11 November 2019

Bab 1

"BANGUN semua!.."
"Terima kasih cikgu!.."
"Baik. Terima kasih. Make sure homework yang saya bagi tadi kamu semua siapkan esok ya." pesan Cikgu Salina, guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sambil membimbit beg tangannya melangkah beredar dari Kelas 6 Cempaka 3.
"Zulaika."
"Em.?" balas Zulaika sambil menyusun buku-bukunya yang ada di atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg sandang yang selalu dibawanya. Segera memandang Syila yang berada di sebelahnya.
"Adik kau tunggu tu.." kata Syila sambil menunding jari telunjuknya ke luar koridor kelas buat Zulaika kalih pandang sebentar ke arah itu. Kelihatan Zuhaira lagak sedang menunggu. Sesekali merenung persekitaran sekolah.
"Oh okey. Aku balik dulu ya. Bye.." balas Zulaika semakin pantas menyusun buku-bukunya itu.
"Okay bye.. Jumpa esok." balas Syila melambai senyum.
Zulaika senyum balas dan segera keluar kelas menghampiri Zuhaira yang tersenyum manis memandangnya.
"Dah lama tunggu kak long?" tanya Zulaika tersenyum memandang adiknya yang kini berumur enam belas tahun, muda tiga tahun daripadanya sahaja.
"Tak. Baru je. Tadi adik ada kelas pendidikan seni, tu yang terus datang sini ni." jawap Zuhaira yang berkulit sawo matang dan agak tinggi sedikit daripada itu.
"Okey. Jom."
Kedua adik-beradik itu melangkah seiring menuju ke pondok menunggu bas sekolah. Mereka berhenti sebentar membeli rojak yang dijual berhampiran dengan pintu pagar sekolah.
"Adik, petang ni kak long ingat nak keluar dengan Abang Amir la. Adik nak ikut tak?" tanya Zulaika sambil mengunyah buah pelam jeruk yang berada di tangannya. Turut sama Zuhaira yang lebih suka minum air yang berbungkus.
"Abang Amir? Emm.. tak nak la kak long. Boring la. Dia asyik layan kak long je. Adik macam tiang lampu pulak."
Zulaika tersenyum lucu dengan kata-kata adiknya itu kerana memang benar apa yang dikata. Sebelum ini jika Zuhaira ikut serta pasti hanya duduk diam membisu. Hanya memerhati gelagatnya dengan Amir sahaja.
Mereka berdua terus menanti bas sekolah untuk pulang ke rumah seperti biasa sambil meneruskan perbualan. Sesekali gelak tawa adik-beradik itu kedengaran mengamitkan suasana pulang sekolah.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
"PAPA, projek di Taman Bandar Limau dalam masa lima hari lagi bakal siap. Cuma kita perlu tunggu" kata Amir atau nama penuhnya Amir Firdaus yang sedang duduk berhadapan dengan Azman, ayahnya yang berumur dalam lingkungan lewat 50an. Lelaki itu merupakan CEO Syarikat Permata Hilir yang telah dibangunkan sejak Amir masih belajar merangkak lagi.
"Okey.. Emm.. nanti kamu buat perasmian untuk projek tu ya. Sebab papa kena handle projek di Taman Putri Cina minggu depan." pinta Azman sambil menyelak fail yang berada di hadapannya. Sekilas memandang anak lelaki tunggal kesayangannya itu.
"Ok pa. No problem at all." balas Amir tersenyum faham. Lebih kurang dua tahun dia memikul tanggungjawab sebagai pengurus di situ selepas tamat pengajian di peringkat diploma dalam pengajian perniagaan yang diminatinya.
"Anyway.. semalam mama ada beritahu papa yang Amir dapat surat tawaran sambung study di LondonCourse in Business Management. Betul ke?" tanya Azman setelah menutup fail kerjanya itu.
"Ya pa." angguk Amir tersenyum suka.
"So macam mana? Dah confirm?"
"Err.. buat masa ni Amir belum fikirkan lagi la pa." balas Amir teragak-agak.
"Amir, peluang just datang sekali je. Jangan fikir lama sangat. Takut nanti terlepas pulak. Okey la papa ada meeting lagi lepas ni. I have to go now and jangan lupa nanti balik rumah, beritahu mama yang papa maybe balik lewat sikit hari ni. Sebab nanti papa kena makan dengan client papa ni okey. Sambil-sambil tu kami nak discuss pasal projek baru ni." terang Azman segera bangun sambil menyarungkan baju kotnya ke badan dan melangkah keluar bilik sejurus menarik beg bimbit yang sentiasa dibawanya bersama. Sekilas memandang Amir.
"Okey pa." angguk Amir faham sambil memandang ayahnya itu berlalu keluar daripada bilik itu. Mindanya pula berlari jauh teringat akan insan yang bergelar kekasih hati iaitu Zulaika.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
"ASSALAMUALAIKUM ma." ucap Amir sambil memeluk manja Hasnah dari belakang yang sedang asyik mengoreng telur di atas kuali. Dikucupnya pipi wanita yang berumur dalam lingkungan 40an itu dengan lembut.
"Waalaikumusalam. Amir. Ish.. apa ni? Pergi la mandi dulu. Busuknya.." balas Hasnah geleng kepala sambil sebelah tangan menutup hidung. Tersenyum dengan telatah anak tunggalnya itu.
Amir hanya tertawa lucu. Dia membetulkan sedikit cermin mata yang dipakainya. Dia melangkah ke arah peti sejuk dan mengambil air botol yang ada lalu dihirupnya perlahan. "Mama tak kerja ke hari ni?" tanya Amir setelah meletakkan air botol itu ke tempat asalnya semula.
"Tak. Hari ni kan hari sabtu." balas Hasnah yang masih dengan gelagatnya. Dia berkerja sebagai pengurus bank sebelum mendirikan rumah tangga dengan Azman lagi.
"Oh ya.. Emm.. kan best kalau Amir pun cuti juga. Boleh la Amir teman mama kat rumah ni tadi."
"Hmm ya la tu. Erm.. papa mana Amir? Tak balik sekali ke?" tanya Hasnah sambil terintai-intai ke depan ruang tamu. Mencari kelibat suaminya.
"Oh ya.. Terlupa pulak Amir. Hari ni papa balik lewat sikit la ma. Ada meeting dengan client papa cakap tadi."
"Oh patut la.. Emm.. hari ni Amir keluar dengan Zulaika tak?" tanya Hasnah sekilas memandang Amir. Dia sedia maklum dengan hubungan anak muda itu dengan kekasih hati bernama Zulaika. Dia dan suaminya tidak mempunyai masalah dalam hubungan kedua-dua remaja itu malah mereka menyambut baik kedatangan gadis itu ke dalam rumah ini kelak.
"Kejap lagi kami plan nak keluar la ni. Kenapa ma?"
"Tak ada la. Mama ada masak ayam masak sambal. Boleh la nanti Amir kirimkan sikit kat Zulaika dengan family dia ya."
"Oh. ingatkan apa tadi. Hmm.. okey nanti mama bungkus. Amir nak naik atas mandi dulu." angguk Amir faham tersenyum memandang ibunya itu.
"Hmm ya la." balas Hasnah sambil meneruskan kerjanya.
Amir berlalu keluar dari ruangan dapur ke tingkat atas bilik tidurnya. Ingin segera bersiap. Lagak benar-benar tidak sabar ingin berjumpa dengan kekasih hati. Rindu sungguh!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
"MANA dia ni? Ee.. geramnya. Ni yang tak suka ni." detus geram Zulaika di dalam hati. Gaya seakan ingin menumbuk dinding batu rumahnya itu.
"Kak long, Abang Amir tak datang lagi ke?" tanya Zuhaira yang sejak dari tadi hanya duduk berbaring di atas sofa sambil peti televisyen terpasang sinetron Indonesia yang tidak pernah terlepas episod sepanjang dia menyaksikannya. Hanya memerhati gelagat Zulaika seperti cacing kepanasan di hadapan pintu utama rumah teres mereka itu.
"Entah la. Tak datang-datang lagi ni. Dah dekat sepuluh minit dah kak long tunggu ni." keluh Zulaika beberapa kali melihat ke arah jam di pergelangan tangannya. Sesekali mengintai ke luar pagar rumah. Menanti bayangan lelaki yang dicintai separuh mati itu.
"Ala.. nanti dia datang la tu. Kak long sabar la sikit." balas Zuhaira sekadar ingin menyedapkan hati kakaknya itu lalu menonton semula drama kegemarannya itu.
Selepas beberapa minit, sebuah kereta Satria Neo berhenti di hadapan pagar rumah teres Zulaika menyebabkan wanita itu mengukir senyum yang amat. Keluar Amir sambil membimbit sebungkus beg plastik yang berisi sebuah bekas makanan.
Zulaika segera menghampirinya. Zuhaira yang sedar akan kehadiran lelaki itu turut segera keluar rumah mengikuti langkah kakaknya itu.
"Hai awak." sapa Amir tersenyum memandang Zulaika. Rindu di hati beberapa hari ini terubat tatkala wajah wanita itu dipandangnya.
"Kenapa lambat?" tanya Zulaika jegil mata. Terselit nada marah.
"Sorry la. Saya pergi isi minyak kereta tadi. Ni mama saya kasi. Ayam masak sambal." balas Amir sambil menghulurkan bungkusan yang dipegangnya ke tangan Zulaika.
"Oh.. Emm.. terima kasih." ucap Zulaika perlahan mengangguk tersenyum. Segera terubat rasa marahnya.
"And dia kirim salam kat awak." sambung Amir lagi. Tersenyum gembira.
"Waalaikumusalam."
"Abang Amir ni. Kesian kat kak long. Lama tau tunggu Abang Amir." sampuk Zuhaira yang berada di sebelah Zulaika. Seakan ingin membela kakaknya itu pula.
Kedua-dua mata pasangan sehati sejiwa itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Amir jadi tersenyum faham memandang Zuhaira.
"Adik, nanti ayam masak sambal ni adik bagi kat mama ya. Kak long pergi dulu ya." pinta Zulaika.
"Hmm ya la.." balas Zuhaira segera mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh kakaknya itu.
"Eh! Aira tak nak ikut sekali ke?" tanya Amir sekilas memandang Zulaika.
"Tadi saya dah ajak. Tapi dia yang tak nak ikut." jawab Zulaika.
"Bukan tak nak. Tapi Aira ada homework yang kena buat la." jawab Zuhaira tersenyum malu membuatkan Amir mengangguk faham.
"Jangan lupa kunci pintu rumah tau lepas masuk dalam nanti." pesan Zulaika dengan langkah ke hadapan pintu kereta.
"Ya ya. Adik tahu la kak long." angguk Zuhaira beberapa kali.
"Ok Aira, Abang Amir dengan kak long pergi dulu ya." kata Amir tersenyum senang hati.
"Ok. Bawa kereta elok-elok ya Abang Amir. Kalau akak bising-bising, Abang Amir tinggal je dia kat tepi jalan. Biar dia balik jalan kaki." usik Zuhaira ketawa suka. Membuatkan Zulaika menjegilkan matanya seketika. Amir hanya tersenyum geleng dengan telatah dua beradik itu.
Kereta dipandu pergi setelah Amir dan Zulaika masuk ke dalam perut kereta. Zuhaira hanya memerhati. Rasa iri hati dan cemburu mula timbul kembali.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
"BETUL ke awak? Tahniah.." ucap Zulaika tersenyum ceria memandang kekasih hatinya itu. Makanan yang dipesan sedang dinikmati bersama. "Kenapa ni? Macam tak happy je. Bukan ke ni impian awak dari dulu lagi? Nak study dekat London, ibu kota orang putih tu. " tambah Zulaika lagi setelah melihat Amir seakan tidak nampak ceria dengan perkara tersebut.
"Entah la awak. Rasa macam berat hati je nak pergi sana la." balas Amir lambat. Terselit nada sedih.
"Ya ke? Ke awak takut rindukan saya nanti?" usik Zulaika manja membuatkan Amir hanya tersenyum malu. "Awak, saya tak nak kerana saya, awak lupakan impian awak tu. Ingat. Saya sokong awak apa sekalipun impian awak. Saya pun ada impian saya sendiri. Cita-cita saya untuk jadi cikgu belum tentu lagi tercapai kalau saya tak berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang. So saya nak awak pun jadi macam saya. Teruskan impian dan cita-cita awak tu ya?" kata Zulaika tersenyum manis sambil merenung wajah lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya selama hampir tiga tahun itu.
"Tapi macam mana dengan cinta kita?" pantas Amir bertanya. Serius.
"Cinta kita? Emm.. buat sementara ni kena la berehat sebentar." balas Zulaika selamba sambil menikmati kembali makanannya.
"Hah?" tanda soal di benak fikiran Amir mula muncul. Tidak faham dengan balasan kata Zulaika itu.
"Tak. Maksud saya, kita kena la sama-sama ambil latihan PJJ."
"PJJ?" kerut dahi Amir jadi makin teruk. Masih tidak faham.
"Hmm.. percintaan Jarak Jauh." angguk Zulaika membuatkan Amir tertawa lucu.
Mereka berdua terus berbual-bual kosong dan menikmati santapan petang yang telah lama terhidang di atas meja itu bersama. Masing-masing dengan gelagat tersendiri. Meluah kasih yang terjalin mesra. Sungguh bahagia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤