11 November 2019

Bab 7

ZULAIKA, tunggu dulu. Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya ni?” tanya Amir setelah dapat mengejar Zulaika yang meninggalkan meja makan mereka secara tiba-tiba.
“Awak tak salah apa-apa Amir.” balas Zulaika setelah memberhentikan langkahnya. Tanpa kalih pandang wajah Amir. Dia jadi tidak sanggup. Sungguh!
“Habis tu? Kenapa awak tiba-tiba nak putuskan hubungan kita ni? Kenapa? Mama awak tak suka kita kawan lagi ke?” soal Amir masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa perpisahan adalah jawapan bagi pertemuan di antara mereka berdua hari ini diadakan.
“Semua ini tak ada kena mengena dengan mama saya.” jawap Zulaika sambil memandang sebentar ke muka lelaki yang dicintainya itu. Tidak mahu ibunya dijadikan punca dia bertindak begini pada hari ini.
“Habis apa? Awak beritahu la saya. Awak dah jumpa lelaki lain ke Zulaika? Beritahu saya kenapa? Tolong la..” desak Amir lagi. Ingin benar tahu.
“Awak dah dengarkan saya cakap apa tadi. Saya nak putuskan hubungan kita ni. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Maaf.”
“Zulaika, saya sayangkan awak. Saya cintakan awak, Zulaika.” pujuk Amir sambil menarik lengan Zulaika daripada bertindak melangkah kaki mara ke hadapan lagi.
“Lupakan saya Amir. Kita tak layak bersama.”
“Tak. Saya tak akan pernah lupakan awak, Zulaika. Saya cintakan awak dan saya tahu yang awak pun cintakan saya juga kan?” Amir masih ingin berkata. Namun Zulaika tidak membalas lagi. Hanya sekadar mendengar. “Zulaika, saya tak tahu apa yang dah jadi pada hubungan kita berdua ni sekarang. Tapi saya nak awak tahu yang ada hanya satu nama saja dalam hati saya ni. Hanya nama awak, Zulaika. Hanya awak.” kata Amir seikhlas yang mungkin. Tangannya sempat dibawa ke lapang dada. Mempamerkan aksi yang dia benar-benar sayangkan Zulaika. Sepenuh hatinya.
Zulaika meneruskan langkah pergi dari situ. Meninggalkan Amir yang berdiri terkaku di situ. Rasa sedih dan terkilan jelas terpancar di riak wajah lelaki itu. Namun dia tiada pilihan. Air mata di pipinya tidak dapat ditahan lagi. Habis berlari turun menyentuh pipi gebunya. Hati sungguh terseksa!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“HAI Kak Syila.” sapa Zuhaira tersenyum mesra setelah kelibat Syila sedang menunggu di salah satu meja makan di restoran yang dijanjikan mereka berdua itu. Hampir seminggu juga dia telah kembali sihat daripada demam panasnya.
“Hai Aira..” balas Syila sekadar senyum kelat.
“Kenapa Kak Syila ajak Aira keluar ni? Siap jangan beritahu kak long lagi. Ni mesti ada rahsia kak long yang akak nak beritahu kat Aira kan..” kata Zuhaira seakan ingin berseloroh sambil melabuhkan punggungnya di hadapan kawan kakaknya itu, tetapi Syila masih dengan wajah tenangnya. Tidak sedikitpun tersenyum dengan kata-kata Zuhaira itu tadi.
“Kak Syila nak tanya Aira sesuatu.” Syila memulakan bicara.
“Nak tanya? Tanya apa Kak Syila? Nampak macam masalah besar je ni.” kata Zuhaira seakan ingin cuba berseloroh lagi.
“Betul ke Aira ada hati dekat Abang Amir, boyfriend kak long?” lancang mulut Syila bertanya. Tidak sedikit pun berlapik, kerana dari minggu lepas lagi soalan itu ingin diluahkan pada gadis yang berada di hadapannya itu.
“Err.. macam mana..”
Zuhaira seakan ingin berkata tetapi Syila pantas sahaja mencelah masuk kembali di dalam perbualan itu. “Jawab soalan akak dulu Aira. Betul ke?” tanya Syila sekali lagi dengan nada makin serius. Tidak mahu soalan terus bertangguh.
Zuhaira mengangguk perlahan tanda benar. Mata tidak memandang Syila. Dia jadi tidak berani.
“Aira, apa salah kakak kamu tu hah, Aira? Sampai kamu sanggup hancurkan kebahagiaan dia dengan Abang Amir. Kenapa boleh jadi macam ni.? Okey. sebenarnya akak tak nak cakap benda ni walaupun kak long kamu halang akak beritahu kamu pasal hal ni. Tapi kakak tak boleh Aira. Kakak tak boleh tengok kak long kamu sedih lagi. Kamu tahu tak, kak long kamu tu sanggup korbankan cinta dia pada Amir semata-mata kerana kamu Aira. Adik dia.”
“Kak Syila, Aira minta maaf. Aira tak berniat pun nak ada hati dengan Abang Amir pada mulanya. Aira cuma..”
“Cuma apa haa? Cuma suka tengok bila kak long kamu tu sedih? Macam tu? Kamu tahu tak, Aira. Kerana kamu jugak, kak long kamu dah putuskan hubungan dia dengan Abang Amir sekarang. Semata-mata nak bagi kebahagiaan pada kamu ni.”
Zuhaira terkejut seketika. Lagak tidak percaya dengan kenyataan wanita di hadapannya itu. “Apa? Betul ke ni Kak Syila?”
“Kenapa? Kamu suka la sekarang kan? Boleh la kamu dapat Amir dan pada masa sama dapat hancurkan kebahagiaan kakak kamu sendiri kan?” luah Syila lagak benar-benar kecewa dengan sikap gadis muda itu. Dia sudah pendam lama.
Zuhaira mati kata lagi. Tidak sangka sejauh itu pengorbanan kakaknya. Memilih keluarga lebih dari cinta yang sudah lama bersemi di hatinya. Dia mula rasa menyesal kembali. Terus menyesal.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“KAK long.” panggil Zuhaira yang sedang berada di atas riba Zulaika.
“Em..” balas Zulaika sedang asyik membaca novel yang dipinjam daripada rakan sekelas.
“Kak Long sayang adik tak?” tanya Zuhaira sambil bermain-main rambutnya yang lurus tidak terikat itu.
“Kenapa adik tanya kak long soalan macam ni? Tentu la kak long sayang sangat kat adik kak long yang sorang ni.” balas Zulaika setelah kalih pandang pada Zuhaira sambil mencubit lembut pipi adiknya itu.
“Sejauh mana ya sayang kak long kat adik?” tanya Zuhaira lagiTersenyum manja.
“Emm.. sejauh langit. Langit kita tak boleh pegang kan? Jadi sejauh tu la sayang kak long pada adik. Ingat adik, kak long sanggup berkorban untuk adik dengan mama. Sebab kak long sayang sangat kat mama dengan adik. Kak long hanya ada adik dengan mama je sekarang ni.”
Kenangan bersama Zulaika dahulu diingati Zuhaira seketika. Dia kini dalam perjalanan kembali ke rumahnya selepas bertemu empat mata dengan Syila sebentar tadi. Rasa serba salah makin menebal di dalam diri. Kakaknya itu lagak sanggup mengabaikan cinta semata-mata untuk dirinya, yang hanya sekadar seorang adik.
“Kak long..” panggil Zuhaira setelah menolak pintu bilik Zulaika perlahan. Zulaika yang sedang termenung jauh segera mengalihkan pandangan ke arahnya. Pen di tangan masih tersisip kemas di celah jari. Seakan sedang menyiapkan tugasan sekolahnya.
“Adik baru balik ya?” tanya Zulaika cuba menguntumkan senyuman. Cuba menyembunyikan perasaan yang sedang melanda dirinya ketika ini.
Zuhaira segera melangkah menghampiri Zulaika. Mengenggam erat tangan kakaknya itu. “Kak long. adik nak minta maaf. Adik minta maaf kak long. Adik berdosa pada kak long selama ni..” mohon Zuhaira berlutut sambil mengucup tangan kakaknya itu beberapa kali. Nada benar-benar menyesal.
Zulaika jadi terkejut dengan aksi spontan Zuhaira. Dia cuba ingin berbicara balas namun pantas saja dicelah adiknya itu. “Adik..apa ni?”
“Adik tak sepatutnya buruk-burukkan nama kak long pada Abang Amir. Adik minta maaf kak long.” pintas Zuhaira. Air matanya mula menitis di pipinya. Insaf dengan kesilapannya itu. Zulaika terdiam. Masih mahu mendengar penjelasan penuh Zuhaira itu. “Kak long maafkan adik ya? Selama ni adik cemburu bila tengok kak long dengan Abang Amir. Adik tak sepatutnya rasa macam tu. Adik minta maaf sangat-sangat kak long.” Zuhaira masih merayu. Memohon keampunan daripadan insan yang bergelar kakak. Air mata gadis itu mula mencurah-curah. Laju.
“Sudah la adik. Ya.. kak long maafkan adik. Dah.. tak nak menangis lagi. Tak comel dah adik kak long ni.” balas Zulaika tersenyum. Air matanya turut sama menitis di pipi.
Mereka berdua berpelukan seketika sambil tersenyum memandang raut wajah masing-masing.
“Kak long. Jom kita pergi jumpa Abang Amir. Adik rasa serba salah sangat selagi adik tak tengok kak long baik semula dengan Abang Amir. Kita pergi jumpa dia ya Kak Long ya?” pinta Zuhaira sambil memegang erat kedua-dua tangan Zulaika. Lagak bersungguh-sungguh.
“Hmm.. ya la. Kejap, kak long call Abang Amir dulu ya..” angguk Zulaika mengerti sambil mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja tulisnya.
Zuhaira mengangguk tersenyum sambil memerhati lagak kakaknya itu. “Hello assalamualaikum..” telefon bimbit Amir diangkat tetapi yang bersuara bukan lelaki itu tetapi nada seorang wanita baya ibunya.
“Waalaikumusalam. boleh saya bercakap dengan Amir?” tanya Zulaika sopan.
“Amir?Err.. ini Zulaika kan?” tanya wanita itu seakan mengenali dirinya.
“Ya saya.”
“Ni mak cik ni, mak Amir Emm.. Zulaika tak tahu ke yang hari ni Amir bertolak ke London?Dia kan nak sambung belajar kat sana pulak.” tanya Hasnah setelah memperkenalkan diri. Bernada aneh.
London? Hari ini? Pukul berapa dia pergi sana makcik?” pantas Zulaika bertanya sambil debaran di dada.
“Baru je tadi. Dia pergi dengan Hadi. Handphone dia ni dia suruh mak cik pegang.”
“Ohh.. pukul berapa flight dia berlepas mak cik?”
“Rasanya.. pukul 1 ni berlepas la dia ke sana tu agaknya. Mak cik tak dapat hantar dia ke sana sebab makcik ada di Ipoh sekarang ni. Ada kursus kat sini. Err.. kenapa Zulaika call ni? Ada hal penting ke?”
“Oh.. Err.. tak ada apa-apa mak cik. Terima kasih ya mak cik. Assalamualaikum.” Zulaika mematikan talian dengan segera. Tidak mahu bersoal jawab lagi dengan wanita itu.
“Kenapa kak long?” pantas Zuhaira bertanya. Aneh dengan perubahan mendadak Zulaika setelah talian dimatikan.
“Abang Amir adik. Abang Amir akan fly ke London hari ini.” balas Zulaika yang masih terkejut. Memang benar Amir pernah memberitahunya yang lelaki itu bakal ke London, ibu kota bagi negara England dan United Kingdom itu untuk menyambung pengajiannya, tetapi dia tidak sangka hari inilah harinya.
“Apa? Err.. bila flight dia ke sana tu kak long?” Zuhaira menyoal lagi. Benar-benar ingin tahu.
“Pukul 1. Rasanya dah tak sempat lagi la adik.” geleng Zulaika perlahan sambil megintai ke arah jam loceng yang berada di mejanya. Menunjukkan waktu 12.15 tengah hari. Nada seakan putus harapan.
Zuhaira segera memandang ke arah jam dindingnya. “Haa.. tak kak long. Adik rasa kita masih sempat lagi ni. Cepat kak long. Kita pergi jumpa Abang Amir ya.” kata Zuhaira sambil bangun memegang tangan Zulaika erat. “Jom la kak long. Kita pergi sekarang ya.” desak Zuhaira segera bangun dari terus duduk di atas dada katil kakaknya itu. Dia menarik-narik lengan Zulaika yang lagak teragak-agak itu.
“Eh! tapi tunggu la kak long siap dulu. Tak kan nak pakai macam ni je..”
“Oh okey okey. Kak long pergi siap dulu. Cepat sikit ya kak long. Adik tunggu kat bawah okey?”
“Okey okey..” angguk Zulaika faham lalu segera bersiap sedia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UNCLE Razif?” terkejut Zulaika melihat orang tua itu sedang duduk di atas sofa bersama dengan Zuhaira di sisi. Seakan mereka berdua menanti kemunculannya.
“Kak long dah siap? Ok. Jom uncle..” Zuhaira segera bangun sekilas tersenyum memandang Razif.
“Okey jom..” angguk Razif faham. Dia turut sama bangun dan berlalu keluar.
“Adik, macam mana Uncle Razif...” Zulaika jadi aneh. Ingin bertanya namun Zuhaira segera memintas.
“Alaa... tu kak long jangan tanya. Sekarang kita mesti pergi jumpa Abang Amir. Cepat la kak long, nanti terlepas pulak flight dia tu...”
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

FLIGHT Amir bertolak pukul berapa Aika?” tanya Razif sekilas memandang cermin pandang belakang. Menampakkan wajah Zulaika yang sedang berada di tempat duduk belakang. Diulit kerisauan yang amat. Mereka bertiga di dalam perjalanan ke lapangan kapal terbang yang bakal membawa Amir terbang jauh dari Malaysia.
“Pukul 1 ni uncle. Entah la kita sempat ke tak ni.” balas Zulaika teragak-agak. Dua tiga kali dia mengerling ke arah jam tangannya. Masa seakan pantas berlalu.
“InsyaAllah.. kita pasti sempat.” balas Razif tersenyum yakin.
“Betul tu uncle. Kak long jangan risau la. Mesti sempat punya. Anyway, terima kasih ya uncle sebab sudi tolong Aira dengan kak long ni.” kata Zuhaira dengan yakin sekilas memandang Zulaika dan Razif. Dia benar-benar sudah berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
“Sama-sama Aira..”
“Lagi satu, Aira nak minta maaf dengan uncle sebab selama ni Aira ingat uncle nak rampas mama dari kami berdua.” Zuhaira mula berbicara. Terselit nada kesal dalam bicaranya di atas perbuatan kurang sopan dia terhadap Razif, bakal ayah tirinya dahulu.
“Aira, uncle pun anak yatim. Memang seorang anak tak akan dapat terima pengganti kepada ayah atau ibu dia. Uncle faham. Uncle nak bersama dengan mama kamu pun bukan untuk rampas tempat abah kamu berdua ke apa. Tapi sekadar menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik pada mama dan kamu berdua. Itu dah cukup bagi uncle.” ikhlas Razif membalas. Bibir tersenyum bahagia.
“Aira harap mama dengan uncle bahagia ya nanti.”
Razif mengangguk kepala sekali. Mengharapkan perkara yang sama. Akhirnya hati anak gadis kekasih hati kesayangannya itu dapat dilembutkan juga. Sungguh bersyukur!
Zulaika hanya memerhati dan mendengar. Hatinya berbunga riang dengan perubahan watak adiknya itu. Mindanya terus berubah kembali kepada Amir. Berharap agar wajah lelaki itu masih sempat ditatap anak matanya buat kali terakhir sebelum penerbangan berlepas. Jika tidak, hanya Allah yang maha mengetahui perasaannya ketika itu. Doanya pantas!
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“AMIR, nanti bila dah sampai sana kau jangan buat-buat lupa aku kat sini pulak ya.” kata Hadi berseloroh sahaja setelah dia dan Amir berdiri berhadapan antara satu sama lain. Kedengaran nombor penerbangan sahabatnya itu yang akan berlepas beberapa minit lagi telah diumumkan.
“Ish.. tak ada la bro. Sampai sana nanti aku mesti call kau la. Tapi lepas aku beli nombor sana dulu la ya.” balas Amir turut tersenyum mesra. “Okey la. Flight aku nak berlepas dah ni. Emm.. nanti kau tolong la tengok-tengokkan company papa aku tu okey.” pesan Amir sambil bersedia untuk berangkat pergi.
“Okey. No hal.” Hadi mengangguk faham.
Amir seakan mengeluarkan sampul daripada beg pakaian rodanya. “Oh ya.. anyway ini ada surat untuk Zulaika. Kau tolong bagi pada dia nanti okey. Boleh kan?” pinta Amir sambil menghulurkan sampul surat itu kepada Hadi.
“Ya. Boleh boleh. InsyaAllah.. nanti aku bagi kat dia ya.” angguk Hadi tersenyum faham sambil menyambut sampul surat tersebut.
“Okey Hadi, aku gerak dulu.”
“Okey. Aku doakan semoga kau selamat habiskan study kau kat sana nanti ya. Selamat maju jaya my big bro.” ucap Hadi sambil menghulurkan tangan untuk berjabat mesra.
“Thanks bro. Ok. Assalamualaikum.” balas Amir tersenyum tenang. Sekilas memerhatikan sekelilingnya. Jauh di sudut hatinya itu berharap agar dapat melihat wajah Zulaika buat kali terakhir sebelum dia berangkat pergi.
“Waalaikumusalam.” Hadi hanya memerhati Amir bersama-sama dengan beg pakaian roda yang ditariknya itu. Masuk ke bahagian pemeriksaan sebelum melangkah masuk ke tapak lapangan kapal terbang yang akan membawanya jauh dari Malaysia beberapa minit sahaja lagi itu. Sampul surat yang berada di dalam tangannya diperhatikan seketika setelah bayangan sahabatnya itu hilang dari pandangan mata. Dia segera beredar dari situ.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

“CEPAT la kak long.!” gesa Zuhaira setelah keluar dari perut kereta Razif. Begitu juga dengan Razif. Turut sama bertindak pantas.
“Ya ya.” angguk Zulaika yang turut ingin keluar. Mereka bertiga berjalan menuju ke hadapan pintu utama lapangan terbang.
“Zulaika?” panggil Hadi terkejut terserempak dengan wanita itu sebelum dia melangkah menuju ke arah tempat letak kereta.
“Hadi?” balas Zulaika setelah kalih pandang pada Hadi yang sedang memandangnya itu. Dia sememangnya mengenali lelaki yang bersahabat baik dengan Amir itu.
“Hai.. tak sangka boleh jumpa awak kat sini.” kata Hadi setelah semakin hampir mendekati Zulaika yang masih lagak tercengang melihatnya.
“Semuanya dah terlambat kan, Hadi?” luah Zulaika bernada sinis. Seakan mengerti kemunculan Hadi di situ. Tanpa Amir di sisinya.
Razif dan Zuhaira sekadar memerhati lagak perbualan kedua-dua manusia bernyawa di hadapan mereka itu. Masing-masing memandang satu sama lain dengan riak wajah hairan.
“Zulaika, flight Amir baru sahaja berlepas. Tapi sebelum dia pergi, dia ada bagi surat ni. Dia nak saya bagi pada awak.” kata Hadi segera sambil menghulurkan sampul surat yang sebentar tadi diamanatkan olah sahabat karibnya itu.
“Surat??” Zulaika terkedu. Dia segera mengambil surat yang dihulurkan Hadi itu.
“Aika, jom.. kita balik ya.” sampuk Razif. Segera dia mengutarakan cadangan itu agar mereka bertiga segera pulang ke rumah. Tidak mahu keadaan hati anak gadis itu bertambah pilu. Dia tahu hati gadis itu makin terluka dan remuk. Tambahan pula niat tidak kesampaian untuk bertemu muka dengan kekasihnya itu.
“Err.. terima kasih Hadi. Saya balik dulu ya.” kata Zulaika sekilas memandang Razif yang bersedia ingin bergerak pulang.
Hadi mengangguk faham sambil memandang sayu Zulaika masuk ke dalam perut kereta Razif semula. Kereta yang dipandu berlalu keluar dari tapak letak kenderaan itu.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

KERETA dipandu perlahan kembali semula ke jalan ke arah taman perumahan mereka. Zuhaira yang berada di tempat duduk hadapan sesekali memaling ke belakang. Memerhati Zulaika sayu. Perasaan bersalah terhadap kakaknya itu membuak-buak dalam hati. Razif pula masih fokus pada pemanduannya. Dia tidak mahu berbual atau memulakan topik sesuatu perkara kerana dia tahu hati gadis itu sedang ditimpa pilu.
Zulaika memandang sampul surat yang masih kekal berada di dalam genggaman tangannya sejak diberikan oleh Hadi tadi. Dia mula dengan kalimah Bismillah, membuka dan membacanya helaian kertas itu satu persatu di dalam hati. Sedih mula mengisi setiap kata hatinya.
Assalamualaikum ...
Saya tulis sehelai warkah ini khas untuk insan yang setia namamu berada di hati yang kecil ini.
Zulaika..
Saya tahu kata perpisahan telah terucap di bibir awak, tetapi tidak sesekali bagi saya Zulaika. Seperti yang saya pernah katakan dulu pada awak. Nama awak tetap dalam hati saya ini. Tidak akan terhapus mahupun terpadam kerana saya hanya mencintai awak. Tunggu saya Zulaika. InsyaAllah kita pasti akan bersatu nanti. Satu perkara sahaja yang saya nak awak tahu. Segala kenangan kita bersama akan saya simpan hingga ke akhir hayat kita. Saya janji.”
Amir.
“Amir. Saya akan sentiasa nantikan awak demi ikatan cinta saya terhadap awak. Saya janji Amir.” detus pantas Zulaika berbisik pada hati setelah selesai membaca perkataan terakhir tulisan tangan lelaki yang dicintainya itu.
Kertas berwarkah pilu itu pantas dibawa ke lapang dada. Air matanya mula menyentuh pipi sambil mata memandang ke luar tingkap kereta. Membuang segala duka yang terbuku di hati. Pilu yang amat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤