11 November 2019

Bab 10

'KOMPANG dipalu.. Pengantin baru.. Duduk bersanding.. Tersipu malu..
Kompang dipalu.. Pengantin malu.. Moga bahagia.. Ke anak cucu...'
Berkumandang lagu 'Kompang Dipalu' yang diputarkan oleh deejay yang diupah khas bagi menceriakan lagi suasana yang cukup bahagia itu. Keadaan di sekeliling rumah teres itu tidak kiralah di luar mahupun di dalam, riuh rendah dengan kehadiran sanak-saudara dan jiran tetangga yang datang untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis persandingan dua merpati sejoli antara Amir Firdaus Bin Azman dan Nur Zulaika Binti Zulkarnain yang telah diijabkabulkan pada pagi tadi dengan sekali lafaz.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

"ZULAIKA, tandas mana? Kak Ju rasa sakit perut la pulak." tanya Jurizah setelah beberapa minit menata rias wajah Zulaika yang sudah lengkap berpakaian baju pengantin itu. Tangannya mula diletakkan di lapang perut. Seakan sedang mengerang kesakitan.
"Oh.. tandas ada kat bawah Kak Ju. Hujung kanan sekali ya." balas Zulaika sambil menunding jarinya. Tersenyum sebentar melihat gelagat wanita itu.
"Okey. Zulaika duduk sini baik-baik ya. Kejap lagi Kak Ju datang balik sebab ada sikit lagi je Kak Ju nak touch up muka Zulaika ni okey." pesan Jurizah segera bangun dan keluar dari bilik itu setelah Zulaika lagak mengangguk faham.
"Kak Long.." panggil Zuhaira yang sejak dari tadi lagi mendiamkan diri di atas katil kakaknya itu. Hanya merenung tingkah laku dan gelagat Zulaika bersama dengan Jurizah.
"Ya adik.." balas Zulaika tersenyum sekilas memandang adiknya itu kerana dia sedang asyik memerhatikan hasil solekan Jurizah di hadapan cermin soleknya. Sungguh cantik hasil tangan wanita itu tadi.
"Adik happy sangat tengok kak long happy macam ni." kata Zuhaira ikhlas memandang Zulaika dengan senang hati.
Zulaika segera kalih pandang penuh Zuhaira. Dia merenung adiknya itu seketika. Bibri tersenyum mesra. Dia segera bangun dan menghampiri katilnya. Dia duduk di sebelah Zuhaira. Digenggam erat kedua-dua tangan gadis itu. Senyuman masih kekal di bibirnya. "Terima kasih adik. Kak long pun nak adik sentiasa happy dan selalu senyum macam ni ya?" kata Zulaika sambil mengusik pipi lembut adiknya itu.
"Okey kak long. Adik doakan agar kak long dengan bang long sentiasa bahagia hingga ke anak cucu plus cicit plus oni-oni okey.." senyum balas Zuhaira ceria. Dia telah membiasakan diri memanggil Amir dengan nama 'Bang Long' sejak beberapa bulan yang lalu setelah Zulaika selamat mengikat tali pertunangan bersama lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dulu itu. Kini dia telah dapat menerima hakikat yang lelaki itu bukan untuk dirinya tetapi tercipta untuk kakaknya, Zulaika.
"Ameen." balas Zulaika tersenyum sambil menyapu lembut kedua-dua belah tapak tangan ke wajahnya sendiri. Dia juga berdoa agar Allah S.W.T perkenankan doa ikhlas dari seorang yang bergelar adik itu.
Adik-beradik itu terus berbual lama sehingga Jurizah memunculkan diri dan menata rias kembali wajah Zulaika.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

"ASSALAMUALAIKUM cikgu.." ucap Yuzira melangkah masuk ke halaman rumah bersama dengan anak-anaknya. Kawan lama Rokiah yang turut dijemput ke majlis bersejarah pada hari ini.
"Waalaikumusalam.. Eh! Kak Zira.. Jemput la masuk."
Mereka berdua bersalaman antara satu sama lain.
"Dah bertahun kita tak jumpa ya? Haa. pengantinnya mana?" tanya Yuzira sambil terintai-intai ke dalam rumah.
"Ada kat dalam bilik dia tu, tengah bersiap. Nanti dia keluar la. Pengantin lelaki pun belum datang lagi ni. Kejap lagi sampai la tu. Terima kasih la sebab sudi datang rumah saya ni ya, Kak Zira."
"Sama-sama. Kak Zira pun nak ucap terima kasih la sebab sudi jemput Kak Zira dengan anak-anak ni datang kenduri kahwin anak sulung cikgu ni ya."
"Ya ya. Eh, jemput la makan dulu Kak Zira ya. Kalau nak tunggu pengantin rasanya lambat lagi ni." jemput Rokiah tersenyum tawa kecil.
"Ya ya.." angguk Yuzira tersenyum faham. Dia bersama anak-anaknya segera berlalu ke meja makan yang telah tersedia manakala Rokiah masih setia berdiri menyambut tetamu hadir yang lain. Razif pula sedang rancak berbual dengan rakan-rakan kerjanya yang datang awal lagi sambil menolong isterinya itu menguruskan kelengkapan untuk tetamu yang hadir nanti.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

'SELAMAT.. pengantin baru. Semoga.. kekal abadi. Bahgia.. ke anak cucu. Sentosa.. murah rezeki.
Alhamdulilah.. bertemu jodohnya. Berkat kesucian.. akhir terlaksana.
Pabila.. sedang bersanding. Janganlah.. suka menjeling. Menjadi.. raja sehari. Tersenyum.. nampak berseri.
Tenangkanlah hati.. dengan kesyukuran. Sabar menghadapi.. tempuh hidup baru.
Selamat.. pengantin baru. Semoga.. kekal abadi. Bahgia.. ke anak cucu. Sentosa.. murah rezeki.
Alhamdulilah.. bertemu jodohnya. Berkat kesucian.. akhir terlaksana.'
Zulaika dan Amir duduk bersama-sama bersanding di atas pelamin dengan diapit oleh pengampit di kiri dan kanan kedua-dua pengantin setelah jam menunjukkan tepat pukul dua petang. Ketika itu ramai tetamu sedang asyik menikmati hidangan makanan yang disediakan oleh catering yang ditempah. Wajah seri pengantin terserlah pada kedua-dua wajah pengantin baru itu membuatkan banyak mata yang mengintai dan banyak kata juga yang mengusik. Sungguh terpesona bak raja sehari!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

'ASSALAMUALAIKUM warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah..' Amir memaling kepala ke arah kanan dan kirinya sambil diikuti Zulaika dari belakang. Amir menjadi iman buat pertama kalinya bersama dengan isteri tercintanya itu. Mereka berdua baru selesai solat Isyak berjemaah bersama.
Amir memaling ke belakang. Tersenyum lebar memandang wajah ayu Zulaika yang dilitupi dengan kain telekung yang hanya menampakkan wajah isterinya sahaja itu.
"Abang.." panggil Zulaika sambil menghulurkan tangan untuk mengucup tangan suaminya itu.
Amir tersenyum mengerti. Tangan kanannya dihala ke arah Zulaika dan dibiarkan tangannya itu terus dikucup lembut oleh gadis yang kini menjadi pemilik gelaran isteri buat dirinya. Amir pula segera mengucup lembut dahi Zulaika dengan mesra. Mereka berdua tersenyum mesra memandang antara satu sama lain. Terasa cinta yang terikat selamat hampir enam tahun menjadi makin kuat.
Amir melangkah ke atas katil setelah meletakkan songkok yang berada di atas kepalanya di atas meja solek. Dia sempat memerhatikan sekeliling bilik tersebut yang dihias cantik dan indah. Seindah perasaannya pada hari ini. Dia duduk memandang Zulaika yang sedang asyik melipat kain sejadah yang digunakan sebentar tadi. Terasa penat seharian bergelar raja sehari hilang setelah wajah itu dipandangnya mesra. "Sayang..." panggil Amir manja.
"Emm..?" balas Zulaika sekilas memandang Amir. Tangan masih ligat melipat.
"Marilah duduk dekat sini.." kata Amir sambil mengerak-gerakkan tangannya dengan gaya memanggil wanita itu duduk bersebelahan dengannya. Dia sempat menepuk dada katil empuknya itu.
Zulaika seakan mengerti. Setelah selesai melipat kain telekung dan sejadah, dia segera bangun dan berlalu duduk bersebelahan dengan suaminya itu di atas dada katil. "Ada apa bang?" tanya Zulaika manja. Tersenyum memandang wajah suaminya itu.
Amir hanya tersenyum sambil tangannya memegang erat tangan Zulaika. Dikucupnya lembut. Zulaika hanya diam memerhati. "Sekarang kita dah jadi suami isteri. Lepas ni apa saja dugaan dan rintangan kita lalui sama-sama ya. Abang sayang sangat dengan sayang. Abang janji yang abang akan sentiasa bahagiakan sayang ya." jelas Amir ikhlas.
"Sayang pun bang. Sayang akan sayang abang sepenuh hati sayang. Yang penting. Sayang nak abang percaya pada sayang je ya?" balas Zulaika tersenyum manja.
"Ya. Abang percaya pada sayang. Macam yang abang cakap dulu. Hanya ada satu nama je dalam hati abang ni. Hanya nama sayang. Nur Zulaika Zulkarnain." kata Amir yakin membuatkan Zulaika mengangguk faham sambil merebahkan kepalanya di bahu lelaki yang telah bergelar suaminya yang sah itu. Tangan mereka berdua digenggam bersama erat. Malam itu telah menjadi malam pertama bagi mereka berdua sebagai suami dan isteri yang baru ingin melayari bahtera perkahwinan bersama untuk seumur hidup dengan rahmat dan izin-Nya. InsyaAllah..
TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤