11 November 2019

Bab 9

PAGI menjelma seperti biasa walaupun semalam hujan membasahi bumi. Zulaika ke rumah Amir yang hampir tiga tahun lebih juga dia tidak menjejakkan kaki di situ. Dia tekad!
“Ting! Ting!” Loceng rumah dua tingkat itu ditekan dua kali. Zulaika menanti dengan penuh debaran di luar rumah. Menanti bayangan tuan rumah menampakkan diri. Sekaligus bakal membuang segala teka-teki di mindanya kini.
“Assalamualaikum.” ucap Zulaika setelah lama menanti pintu rumah itu dibuka.
“Waalaikumusalam” jawab Amir setelah membuka pintu rumahnya dan berjalan menghampiri pintu pagar automatik yang masih berkunci. Yang hanya tunggu masa ditekan oleh tuan rumah.
“Amir, saya tahu memang lelaki yang saya jumpa semalam tu awak kan?” kata Zulaika lega setelah pasti itulah Amir. Kekasih hati yang selama ini dinanti-nantikannya.
Amir mula berlagak sombong. “Ya. Memang yang awak nampak semalam tu saya. So?” balas Amir selamba. Seakan tiada rasa bersalah pada nada kata-katanya.
Zulaika terpaku seketika mendengar jawapan balas Amir itu. “Amir, kenapa awak buat saya macam ni haa Amir? Kenapa awak buat-buat tak kenal saya Amir? Saya Zulaika. Kekasih awak.”
“Kekasih saya? Bukan ke awak yang putuskan hubungan kita dulu? Kita ni masih dikira kekasih ke?” tanya Amir dengan wajah yang sinis. Mempersoalkan pula status hubungan antara mereka berdua.
Zulaika jadi terkaku seketika. Dia cuba menyusun ayat. “Amir, maafkan saya. Masa tu saya keliru. Saya tak tahu yang adik saya pun ada perasaan pada awak. Saya ingat adik saya lebih memerlukan awak. Saya...”
“Oh.. jadi awak pertaruhkan saya la sekarang ni. Awak ingat saya ni apa haa? Barang taruhan? Bila awak suka.. awak mengaku yang saya kekasih awak, bila awak tak suka je.. awak bagi pada adik awak.. Macam tu?”
“Amir, bukan macam tu.. Maafkan saya Amir. Saya tak berniat pun nak buat awak macam tu. Maafkan saya, awak. Saya masih setia pada awak seorang, Amir.” jelas Zulaika pantas. Ingin benar Amir merasai keikhlasan hati yang cuba ditunjukkannya itu.
“Awak masih setia? Boleh percaya ke? Entah berapa ramai dah lelaki yang awak kecewakan selama saya pergi tiga tahun ni?”
“Tak Amir, saya hanya cintakan awak seorang saja Amir. Percayalah. Saya masih setia pada awak seorang.”
“Maaf la Zulaika. Saya rasa awak dah terlambat. Saya dah pun ada pengganti awak. Diana, perempuan yang awak jumpa dengan saya semalam tu. Itu la kekasih saya sekarang. Dan tak lama lagi kami berdua akan bertunang dan berkahwin. Jadi, tak payah la awak nak datang merayu-rayu kat saya macam ni lagi ok?”
“Amir..”
“Sudah la. Saya ada hal lagi nak buat ni. Sebab kejap lagi saya nak keluar dengan Diana. So saya rasa ada baiknya awak balik ya. Tak manis orang tengok awak lama-lama kat sini.” Amir segera melangkah semula masuk ke dalam rumahnya. Meninggalkan Zulaika yang mula terluka dengan kata-kata sinis Amir itu di luar pagar. Terkedu seketika dengan tingkah laku lelaki yang dirinduinya sekian lama itu.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

HELLO.” jawab Syila setelah deringan telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja berbunyi kuat.
Syila..” sebut Zulaika pilu sambil memandu keretanya ke arah yang dia sendiri tidak tahu di mana lagi ingin dituju kerana dia buntu. Masih terkejut dengan kata-kata lelaki yang setia dicintainya separuh mati itu.
“Zulaika, kenapa ni? Apa dah jadi hah?” tanya Syila cemas. Risau dengan keadaan kawannya yang kedengaran teresak-esak menahan tangisan itu.
“Amir.. Amir Syila..”
“Kenapa dengan Amir?”
“Amir dah benci aku, Syila. Amir dah benci aku.”
“Okey okey. Sekarang kau ada kat mana ni? Kita jumpa kat tempat biasa okey. Kau jangan pergi mana-mana. Lagi sepuluh minit aku datang okey.” pujuk Syila segera sambil mendengar kata-kata Zulaika lagi.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

ZULAIKA keluar dari keretanya dan melangkah ke hadapan kereta. Direnungnya langit pagi. Air mata di pipinya masih tersisa. Cuba memujuk kelukaan yang melekat di hatinya. Kata-kata Amir sebentar tadi benar-benar membunuh perasaan sabarnya. Dia benar-benar terluka dan rasa bersalah dengan kata-katanya dahulu. Dia tidak sepatutnya mempertaruhkan perasaan lelaki itu untuk adiknya. Dia sangat menyesal.
“Maaf la Zulaika. Saya rasa awak dah terlambat. Saya dah pun ada pengganti awak. Diana, perempuan yang awak jumpa dengan saya semalam tu. Itu la kekasih saya sekarang. Dan tak lama lagi kami berdua akan bertunang dan berkahwin. Jadi, tak payah la awak nak datang merayu-rayu kat saya macam ni lagi ok?”
Kereta Syila berhenti berdekatan dengan kereta Zulaika. Sekaligus mematikan ingatan dukanya bersama dengan Amir sebentar tadi.
“Zulaika.” panggil Syila setelah melangkah keluar kereta. Dia segera menghampiri sahabatnya itu.
“Syila..” teriak Zulaika segera memaut badan Syila dengan erat. Baginya wanita itu sahajalah yang memahaminya saat ini. Saat hatinya benar-benar terluka. Dia menangis sekuat hati.
“Zulaika sudah la. Dah dah. Jangan menangis lagi okey..”
“Dia dah lupakan aku, Syila. Apa yang aku patut buat? Dia dah benci aku.” balas Zulaika teresak-esak menahan tangisan.
“Uissh.. sabar ya.” Syila hanya menenangkan Zulaika. Dia lagak sedang menantikan sesuatu.
Sebuah kereta lagi datang menyusul. Zulaika segera memandang ke arah itu dengan riak wajah aneh. Mencari tahu pemilik kereta berkenaan. Datang di saat dia sedang diulit rasa sedih dan pilu. Lalu keluar Diana dari perut kereta itu mematikan pertanyaan Zulaika sebentar tadi.
“Diana?” Zulaika terpaku seketika memandang wanita itu seakan ingin melangkah mendekati dia dan Syila.
“Zulaika. Sorry..” ucap Syila tersenyum manis memandang Zulaika membuatkannya bertambah aneh. Seolah-olah dia sedang bermimpi. Mimpi yang aneh.
Diana segera menghampiri Zulaika dan Syila. Lagak serba salah.
“Apa semua ni, Syila?” tanya Zulaika perlahan sesekali memandang Diana yang berada di sebelahnya itu. Dia tidak faham.
“Hai Zulaika. Saya Diana, sepupu Amir Firdaus.” Tangan dari Diana dihulur ke arah Zulaika dengan senyuman terukir di bibir wanita itu. Bibir tersenyum manis.
“Sepupu? Tapi Amir kata...”
Zulaika cuba membalas tetapi segera dipintas Syila. “Sebenarnya Zulaika. Aku, Diana dengan Amir dah berpakat. Kami nak kenakan kau. So sorry okay.. Tapi aku buat semua ni sebab kau kawan aku okey. Aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni lagi. Kau memang ditakdirkan untuk Amir, Zulaika. Percayalah..” jelas Syila panjang lebar memandang Zulaika. Sesekali dia memandang Diana yang lagak mengangguk mengakui kata-katanya itu.
“Apa? Jadi semua ni.. Err.. mana Amir?” tanya Zulaika sambil memandang kedua-dua wanita itu. Ingin segera tahu di mana lelaki itu berada ketika ni.
“Tu..” balas Diana sambil menunding jari ke arah keretanya.
Amir yang setia berada di tempat duduk belakang seakan mendapat isyarat tangan dari Diana mula melangkah keluar dari perut kereta. Memandang manis ke arah Zulaika yang masih tersedu-sedu dengan tangisan sedihnya itu.
“Okey la Zulaika. Saya balik dulu ya. Awak dengan Amir berbaik-baik la semula. Jangan gaduh-gaduh lagi okey. Bye. Selamat berbahagia.” ucap Diana cuba mengusik.
“Okey Zulaika. Aku pun nak pergi dulu la. Sorry again okeyBye.” Syila pula berkata. Terselit sedikit rasa bersalah kerana terbabit dalam perancangan Amir dengan Diana itu.
Zulaika hanya tersenyum faham memandang Syila dan Diana melangkah pergi mendekati kereta masing-masing sehinggalah kereta mereka berdua itu dipandu pergi ke arah yang sama. Amir pula dengan langkah perlahan-lahan melangkah mendekati Zulaika. Seakan ingin memujuk kekasih hatinya itu.
Hai. Sorry.” ucap Amir tersenyum malu.
“Jahat..” tumbuk perlahan Zulaika ke arah lengan tepi Amir membuatkan Amir tersenyum lucu sambil mengusap-gusap lengannya.
“Ya ke? Maaf la.”
“Sampai hati awak buat saya macam ni? Berani awak mainkan saya ya.”
“Betul ke saya ni masih kekasih awak?” tanya Amir seakan menyindir kata-kata wanita itu ketika di rumahnya tadi.
“Betul la. Awak ingat saya suka main-main ke hah?” balas Zulaika geram sambil mengalihkan pandangan ke arah lain. Kedua-dua tangan memeluk tubuhnya sendiri.
Amir tersenyum suka lagi. “Tak tak. Saya percaya saya percaya.. Err.. anyway.. ni saya ada something nak bagi awak ni.” Amir segera mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeansnya.
“Apa ni?” balas Zulaika dengan nada geram.
“Ala.. Jangan la marah lagi sayang. Tengok muka tu dah tak comel dah. Ini dia. Awak buka la dulu.” pujuk Amir sambil menghulurkan kotak kecil kepada tangan Zulaika membuatkan wanita itu segera membukanya.
Seutas cincin tersisip kemas di dalam kotak kecil itu mengisi pandang mata Zulaika. Dia kerut dahi. “Cincin?”
“Zulaika, sudikah awak jadi isteri dan permaisuri saya?” tanya Amir seakan melamar. Serius. Membuatkan Zulaika terpaku seketika. Tidak sangka Amir sudah bersedia ingin melamarnya.
“Tak.” balas Zulaika ringkas sambil mengalihkan pandangan ke arah lain lagi.
“Betul ni?” tanya Amir sekali lagi. Nada seakan ingin mengusik kembali.
“Ya la. Saya sudi.” balas Zulaika tersenyum angguk. Terusik dengan telatah lelaki idaman hatinya itu.
Amir tersenyum senang lalu segera menyarungkan cincin yang bertahtakan berlian itu ke jari manis Zulaika dengan lembut. “Muat pun.” senyum Amir memandang Zulaika.
Zulaika tersenyum mesra. Dia memerhati seketika cincin yang tersemat di jari manisnya itu. “Awak tahu tak? Tiga tahun saya tunggu awak. Lepas tu, awak balik sini awak buat saya macam ni pulak. Jahat tau awak ni. Bersekongkol dengan Syila lagi.” Zulaika mula membebel geram. Sengaja ingin tunjuk marah.
“Emm.. itu la dulu awak jugak cakap suruh saya ambil latihan PJJ la. Sekarang awak pulak tak sanggup.”
Zulaika mula tertawa lucu. Tidak sangka lelaki itu masih ingat lagi akan usikannya dahulu.
Amir mula tersenyum mesra sekali lagi. Ikutkan hati ingin sahaja dia memegang tangan Zulaika ketika ini tetapi akalnya masih waras untuk berfikiran sebegitu. “Zulaika, saya cintakan awak. Memang benar hanya ada satu nama je dalam hati saya ni. Hanya nama awak Zulaika. Hanya nama awak.”
Mereka berdua tersenyum lagi. Merenung ke wajah masing-masing dengan senang hati. Pagi itu menjadi saksi pertemuan semula kedua-dua insan yang saling merindu itu. Rindu terindah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤