11 November 2019

Bab 4

ZULAIKAhomework yang Cikgu Naim bagi hari tu kau siap lagi tak? Aku tak tahu jawapan nombor dua bahagian B tu la. Tolong ajar aku kejap boleh tak?” kata Syila dengan lagak membuka helaian buku rujukan Mikroekonomi namun Zulaika seakan tidak dengar. Masih mengelamun jauh.
“Woi!. Jauhnya termenung..” jerkah Syila sambil mencuit bahu Zulaika lembut.
“Oh mak kau!. Eh! kau ni Syila. Terkejut aku tau. Tanya la elok-elok sikit.” tegur Zulaika sambil mengusap pantas dadanya. Terlatah pula dia dengan cuitan Syila tadi itu.
“Tadi aku tanya elok-elok kau tak jawab pun.” balas Syila tersengih. Tertawa kelakar.
“La ya ke? Sorry sorry.. Emm.. apa dia yang kau tanya tadi?”
“Kau ni okey ke tak? Kau tengah fikir pasal siapa ni haa? Sampai aku panggil kau pun tak dengar ni.”
Sorry la.. Aku tengah fikir pasal siapa lagi, pasal Amir la.” balas Zulaika lambat. Tangannya bermain-main pen yang setia berada di tangan. Menyalin nota Sejarah yang masih belum disiapkan sepenuhnya.
“Amir? Kenapa dengan dia?” tanya Syila aneh.
“Tak ada la. Dua tiga hari ni dia nampak macam lain la.”
“Macam lain? Macam lain macam mana tu? Try story mory dekat aku ni sikit.”
“Mesej aku dia dah tak balas. Kalau call je, mesti terus masuk voice mailbox.”
“Emm.. kau ada gaduh dengan dia ke?”
“Entah la.. Tu yang aku pelik tu. Kami okey je before ni. Tak ada la gaduh apa-apa pun.” jawab Zulaika dengan nada sedikit aneh. Masih mencari kesilapan yang mungkin dilakukannya tanpa sedar.
Or dia sibuk kot. Tolong urus company ayah dia tu.”
“Bangun semua.!!” Kedengaran suara Zaki, ketua kelas 6 Cempaka 3 sambil bangun memandang Cikgu Naim yang baru menjejakkan kaki ke dalam kelas tersebut. Mematikan perbualan di antara Zulaika dan Syila serta pelajar-pelajar yang lain.
“Selamat sejahtera cikgu!” ucap Zaki lagi dengan nada yang nyaring.
“Selamat sejahtera cikgu!” semua pelajar yang telah bangun berdiri turut mengikut.
“Baik. Selamat sejahtera semua. Semua boleh duduk.” angguk Cikgu Naim sopan sambil membuka buku yang dibawanya.
“Haa wei, cepat-cepat! Nombor dua bahagian B.” pantas Syila mengubah topik setelah semua pelajar mula duduk semula.
“Haa.. aku siap dah. Macam ni..mari aku tunjukkan.” angguk Zulaika faham.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“ZULAIKA..” panggil Cikgu Roslan setelah melangkah masuk ke dalam kelas 6 Cempaka 3. Ketika itu, keadaan di dalam kelas agak sunyi sepi kerana cikgu yang bertugas pada masa ini belum menampakkan diri. Pelajar-pelajar lain sedang asyik menela’ah termasuk Zulaika.
“Ya cikgu.” sahut Zulaika bangun segera menghampiri Cikgu Pengajian Am yang mengajarnya itu. Sedikit terkejut bila namanya dipanggil. Pelajar-pelajar lain hanya memerhati.
“Adik kamu nama Zuhaira Binti Zulkarnain, dari kelas 4 Orkid 2 kan?” tanya Cikgu Roslan serius.
“Ya. Kenapa dengan dia cikgu.?” tanya Zulaika aneh.
“Ikut saya ke pejabat sekarang.” pinta lelaki itu tanpa menjawab soalannya.
“Baik cikgu.” angguk Zulaika melangkah mengikuti cikgu lelaki tersebut.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

ZULAIKA menjejakkan kaki ke dalam pejabat sekolah. Dia diminta masuk ke dalam bilik pengetua sekolah, Puan Masyitah bersendirian. Kelihatan Zuhaira sedang duduk di atas kerusi.
“Awak Zulaika, kakaknya Zuhaira kan?” tanya Puan Masyitah setelah salam berbalas.
“Ya saya cikgu. Err.. kenapa dengan adik saya ni cikgu?” tanya Zulaika sekilas memandang Zuhaira yang hanya menundukkan muka. Lagak seakan malu memandangnya.
“Sila duduk dulu Zulaika.”
“Terima kasih cikgu.” Zulaika melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong bersebelahan Zuhaira. Masih ternanti-nanti jawapan dari mulut pengetuanya itu.
Puan Masyitah menarik nafas panjang seketika memandang Zulaika. Kepala sempat geleng perlahan. “Saya tak tahu la apa nak jadi dengan adik kamu ni Zulaika. Masuk ni, dah kali kedua saya bagi amaran. Dia tetap nak buat juga.”
“Apa maksud cikgu? Dua kali? Dia buat apa cikgu.?” tanya Zulaika pantas. Malas lagi berteka-teki di dalam hati sejak dari tadi.
“Adik kamu ni dah langgar peraturan sekolah. Dia ponteng sekolah. Cikgu Roslan dengan Cikgu Manaf jumpa dia dekat shooping complex tadi. Tengah jalan-jalan dengan pakaian sekolah dia ni haa.” jelas Puan Masyitah berterus terang.
“Ponteng sekolah? Adik, kenapa adik ponteng sekolah ni haa?” tanya Zulaika dengan nada marah setelah kalih pandang Zuhaira di sebelahnya yang masih diam membisu. Tidak sangka dengan perangai adiknya itu. Berubah sama sekali.
“Saya tak tahu la apa masalah dengan adik kamu ni Zulaika. Sebelum ni okey je saya tengok. Tak ada apa-apa masalah pun. Rekod dia pun bersih je. Tapi sekarang entah la apa masalah dia. Jadi, saya nak kamu balik nanti bincang elok-elok dengan mak kamu. Saya kenal Cikgu Rokiah tu, dulu kami pernah mengajar sekali. Jangan disebabkan perangai adik kamu ni. Mak kamu berdua yang dapat nama ya.” pesan Puan Masyitah dengan nada lembut tetapi serius sekilas memandang kedua-dua pelajar di hadapannya itu.
“Baik cikgu. Saya faham.” angguk Zulaika mengerti. Malu dan kesal bercampur aduk!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

PINTU yang sebentar tadi dibuka ditutup semula setelah kedua-duanya melangkah masuk.
“Adik..” panggil Zulaika memandang Zuhaira dengan lagak selambanya. Seolah-olah tidak mengaku salah dengan kesalahan yang jelas terbukti dengan bukti yang kukuh di sekolah tadi. Termasuk saksi yang ada.
“Hah! Kak long dengan mama sama je la.” balas Zuhaira kasar sambil menghempaskan beg sekolahnya di atas sofa. Dia segera berbaring di situ.
“Adik ni kenapa haa? Apa masalah adik sekarang ni? Kenapa adik ponteng sekolah? Kalau apa-apa jadi kat adik tadi siapa yang susah hah?!” marah Zulaika makin padu. Terselit nada risau.
“Selama ni kak long kisah ke kalau apa-apa jadi kat adik ni hah? Mama dengan boyfriend baru dia tu. Kak long pulak dengan Abang Amir. Macam mana dengan adik hah?” balas Zuhaira mula ingin meluah segala yang dirasanya.
“Adik, kalau pasal mama nak kahwin lain tu. Adik terima je la Uncle Razif tu. Itu kan pilihan mama. Biar mama bahagia.”
“Tak! Tak mungkin!. Adik tak akan terima pengganti abah kita kak long.. dan tak ada sesiapa pun yang dapat gantikan tempat abah. That’s it!” balas Zuhaira berlari anak mengira anak tangga ke tingkat atas selepas menarik semula beg sekolah yang dilemparnya sebentar tadi.
Zulaika mati kata lagi dengan sikap degil adiknya itu. Hati makin geram. Namun, dia membuat keputusan terpaksa merahsiakan hal itu daripada pengetahuan ibunya kerana dia tahu wanita itu pasti rasa sedih dengan perubahan sikap adiknya itu. Tidak seperti dulu lagi, yang lebih senang dibawa berbincang. Berbeza habis!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

YOU rasa anak I tu boleh ke terima you sebagai suami I?” tanya Rokiah ketika beriringan jalan bersama Razif ke bilik guru. Sambil memegang buku mata pelajaran masing-masing.
“Emm.. Zulaika.. I confirm boleh. Tapi kalau Zuhaira. Entah la. Nampaknya I kena la berusaha lebih sikit.” balas Razif lembut. Cuba mengusik.
“Zuhaira tu dari kecil lagi memang manja sangat dengan Arwah Zul. Tak boleh berenggang sikit pun.” kata Rokiah mengenang seketika mereka sekeluarga dahulu.
faham Rokiah. I akan cuba cari jalan untuk tawan hati anak you tu okey.”
“Kesian you Razif. Kena bersusah payah pulak layan anak I yang satu tu..”
“Tak ada la. Bagi I ini satu cabaran. Ya la orang selalu cakap. Kalau nak tackle mak, mesti la kena pandai tackle anak dia dulu kan..” kata Razif bernada seloroh.
“Ada-ada je la you ni Razif kan..” senyum tawa Rokiah dengan telatah lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya itu.
Mereka berdua menamatkan perbualan sehingga tiba di hadapan pintu bilik guru kerana meja kerja mereka berdua terletak berjauhan. Tidak mahu dikatakan tidak tahu membezakan soal kerja dengan soal peribadi di mata pandangan rakan sekerja yang lain.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

‘PING! Ping!’
Uncle Razif??” luah Zulaika apabila kalih pandang kereta Razif yang memarking di hadapan pondok menunggu bas. Menyebabkan perbualan rancak di antara dia dan Zuhaira sementara menunggu bas sekolah untuk pulang ke rumah terhenti.
“Hai Aika, Aira... nak balik rumah ke ni?” tanya Razif tersenyum lebar setelah keluar dari perut kereta.
“Tak ada la. Kami baru nak pergi sekolah.” balas Zuhaira selamba tanpa memandang ke arah lelaki itu.
Zulaika jegil seketika ke arah Zuhaira. “Ya uncle. Kami tengah tunggu bas sekolah. Nak balik rumah la ni. Err.. uncle buat apa kat sini?” tanya balas Zulaika sopan. Kekal dengan senyuman manis di bibir.
“Oh.. uncle ada kursus tadi. Kebetulan lalu jalan ni. Emm.. jom la uncle tolong hantarkan kamu berdua balik ya.” jawap Razif lagak sengaja berkata begitu sedangkan niat pada mulanya adalah ingin memancing hati kedua-dua anak kekasih jantungnya itu.
“Eh! tak payah la susah-susah uncle. Lagi beberapa minit je bas kami dah nak sampai ni.”
“Tak apa, jom uncle hantar. Uncle pun dah inform mama kamu dah tadi. Dah minta izin kat dia siap-siap dah.” pinta Razif terselit nada seloroh. Dia segera membuka pintu kereta tanda menjemput masuk.
Zulaika segera memandang Zuhaira yang masih setia duduk di bangku tersedia di situ. Gadis itu lagak sengaja mengalihkan pandangan ke arah lain. “Adik jom.”
“Tak nak la kak long. Adik nak balik dengan bas.” geleng Zuhaira tanda tak mahu.
“Jom la adik. Cepat la.. Uncle Razif tunggu tu..” pinta Zulaika sambil menarik tangan adiknya itu menyebabkan Zuhaira hanya menurut dan masuk ke tempat duduk belakang kereta lelaki itu. Manakala Zulaika pula masuk ke tempat bersebelahan dengan tempat duduk pemandu. Kereta dipandu ke jalan dengan cermat.
“Mama kata uncle ni cikgu ajar subjek Sejarah ya?” tanya Zulaika sekadar ingin memulakan perbualan.
“Ya.” angguk Razif tersenyum sekilas memandang ke arah anak gadis itu kerana masih fokus pada pemanduannya.
“Emm.. kalau macam tu, nanti boleh la uncle tolong Aika dalam subjek tu. Sebab Aika ni lemah sikit la dalam Sejarah.”
“Oh ya.. Aika masuk Form 6 kan? Mesti tuff subjek tu.”
“Memang pun uncle. Ingatkan mula-mula masuk tu sikit je. Tapi ada pula cabang-cabang dia.”
“Biasa la tu. Err.. Aira pulak form berapa?” tanya Razif sesekali pandang Zuhaira yang hanya diam membisu melalui cermin pandang belakang. Dia ingin cuba mengajak anak gadis itu berbual walaupun soalan itu telah ada jawapannya kerana Rokiah telah menceritakan segalanya mengenai kedua-dua anak perempuannya itu.
“Buat apa kau nak tahu?” balas Zuhaira bernada kasar. Memuncung mulut lagak tidak suka diajukan soalan sebegitu.
“Adik!” jegil Zulaika kalih pandang belakang membuatkan Zuhaira menghalakan mukanya ke cermin luar tingkap kembali. “Maaf la uncle. Aira form 4.” mohon Zulaika kalih pandang Razif. Tersenyum kelat.
Razif hanya sekan mengangguk mengerti. Sedikit mengeluh. Nampak gaya agak sukar dia melembutkan hati anak gadis itu, tetapi dia yakin satu hari nanti pasti dia mampu. Doanya.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“BETUL ke uncle tak nak masuk ni?” tanya Zulaika sekali lagi setelah keluar dari perut kereta kekasih hati ibunya itu apabila kereta itu berhenti di hadapan pintu pagar rumah.
“Tak apa Aika. Nanti Aika kirim salam uncle dekat mama ya. Uncle pergi dulu. Assalamualaikum..” balas Razif sambil memandu pergi. Zulaika membalas salam lalu segera masuk ke dalam rumah.
Pintu utama ditutup. Kelihatan Zuhaira yang terlebih dahulu masuk ke dalam rumah sedang berbaring selesa di atas sofa. Zulaika mendekati sofa itu. Merenung gelagat adiknya itu. Rasa marah dengan kata-kata gadis itu terhadap Razif sebentar tadi. “Adik ni kenapa hah? Tak boleh ke cakap elok-elok dengan Uncle Razif tadi tu? Tak sopan langsung!” pekik Zulaika geram.
“Aahh.. malas la. Buat apa adik nak cakap elok-elok dengan dia tu? Belum tentu lagi dia jadi abah kita kan..”
“Ya la. Memang belum tentu lagi dia jadi abah kita, tapi dia tu orang tua.. kita ni orang muda. Kena la tunjuk hormat tu sikit. Tak payah la cakap kasar-kasar macam tu.”
“Kenapa kak long nak sangat mama kahwin lain hah? Kak long dah tak sayang abah ke?” tanya Zuhaira lantang.
“Adik, tak ada sesiapa pun kat dunia ni tak sayang ayah dia okey. Tapi kita kena la fikir soal mama.. perasaan mama. Kak long cuma nak mama bahagia. Itu je..” balas Zulaika geram kerana Zuhaira seakan masih menidakkan takdir. Masih tidak mahu kalah.
Zuhaira mula rasa geram. Dia pandang Zulaika penuh. “Oh.. jadi kalau satu hari nanti Abang Amir berubah hati. Kak long boleh terima la macam tu?” tanya Zuhaira seakan mula lari topik.
“Ish.. adik ni. Sekarang kak long cerita soal mama dengan Uncle Razif. Bukan pasal Abang Amir okey. ” balas Zulaika segera. Makin geram dengan kata-kata Zuhaira yang lagak menyimpang jauh dari subjek perbualan asalnya.
“Kenapa? Kak long tak sanggup ke?” tanya Zuhaira. Lagak masih ingin bersoal jawab.
“Dah la.. Kak long malas nak cakap dengan adik ni lagi. Tak faham bahasa langsung!” balas Zulaika menaiki tangga ke tingkat atas. Malas melayan kerenah adiknya itu lagi. Lain yang ingin dibincang, lain pula yang terjadi.
“Kalau malas, tak payah cakap..” balas Zuhaira sendiri sambil memejamkan matanya. Tersenyum suka. Namun jauh di sudut hati, dia berasa puas. Sangat puas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤