11 November 2019

Bab 2

"AIKA.. adik.. Mari sini. Mama ada nak cakap sikit." panggil Rokiah yang sedang selesa duduk di atas katilnya setelah melihat kedua-dua anak daranya yang menurut kata memunculkan diri di sebalik pintu biliknya itu.
"Ada apa ni ma? Adik ada kerja lagi la yang nak kena buat kat bilik tu." balas Zuhaira manja sambil melangkah bersama Zulaika mendekati Rokiah.
Zulaika yang turut sama melangkah masuk tersenyum geleng. "Ya la tu. Tadi kak long tengok asyik baca novel je. Kerja apanya tu.. " sindir Zulaika membuatkan Zuhaira tarik muka.
Rokiah hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua itu. Sudah besar panjang. Detus hati kecilnya.
Zulaika dan Zuhaira duduk di samping ibu kesayangan mereka berdua yang berbadan agak gempal itu dan menantinya berbicara habis.
"Mama nak cakap, yang tak lama lagi mungkin kamu berdua akan dapat abah baru." kata Rokiah setelah lama berdiam diri. Seakan menyusun kata. Kedua-dua tangannya mengenggam erat tangan anak-anak gadisnya itu. Kanan tangan Zulaika dan kiri tangan Zuhaira.
"Abah baru??" Zuhaira tercengang. Segera melepaskan tangan ibunya.
"Maksud mama? Mama akan kahwin lain?" tanya Zulaika lembut walaupun dia juga turut terkejut dengan kenyataan spontan ibunya itu.
Rokiah mengangguk tanda mengeyakan kata anak-anaknya itu. Benar tekaan mereka itu.
"Dengan siapa?" tanya Zuhaira mula lagak tidak senang hati.
"Dengan Uncle Razif. Dia duda. Lima tahun dah arwah isteri dia meninggal dunia. Dia cikgu kat sekolah mama jugak. Tapi dia cikgu Sejarah." jelas Rokiah satu persatu. Reaksi bahagia jelas terpancar di wajahnya.
"Tak. Adik tak setuju!." Bantah Zuhaira pantas bangun berdiri dari katil Rokiah. Memandang tajam ibunya itu.
"Adik.." Rokiah seakan ingin cuba memujuk tetapi pantas sahaja dicelah.
"Ma, tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat abah. Tak ada siapa pun. "
"Adik, abah tetap dalam hati mama ni.. sampai bila-bila." balas Rokiah seakan ingin cuba memegang lembut tangan anak keduanya itu semula. Tetapi segera ditepis lembut oleh Zuhaira.
"Tapi kenapa mama perlu kahwin lagi? Adik tak suka! Mama tak setia!" balas Zuhaira kasar lalu berlari keluar dari bilik itu. Meninggalkan Rokiah dan Zulaika yang masih terduduk memandangnya.
Zulaika kalih pandang ibunya yang seakan menyesal menyebut tentang hal itu tadi. "Ma, Aika tak kisah ma. Dengan siapa pun yang mama akan kahwin nanti dan bakal jadi abah kami. Aika cuma nak dia jaga mama dengan baik dan mama bahagia dengan dia. Tu sudah cukup bagi Aika ma." ujar Zulaika tersenyum manis sambil mengenggam erat tangan ibunya itu. Baginya, kebahagiaan wanita itu kebahagiaan buat dirinya juga. Itu sudah cukup!
"Terima kasih Aika. Terima kasih sayang ya." angguk Rokiah tersenyum senang hati sambil memeluk erat Zulaika. Dikucupnya dahi gadis itu. Sambil tangannya mengusap lembut rambut Zulaika. Terubat sedikit hatinya dengan kata-kata anak sulungnya itu. Seakan mengerti niat jiwanya.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

DUM! Zuhaira tolak pintu dengan kasar sehinggakan bunyinya kedengaran jelas satu rumah teres itu. Dia lantas membaringkan diri di atas katil setelah menarik bingkai gambar yang terletak di tepi katil. Ditatap gambarnya potret dia sekeluarga. Kelihatan dia, Zulaika, Rokiah dan Zulkarnain sedang tersenyum manis duduk di bangku di hadapan halaman rumah.
"Abah, tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat abah. Tak ada siapa pun." kata Zuhaira sendiri sambil air mata menitis di pipi. Rindu di hati terhadap insan yang bergelar bapa kandungnya itu kian membara.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

"KENAPA ni?" tanya Amir memandang Zulaika yang kelihatan termenung jauh. Mereka berdua telah lama berada di situ. Keluar makan bersama seperti biasa jika mempunyai kelapangan masa.
"Emm?" balas Zulaika tersedar dari termenung jauh. Segera memandang wajah teman lelakinya itu.
"Tak saya tanya, kenapa awak nampak lain macam je hari ni? Macam bad mood je. Datang bulan ya.?" usik Amir tersenyum.
"Ish awak ni.. ke situ pulak. Tak ada la. Saya tengah fikir. Kalau la satu hari nanti saya kehilangan awak la kan. Mungkinkah saya akan dapat cari pengganti?" balas Zulaika lambat. Terselit makna.
"Zulaika, kenapa awak perlu fikir semua tu? Saya kan masih kat sini. Masih merenung ke dalam mata awak yang cute ni." balas Amir manja. Cuba bermain kata pula dia!
"Entah la. It just cross in my mindJust forget it ok." geleng Zulaika sambil mengangkat bahu. Dia segera menghirup air limau aisnya yang masih tersisa di gelas.
"Saya tahu. Ni mesti pasal mama awak yang nak kahwin lain tu kan?" teka Amir seakan mengerti.
Zulaika hanya mengangguk perlahan tanda benar kerana dia telah memberitahu Amir tentang perkara itu dari awal lagi. Sengaja ingin meluah rasa.
"Zulaika, bagi saya la kan. Terpulang pada mama awak. Mungkin dia rasa sunyi dan dia perlukan seseorang untuk jadi teman dari kesunyian yang dia rasa tu."
"Tapi apa gunanya ada kami awak? Kami kan anak dia." tanya Zulaika lembut seakan tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Seakan ingin mula berbahas.
"Anak dengan suami tak sama la awak." geleng Amir tersenyum sendiri.
"Maksud awak?" tanya Zulaika tidak berapa faham.
"Maksud saya.. suami adalah pelindung kepada seorang isteri dan anak pula hanya sebagai pendamping kepada seorang ibu. Kan tak sama tu. " kata Amir dengan serius membuatkan Zulaika tertawa kecil. Tiba-tiba berubah wajah. "Kenapa? Apa yang kelakarnya? Betul apa saya cakap kan?."
"Ya ya. Betul la apa yang awak cakap tu Encik Amir Firdaus. Pandai awak cakap ya. Emm.. awak nak tahu tak, Amir?"
"Apa dia Zulaika sayang?" balas Amir bernada manja.
"Ini la sebab saya suka sangat kat awak."
"Maksud awak?"
"Kata-kata awak yang bersifat romantis ni la yang buat saya makin bertambah sayang kat awak tau. Kalah profesor bahasa - bahasa bunga tau."
Mereka berdua tersenyum gembira merenung wajah masing-masing. Hari itu menjadi hari terindah lagi sekali dalam diari percintaan dua hati mereka. Sungguh indah!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

"KIAH."
"Ya bang."
"Kalau satu hari nanti abang dah tak ada lagi kat dunia ni. Abang nak Kiah hidup bahagia dengan anak-anak kita ni ya." pesan Zulkarnain sambil mengenggam tangan Rokiah dengan erat. Bibirnya tidak hilang dari mengukir senyum kepada isteri yang dicintainya itu.
"Ya bang. Kiah pasti hidup bahagia dengan anak-anak kita ni. Dah abang rehat ya. Doktor kan cakap abang jangan banyak bergerak."
"Kalau ada seorang lelaki yang cuba dekati Kiah nanti. Jangan sesekali Kiah tolak ya? Cuba terima dia dalam hidup Kiah. Abang nak Kiah bahagia dan ada orang yang jaga Kiah masa hari tua nanti ya." kata Zulkarnain lagi membuatkan Rokiah terdiam membisu. "Janji ya?"
"Mama.. Mama.." panggil Zulaika membuatkan Rokiah tersedar dari kenangan bersama suaminya itu. Sebak dan pilu di hati terasa seketika.
"Emm.?"
"Uncle Razif dah sampai tu." kata Zulaika tersenyum memandang raut wajah ibunya itu. Wanita yang telah hampir sepuluh tahun mengharungi liku-liku kehidupan tanpa insan pelindung di sisi.
"Oh ya." pantas Rokiah bangun mengemaskan diri yang sejak dari tadi lagi telah selesai menyediakan sedikit santapan ringan untuk bakal tetamu istimewanya itu.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

"JEMPUT la minum Uncle Razif." pinta Zulaika sambil menghidangkan beberapa cawan teh panas di atas meja tamu. Rokiah yang terlebih dahulu duduk di atas sofa hanya sekadar memerhati.
"Terima kasih. Kamu ni mesti Zulaika. Anak sulung Rokiah kan?" tanya Razif tersenyum. Dia seakan dapat mengagak.
"Ya. Uncle dengan mama duduk la minum dulu ya. Aika nak masuk dapur kejap. Nak ambil makanan sikit bawa ke sini." angguk Zulaika sopan sambil beredar masuk ke ruangan dapur semula.
"Cantik anak you Rokiah. Macam mak dia." puji Razif ikhlas setelah bayangan Zulaika hilang dari pandangannya.
"Ish you ni Razif. Tak payah la puji lebih-lebih. Malu pulak dia nanti."
"Assalamualaikum.." Kedengaran ucapan salam sambil pintu utama rumah teres itu ditolak. Zuhaira menjelmakan diri sambil membimbit beg sandangnya. Dia baru pulang dari latihan bola jaring.
"Waalaikumusalam. Haa..adik, mari sini sayang. Mama nak kenalkan ni..."
"Bakal suami mama tu?" celah Zuhaira kasar sekilas menjeling tajam ke arah Razif. Mematikan senyuman manis Rokiah yang kelihatan ingin bangun memperkenalkan Razif kepadanya.
"Adik..." Rokiah seakan ingin menegur.
"Ehm..(mengeluh dengan lagak sindir) Adik malas la ma. Adik nak naik atas, nak mandi." pantas Zuhaira melangkah terus mengira anak tangga tanpa memandang ke arah ibunya itu.
"Razif, maaf." mohon Rokiah kalih pandang Razif yang dari tadi hanya diam memerhati gelagat kurang sopan anak muda itu.
"It's ok Rokiah. I faham." balas Razif buat Rokiah cuba untuk senyum. Senyum tawar. Sedikit terkilan dengan sikap anak keduanya itu tadi.
Mereka berdua meneruskan perbualan sehingga Zulaika selesai menghidangkan makanan ringan di atas meja tamu. Mereka bertiga berbual-bual kosong tanpa Zuhaira. Gadis itu hanya menyepikan diri di kamar tidur dengan earphone dipasang di telinga. Berlagak protes habis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤