11 November 2019

Bab 8

TIGA TAHUN ENAM BULAN KEMUDIAN..
TERIMA kasih cikgu!” ucap Sufian, ketua kelas 4 Purnama 2 bersama-sama pelajar yang lain sambil memandang cikgu baru mata pelajaran Bahasa Malaysia mereka, Cikgu Zulaika.
“Terima kasih semua. Baiklah.. jangan lupa esok kita sambung buat latihan muka surat 83 ya?” balas Zulaika tersenyum manis sambil berdiri membimbit buku dan beg tangannya.
“Baik cikgu.” balas semua serentak.
Zulaika segera berlalu keluar kerana tugasnya di kelas tersebut hampir 1 jam itu telah selesai dilaksanakan dengan baik dan lancar seperti biasa.
“Selamat sejahtera cikgu.” ucap pelajar yang sedang berlalu lalang di koridor sekolah ketika terpandang Zulaika pada arah yang bertentangan.
“Ya, selamat sejahtera.” angguk Zulaika tersenyum ceria. Dia meneruskan perjalanan ke bilik guru.
Masuk hari ini, genap dua bulan dua minggu Zulaika mula mengajar di sekolah menengah yang berdekatan dengan rumahnya sahaja itu. Nasibnya agak baik apabila permohonan untuk mengajar di sekolah berdekatan dengan tempat tinggalnya itu diterima baik tanpa sebarang masalah.
“Cikgu Zulaika.” panggil Marlia yang duduk berhadapan dengan meja kerja Zulaika tatkala dia meletakkan buku dan beg tangannya di atas meja. Wanita itu seakan sedang menanti kedatangannya.
“Ya Cikgu Marlia. Ada apa?” balas Zulaika bernada sopan. Dia segera mengintai ke arah Marlia dengan senyuman manisnya.
“Tu.. kat sana tu. Ada budak penghantar bunga. Dari tadi lagi tunggu cikgu tau.” kata Marlia sambil memuncungkan mulut menunding ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu yang disediakan di dalam bilik itu. Lagak lelaki muda itu sedang asyik dengan telefon bimbit yang dipegangnya.
“Budak penghantar bunga?” balas Zulaika aneh dan segera berlalu ke sofa yang berada di ruangan penjuru hujung bilik guru itu. “Ya. Adik ni cari saya ke?” tanya Zulaika sopan setelah menghampiri lelaki sebaya Zuhaira itu.
Budak penghantar bunga itu segera bangun setelah sedar Zulaika melangkah ke arahnya. Sekilas melihat ke dalam buku nota yang dibawanya. “Ya. Cikgu ni nama Zulaika Zulkarnain ke?” 
“Ya saya. Kenapa ya?”
“Okey. Ini ada kiriman bunga untuk Cikgu Zulaika.” balasnya segera sambil menghulurkan jambangan bunga itu kepada Zulaika. Dia tersenyum mesra.
“Bunga? Maaf, daripada siapa ya?” tanya Zulaika sambil menyambut bunga itu dengan lagak tertanya-tanya.
“Maaf cikgu. Tuan yang bagi bunga ni nak saya rahsiakan nama dia. Cikgu cuma perlu sign kat sini je.” balas lelaki itu sopan sambil menghulurkan pen dan buku nota tersebut untuk ditandatangani.
Zulaika tanpa banyak bicara segera menandatangani nota itu setelah pasti nama dan alamat sekolah yang tercatat adalah benar.
“Emm.. terima kasih ya adik.” ucap Zulaika lembut. Bibir tersenyum manis.
“Baik sama-sama.” angguk lelaki itu dan segera berlalu pergi.
“Wah... Cikgu Zulaika kita dapat bunga la hari ini.” usik Marlia yang sejak dari tadi lagi memerhatikan gelagat Zulaika bersama dengan budak penghantar bunga itu. Zulaika telah kembali semula ke meja kerjanya. Dia berlalu duduk.
“Siapa lagi yang bagi Cikgu Marlia, kalau bukan buah hati kesayangan dia yang bagi.” sampuk Wardiah yang duduk berdekatan dengan meja kerja mereka berdua itu. Guru-guru seangkatan dengan mereka hanya mendengar dan tersenyum lucu.
Zulaika tersenyum geleng. Malas membalas kata. Takut nanti perkara itu sengaja dibesar-besarkan. Nanti tak pasal-pasal dia dapat populariti percuma pula di sekolah itu. Fikirnya jauh. Zulaika segera membelek-belek sekeping kad yang berada di dalam beberapa kuntuman bunga tersebut. Lalu segera dibukanya.
Zulaika,
Pernahku kata hanya ada satu nama dalam hati ini. Hanya nama kau yang aku cintai.
- Ikhlas daripada hati yang setia mencintaimu..
“Amir?? Dia dah balik?” Pantas soalan itu terpancul di benak fikiran Zulaika. Meneka segala kemungkinan. Walaupun surat itu tiada nama tetapi dia pasti Amir adalah orangnya. Lelaki yang dicintai dari dulu sehingga kini. Rindu yang dipendam di hati sejak hampir tiga tahun lebih ini kian membuak-buak di dalam diri. Tersangat rindu!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“WELCOME back my son.” ucap Azman sambil menghulurkan tangan berjabat mesra dengan anak tunggal kesayangannya itu. Amir masih lengkap berpakaian baju tshirt dan seluar jeansnya. Dia selepas dijemput Hadi terus datang ke syarikat ayahnya itu. Belum lagi menyinggah pulang ke rumah kerana sengaja ingin membuat kejutan buat ibunya yang tidak tahu dia akan pulang pada hari ini.
Thanks papa.” balas Amir mengangguk tersenyum. Dia kelihatan segak berpakaian kot hitam seperti ayahnya itu.
“Ingat tak? Papa pernah kata dulu kan. Peluang ni cuma datang sekali je dalam hidup kita. Congrats again.” tambah Azman lagi membuatkan Amir mengangguk faham. Lelaki itu lagak tersenyum bangga. “Emm.. mama kamu kat rumah tu dah rindu sangat kat kamu Amir. Sampai setiap malam asyik termimpikan kamu je. Kesian papa ni tau.” seloroh Azman sambil duduk. Terselit sedikit tawa suka.
Amir hanya tersenyum lucu. Tidak dinafikan dia turut merindui ibu kesayangannya itu. Bahkan setiap malam dia teringin merasai masakan ayam masak kicap wanita itu. Pasti terliur!
So dah alang-alang kamu balik ni. Boleh la papa announce hari persaraan papa nanti.”
“Eh! tak rasa terlalu awal sangat ke papa?” tanya Amir seakan tidak percaya dengan kata-kata ayahnya itu. Sangat mendadak.
“Tak. Because I am very confident with you, Amir. I know you can do it..” puji Azman pantas. Nada benar-benar kagum dengan kejayaan anak tunggalnya itu. Dia telah lama memikirkan soal penggantinya di syarikat yang hampir dua puluh tahun diusahakan dengan titik peluh sejak diwarisi daripada ayahnya itu. Kini sudah tiba masanya dia menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada satu-satunya waris yang layak iaitu cucu tunggal ayahnya, Amir Firdaus.
“Thanks again papa.” ucap Amir ikhlas. Terasa benar-benar dihargai.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“SYILA! Syila!” panggil Zulaika tergesa-gesa menyebabkan Syila yang sedang khusyuk menghirup air minuman segera memaling ke arahnya. Mereka telah berjanji temu di situ untuk makan tengah hari bersama. Sahabatnya itu kini berkerja sebagai kerani akauntan di salah sebuah syarikat insurans di situ.
“Ish.. kau ni Zulaika. Kenapa kelam kabut je aku tengok ni?” tanya Syila aneh sambil memandang Zulaika melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tanpa dipinta.
“Amir.” balas Zulaika ringkas. Bibir masih kekal tersenyum lebar.
“Amir?” soal Syila kembali. Tidak faham.
“Ya. Dia dah balik sini.” kata Zulaika bernada gembira. Teruja habis!
“Ya ke.. kau dah jumpa dia?” tanya Syila lagi lagak tidak percaya.
Zulaika pantas mengeleng perlahan. “Belum lagi. Tapi dia ada bagi aku bunga masa kat sekolah tadi.”
“Bunga? Mana dia?” tanya Syila tercari-cari bunga yang dikatakan itu.
“Ada kat dalam kereta la. Malas la aku nak bawa sini. Malu la.” balas Zulaika sekilas menunding ke arah luar.
“Ya la tu. So.. dia tahu la yang kau kerja cikgu sekarang ni.” balas Syila lagak kecewa tidak dapat melihat bunga itu.
“Entah la. aku sendiri pun tak tahu macam mana dia tahu. Tapi kan. Aku happy sangat hari ini Syila. Dia dah balik sini akhirnya. I miss him so much okay.” kata Zulaika masih bernada gembira. Seakan tidak dapat diluah perasaannya itu melalui kata-kata.
“Ya. Alhamdulilah. Bagus la. Tak perlu la kau tunggu dia lama-lama lagi kan?” angguk Syila turut senang hati melihat kegembiraaan yang terpancar pada riak wajah teman baiknya itu kerana telah lama dia menantikan riak wajah tersebut. Wajah kebahagiaan. Cukup terserlah!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“WAH.. tak sangka kan.. Tiga tahun dah kau pergi tinggalkan aku.” kata Hadi ketika berkunjung ke bilik pejabat Amir.
“Ya la tu.” balas Amir tertawa lucu. “Amacam perasaan bakal dilantik sebagai pengurus besar syarikat ni?”
“Itu la.. Aku ingat dapat la jadi penolong kanan dulu ke. Ini tak, papa aku nak terus lantik aku jadi CEO pulak minggu depan. Mana aku tak terkejut tadi.” balas Amir dengan reaksi terkejutnya.
“Alaa.. okey la tu. Bila lagi nak lantik kau. Aku tengok Datuk Azman pun tak berapa sihat sekarang ni. So dah tiba la masanya kau take over company ni. Bagi dia rest je la kat rumah tu. “
“Hmm.. nampaknya macam tu la. Tanggungjawab aku nampaknya makin besar la lepas ni bro.” balas Amir sambil memerhatikan sekeliling bilik barunya itu. Seakan mengeluh.
“Jangan risau la bro. Aku kan ada, ini Hadi la. Aku kerja kat sini dah lama dah. Kalau kau tak faham apa-apa just tanya aku je okey. Aku pasti tolong kau punya la.”
Amir tersenyum faham. Dia mula bangun menuju ke arah jendela di penjuru hujung bilik tersebut. “Hmm.. dah lebih tiga tahun aku kat sana kan. Banyak yang dah berubah kat sini. Kat hujung sana tu pun dah ada bangunan baru dah.” kata Amir sambil menunding ke arah suatu kawasan.
Hadi mengangguk setuju. “Ya. Oh ya.. lupa aku nak tanya. Kau dah beritahu Zulaika ke yang kau dah balik sini?” tanya Hadi masih setia duduk di kerusi. Hanya ekor matanya sahaja mengintai tingkah laku rakan kerjanya itu.
“Zulaika?” sebut nama itu di bibir Amir sendiri. Dia jadi diam. Direnungnya langit lama. Kenangan sewaktu bersama Zulaika sedikit demi sedikit diingatinya. Indah yang amat.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“WAALAIKUMUSALAM Aika.” ucapan salam Zulaika dibalas Rokiah setelah pintu utama ditariknya. Wajah anak sulungnya itu mengisi pandangan matanya.
“Mama.. Emm.. papa Razif mana ma? Tak balik lagi ke?” tanya Zulaika sambil tangan dihulur untuk mengucup lembut tangan ibunya itu.
Rokiah telah berkahwin dengan Razif tiga tahun yang lalu setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak termasuk anak keduanya, Zuhaira. Zuhaira pula kini sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya dalam kursus Diploma Pelancongan setelah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).
“Papa Razif kamu hari ni buat kelas tuisyen untuk student SPM tahun ni. Maybe dia balik lewat sikit kot.” jawab Rokiah buat Zulaika mengangguk faham. “Aik, bunga dari siapa tu Aika? Cantiknya.” tanya Rokiah pula tatkala bunga yang masih di dalam genggaman sebelah tangan anak gadis itu dilihat ekor anak matanya. Sungguh cantik.
“Bunga dari Amir, ma.” balas Zulaika tersenyum suka. Sekilas memandang ke arah kuntuman bunga itu. Dia jadi tersenyum lebar semula.
“Amir? Dia dah balik Malaysia ke? Bila?” tanya Rokiah segera dengan riak wajah terkejut sedikit kerana lama dia tidak mendengar khabar berita tentang lelaki itu dari mulut Zulaika.
Zulaika pantas mengangguk tanda benar. “Ya ma. Amir dah balik sini. Entah la bila. Aika pun belum jumpa dia lagi. Bunga ni pun dia suruh budak penghantar bunga yang hantarkan masa Aika dekat sekolah tadi.” jelas Zulaika bernada ceria. Jika diikutkan hati, mahu saja diceritakan kegembiraan yang dialaminya kepada semua orang. Biar mereka tahu bertapa gembira hatinya kini setelah mendapat tahu tentang kepulangan kekasih hati yang telah lama dinantikannya hampir setiap hari itu.
“Bagus la. Mama harap kamu berdua dapat la berbaik-baik semula ya. Mama yakin Aika, dia masih cintakan Aika.” doa Rokiah tersenyum lega. Kebahagiaan anak-anaknya adalah kebahagiaan untuk dirinya juga.
“Ameen.. Okey la ma. Aika masuk bilik dulu ya. Nak mandi.”
“Hmm. baiklah. Nanti lepas Aika mandi. Jangan lupa turun makan pulak ya.”
Zulaika tersenyum angguk faham sambil mengira langkah ke tingkat atas. Rokiah hanya memerhati dari bawah. Lega hatinya melihat keceriaan yang terpamer di raut wajah anak gadisnya itu.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

ZULAIKA masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia melangkah ke meja tulis lalu diletakkan bunga yang berada di tangannya itu. Bingkai gambar Amir di atas meja direnungnya lama. Sempat berfikir bagaimana perubahan wajah lelaki itu kini. Pasti berubah sedikit berbanding dengan wajah yang dilihatnya dahulu. “Amir. Saya rindu awak.” keluh rasa Zulaika perlahan. Tanpa sedar, dia menitiskan air mata rindunya. Sungguh rindunya!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“SEMALAM kau tak beritahu aku apa-apa pun. Tiba-tiba je ajak aku keluar pulak hari ni. Ada apa-apa ke ni?” tanya Zulaika tersenyum memandang Syila setelah masing-masing selesai membuat pesanan kepada pelayan yang bertugas di situ.
“Saja ajak kau keluar ni. Lagipun hari ini aku cuti. Kebetulan kau pun cuti jugak kan. So tak jadi masalah la kita keluar ni kan.” balas Syila tersenyum ceria.
“Ya la tu..” Zulaika lagak memuncung mulut sambil membelek-belek buku menu di atas meja.
Syila pula mula membuang pandangan ke arah pelanggan yang ada di situ. Wajahnya lagak berubah tatkala terpandang kelibat seseorang. “Eh! Zulaika, itu bukan Amir ke..” tanya Syila tiba-tiba sambil menunding ke arah meja yang tidak jauh daripada tempat mereka duduk itu.
“Amir? Mana?” Zulaika segera memandang ke arah pandangan mata Syila. Wajah Amir bersama dengan seorang wanita yang sedang rancak berbual mesra berdua mengisi pandangan mata kasarnya.
“Dia dengan siapa tu haa? Mesra je dia orang dua tu berbual aku tengok.”
Zulaika segera bangun menghampiri meja tersebut. Ditinggalkan soalan Syila tanpa balasan. Bibirnya mengukir senyum tatkala wajah itu dilihatnya. Rindu lama yang semakin menghimpit kian menghilang apabila lelaki itu dipandangnya.
“Amir?” tegur Zulaika sambil memandang Amir dengan senyuman cerianya membuatkan perbualan antara lelaki itu dengan wanita yang tidak dikenalinya tiba-tiba terhenti.
Excuse me. Cik ini siapa ya?” tanya Amir dengan lagak tidak mengenali. Seakan aneh memandang Zulaika yang sedang berdiri di situ.
“Amir, ini saya.. Zulaika. Awak tak ingat ke?” tanya Zulaika sedikit kaget dengan soalan balas lelaki itu. Dia mula kerut dahi. Mana mungkin lelaki itu lupa.
Honey, siapa ni.?” Wanita di hadapannya pula mula bersuara. Riak seakan keliru. Jadi kerut dahi sama.
“Zulaika? Maaf cik, Saya tak ada kawan nama Zulaika. Sorry ya.. cik ni salah orang rasanya ni. ” geleng Amir aneh. Sekilas memandang wanita di hadapannya itu.
“Amir, tak kan awak tak ingat saya? Saya..saya kekasih awak. Zulaika.” jelas Zulaika sedikit rasa terkilan. Seakan tidak percaya Amir tidak mengenali dirinya.
“Kekasih? Maaf cik. Ini Diana, ini baru kekasih saya. Cik ni memang salah orang ni.” tegas Amir sambil mmperkenalkan wanita di hadapannya yang lagak dengan seribu pertanyaaan juga itu.
“Amir, saya Zu..” Zulaika masih lagi ingin berkata-kata kerana berfikir Amir mungkin sengaja ingin mempermainkannya namun lelaki itu segera bangun berdiri memandang Diana.
“Sayang. Jom la kita balik. I tak ada mood la nak makan lagi.” pinta Amir bernada geram seperti harinya telah diganggu. Dia jadi hilang selera makan.
Diana yang lagak aneh segera mengangguk mengerti lalu turut sama berdiri. Sekilas memandang Zulaika yang tiba-tiba tersentak dengan reaksi balas mereka berdua itu.
Amir dan Diana berpimpingan tangan melangkah pergi meninggalkan Zulaika yang sedang dilanda pilu yang amat apabila diperlakukan sedemikian rupa. Dia benar-benar terkilan!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“AMIR, kau memang jahat la. Kesian aku tengok dia tadi tau.” kata Diana setelah melangkah masuk ke dalam perut kereta Satria Neo lelaki itu. Nadanya seakan marah.
“Aku tahu Diana. Aku tak ada niat pun nak buat dia macam tu. Tapi entah la. Aku cuma nak tengok dia masih anggap aku ni kekasih dia lagi ke tak. Tiga tahun lebih, Diana. Tiga tahun lebih aku terseksa rindukan dia kau tau tak.” balas Amir sambil melepaskan keluhan kecil. Jauh di sudut hati terselit juga rasa menyesal memperlakukan Zulaika seperti itu tadi.
“Kau rasa dia percaya ke yang aku ni girlfriend kau ha?” tanya Diana buat Amir terdiam seketika. Dia tahu Zulaika masih mencintainya seperti mana dia mencintai wanita itu seikhlas hatinya. Dia yakin!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“TAK. Aku tak percaya. Aku tahu itu Amir dan aku tahu dia masih cintakan aku Syila. Aku tak percaya yang dia tak kenal aku.” geleng Zulaika beberapa kali. Dia kembali duduk di meja asalnya setelah puas dipujuk Syila.
Pelanggan-pelanggan yang turut berada di situ sekadar memerhati aneh dengan drama di antara mereka sebentar tadi itu.
“Tapi kau kan yang putuskan hubungan dengan dia dulu.” balas Syila seakan ingin menyebelahi Amir.
“Ya. Tapi masa tu aku terpaksa Syila. Aku sayangkan adik aku. Aku tak nak dia terluka.”
“Erm.. entah la Zulaika. Aku pun tak tahu la nak cakap apa lagi.” geleng Syila seakan berputus asa sambil menghirup air minumannya.
“Esok aku ingat aku nak pergi rumah dia la. Aku nak jumpa dia. Aku nak berterus terang dengan dia. Aku tak nak kehilangan dia lagi Syila. Aku tak sanggup.” jelas Zulaika benar-benar tidak ingin kehilangan Amir, lelaki yang dicintai dari dulu sehingga sekarang dan selamanya. Dia setia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤