu je tu. Opp!. Alamak!, sorry Abang Amir. Aira tak sengaja.” kata Zuhaira lagak terlepas kata.
“Eh.. tak tak. Emm.. Aira cerita la. Kak long suka main apa sebenarnya? Teringin Abang Amir nak tahu jugak ni.” geleng Amir tersenyum tawa seketika. Dia seakan berminat ingin mendengar rahsia dari mulut gadis remaja di hadapannya itu.
“Ok. Sebenarnya kak long paling suka main sepak takraw.”
“Sepak takraw? Tapi kenapa dia tak beritahu Abang Amir je?” tanya Amir bernada tertawa.
Maybe dia rasa malu kot nak cerita kat Abang Amir. Ya la bola sepak takraw kan permainan orang lelaki. Jarang orang perempuan main kan?”
“Oh ya..” angguk Amir seakan setuju dengan pendapat Zuhaira itu.
“Lagi satu. Abang Amir mungkin lambat sikit kot kahwin dengan kak long Aira tu nanti.” tambah Zuhaira lagi.
“Oh ya? Kenapa pulak Aira cakap macam tu?” tanya Amir ingin tahu. Tertawa lagi dia kerana bersangka Zuhaira mungkin ingin bergurau senda dengannya. Lagak tidak sabar bila soal itu jadi modal cerita.
“Sebab kak long tu orang yang bercita-cita tinggi. Nak jadi cikgu, Abang Amir tahu kan. Dia tak nak ada apa-apa komitmen. Dia pernah cakap yang dia plan nak kahwin maybe dalam umur 35 macam tu la. Dia kata dia nak ambil degree, master and lepas tu PHD. Selagi tak sampai PHD, lagi tu la dia akan hidup membujang. Kesian Abang Amir kan? kena tunggu lama-lama pulak.” panjang lebar Zuhaira bercerita. Sesekali tertawa kecil. Namun semuanya hanya satu pembohongan. Yang direka untuk kepuasan hati hitamnya
“Oh..” angguk Amir seakan mengerti tetapi dia hanya berpura-pura. Mindanya masih tertanya-tanya kebenaran dari mulut gadis di hadapannya itu kerana apa yang diceritakan tidak sama langsung dengan apa yang didengari dari mulut insan yang bernama kekasih. Dia jadi ragu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤