14 Julai 2011

~Bab 9~

Bab 9
          Berminggu berlalu,Zuhaira lagak seperti biasa namun dia seolah-olah seperti seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan Rokiah. Seolah-olah wajah ibunya itu seakan rupa papan tanda yang bertulis perkataan ‘Senyap’. Rokiah pula tidak mahu memikirkan lagi pengakuan anak gadisnya itu.Baginya, cukuplah kata-kata teguran yang diberi.
Ma, Adik tak bangun lagi ke?”tanya Zulaika ketika melangkah ke dapur. Wajah Zuhaira tidak mengisi pandangan matanya setiap pagi seperti biasa kerana selalunya Zuhairalah orang pertama yang berada di ruang dapur sebelum dirinya.
“Tadi mama dah ketuk pintu bilik dia. Rasanya dah bangun la kot.”balas Rokiah sambil mengacau air milo panas di atas meja dapur.Sekilas memandang ke arah anaknya itu.
 “Dah pukul berapa dah ni. Selalunya dia yang bangun awal dulu dari Aika. Em. Aika naik atas jap ek ma. Nak panggil sekali lagi. Entah-entah adik tidur balik kot.”
          Rokiah memerhati Zulaika melangkah keluar dari ruang dapur.Hatinya tersentuh dengan sikap anak gadisnya itu yang begitu menyayangi Zuhaira sepenuh hati.Dia sedih apabila teringat kembali akan pengakuan Zuhaira tempoh hari. Pasti Zulaika akan rasa lebih sedih daripada dirinya jika dapat tahu akan perasaan sebenar Zuhaira terhadap Amir.
‘Tuk! Tuk!.’
“Adik. Adik. Siap lagi tak? Jom turun makan. Nanti adik tak lepas makan pagi pula. Jap lagi dah la bas nak sampai. Nanti terlepas pula bas kita tu...” bebel Zulaika sendiri sambil menolak pintu bilik Zuhaira yang tidak berkunci. Mengintai ke dalam bilik tidur gadis itu.
Kelihatan Zuhaira yang masih lagi berbaring di atas katil.
“Hai. Adik adik. Masih membuta lagi dia ni.. Ish ish ish.. Adik. Bangun la. ”geleng Zulaika beberapa kali sambil mengerak-gerakkan tubuh Zuhaira yang sedang terbaring itu. Namun seakan tiada balasan.Wajah Zuhaira yang kelihatan pucat lesi itu membuatkan Zulaika rasa semakin cemas.
 “Mama. Mama..”jerit Zulaika akhirnya terletus setelah pasti Zuhaira tidak sedarkan diri lagi.Puas dipanggil namun tiada juga balasannya.
“Aika. Kenapa ni?”tanya Rokiah cemas setelah melangkah tergesa-gesa masuk ke dalam bilik itu.Mencari tahu punca Zulaika menjerit kuat memanggil namanya.
“Adik ma. Badan adik ni panas. Dari tadi lagi Aika panggil dia. Tapi adik tak sedar-sedar pun”balas Zulaika yang masih mengerak-gerakkan tubuh adiknya itu.Sekilas memandang ibunya.
Rokiah segera menyentuh badan anak keduanya itu.
“A’ah la. Panas la badan adik ni. Cepat. Tolong mama angkat dia masuk kereta ya? Kita kena hantar adik ke hospital ni”
          Zulaika mengangguk faham dan bersama-sama Rokiah segera mengangkat Zuhaira turun dan membawanya masuk ke dalam kereta .Rokiah segera memandu keretanya itu ke hospital yang berdekatan.
..........................................................................................

“Ma. Macamana keadaan adik ma? Doktor kata apa?”tanya Zulaika setelah memandang Rokiah dan Razif yang baru keluar dari bilik doktor yang merawat Zuhaira selama hampir setengah jam itu.Razif segera datang ke hospital tersebut setelah Rokiah memberitahunya walaupun pada mulanya wanita itu menghalang dia datang.
 “Doktor kata Aira kena demam denggi. Nasib baik kita hantar cepat sebelum sakit dia tu bertambah teruk.”jawab Rokiah tenang.
“Ya ke. Syukur alhamdulilah. Patut la dua tiga hari ni Aika tengok dia nampak pucat je. Em. Jadi bila adik boleh keluar wad ma?”tanya Zulaika dengan nada lega.
“Doktor kata adik kena tahan seminggu.Em. Aika sayang. Aika balik la dulu dengan Uncle Razif ya. Esok kan Aika kena pergi sekolah.”pinta Rokiah sambil mengusap lengan anaknya itu. Razif hanya memerhati.
“Tapi adik ma..”Zulaika lagak seakan ingin membalas tapi segera dipintas Rokiah.
“Tak apa. Malam ni biar mama yang jaga adik ya. Oh ya. Nanti balik, jangan lupa tulis surat dekat cikgu kelas adik ya. Sebab adik dapat cuti seminggu dari doktor. Ni dia..”pesan Rokiah sambil mengeluarkan surat medical certificate yang diberikan doktor sebentar tadi dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Zulaika yang setia menanti.
“Hem yela ma. Aika balik dulu ya”angguk Zulaika faham. Seakan mengalah dengan pesanan ibunya itu.
“I pergi dulu ya Rokiah..”ucap Razif sambil berlalu seiringan bersama Zulaika berjalan keluar dari hospital tersebut setelah Rokiah mengangguk mengerti.
          Rokiah hanya memerhati. Dia segera memasuki wad yang menempatkan tubuh Zuhaira.Dia pandang Zuhaira yang masih belum sedarkan diri.Dia menghelakan nafas panjang sambil tangan mengusap perlahan rambut anak gadisnya itu. Sayu terasa seketika.
.........................................................................................

“Assalamualaikum adik.?”ucap Zulaika setelah tiba di hadapan pintu kelas 4 Orkid 3.Ketika itu keadaan di dalam kelas seakan bising kerana cikgu yang bertugas belum memunculkan diri.
“Waalaikumusalam. Ya.em.. Akak ni kakak Zuhaira kan?” tanya Dina tersenyum.Manakala Janah yang bersebelahannya hanya memerhati.
“Ya. Em. Boleh akak jumpa dengan Amira, kawan Zuhaira.”
“Amira???”kedua-duanya tercengang seketika.
“Hem. Amira.”ulang kata Zulaika sekali lagi.
“Kat kelas ni mana ada nama Amira kak. Aminah ada la.”kata Dina aneh.
“A’ah.Owh ya kak. Zuhaira mana kak? Dah lama dia tak datang sekolah. Latihan bola jaring pun dah lama dia tak datang.” sampuk Janah sekilas memandang temannya itu.
“Em. Dulu masa Zuhaira datang latihan bola jaring. Dia selalu datang dengan siapa ya?”tanya Zulaika tanpa menjawab soalan dari kawan adiknya itu.
“Owh. Selalu dia datang dengan teman lelaki dia?Apa nama tu....”jawab Dina sekilas memandang Janah.
“Amir.”jawab Janah seakan mengerti.
“Ha. Amir.”angguk Dina mengeyakan nama itu disebut.
 “Amir??”tercengang Zulaika mendengar nama itu di kedua-dua buah mulut Dina dan Janah.
“Ya. Hem. Kenapa kak?”tanya Dina seakan pelik dengan perubahan wajah Zulaika itu.
“Owh tak ada pa. Ni surat mc Zuhaira. Dia kena demam denggi.” geleng Zulaika segera menghulurkan surat tersebut kepada Dina.
“Owh patut la dia dah lama tak datang. Emm. Teruk sangat ke demam dia tu kak?”tanya Janah terbit rasa simpati.
“Emm. Tak ada la teruk sangat. Lagi dua tiga hari sembuh la dia. K la akak pergi dulu. Nanti jangan lupa bagi surat ni kat cikgu kelas dia ya.”pesan Zulaika memandang kedua-dua rakan sekelas Zuhaira itu.
“Ok. Bye kak”balas Dina dan Janah tersenyum gembira sambil melambai tangan.
“Bye.”balas Zulaika tersenyum sambil melangkah pulang ke kelasnya.
“Amir? Amira ialah Amir? Kenapa adik tipu aku?” tanya Zulaika sendiri.Cuba meneka-neka.
          Rasa tak sedap hati Zulaika kian mendalam.Dia ingin benar pulang ke rumah walaupun waktu pembelajaran masih panjang. Setelah habis waktu persekolahan, Zulaika segera pulang ke rumah.Dia memasuki bilik Zuhaira.Diselongkarnya barang-barang kepunyaan adiknya itu. Dari laci hinggalah ke katil gadis itu.Dia terpaku seketika apabila matanya menangkap gambarnya bersama dengan Amir semasa di Pulau Langkawi yang dicarinya selama ini terselit di bawah bantal.
“Ya Allah. Tak mungkin.”
          Geleng Zulaika terduduk di atas katil.Gambar yang hanya tinggal sekerat itu ditenungnya lama.Seakan tidak percaya.
..........................................................................................
“Eh Kak Long..”Zuhaira seakan terkejut apabila terpandang Zulaika yang memunculkan diri  di sebalik dedaun pintu wad itu. Membuatkan dia terberhenti dari terus membaca surat khabar Berita Harian yang disediakan di situ.
“Hai..Dah makan?”tanya Zulaika tersenyum setelah menghampiri katil adiknya itu.
“Dah. Baru je tadi kak nurse kat sini bagi adik makan. Em. Kak Long datang dengan siapa?Mama ke?”tanya Zuhaira sambil mengintai-intai ke arah pintu wad.
“Tak. Kak Long datang seorang je. Naik teksi. Mama tak dapat datang sebab ada mesyuarat kat sekolah”
“Owh.Kak Long. Lama lagi ke adik nak stay kat sini?Adik boring la Kak Long. Adik nak balik rumah la..”kata Zuhaira manja.
“Ala tak lama lagi boleh keluar wad la tu. Adik kan masih demam lagi. Masih tak sihat lagi ni.”balas Zulaika sambil meletakkan tapak tangan kanannya di atas dahi Zuhaira. Panas masih terasa.
“Yela tu. Demam adik ni dah surut la. Kak Long suruh la mama minta surat dari doktor. Bagi adik cepat keluar.. em?” rayu Zuhaira sambil menarik-narik perlahan lengan baju kakaknya itu.
“Yela yela. Nanti Kak Long beritahu mama k..”
“Ok. Sayang Kak Long..”balas Zuhaira dan menyambung baca semula surat khabar yang berada di atas ribanya itu.
“Em. Adik..”panggil Zulaika setelah melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di situ.
“Em. Ada apa Kak Long?”
“Apa pendapat adik tentang Abg Amir?”
“Abg Amir?em..Maksud Kak Long?”tanya Zuhaira aneh.
“Tak ada la. Abg Amir tu macamana ya. Bagi pandangan adik la kan..”
“Emm. Bagi adik la kan. Dia seorang yang baik,handsome.and suka tolong orang.”jelas Zuhaira tersenyum.
“Adik suka dia?”pantas pertanyaan itu terkeluar di mulut Zulaika.Walaupun pada mulanya dia teragak-agak.
“Aik? Kenapa Kak Long tanya adik macam ni?”tanya Zuhaira makin bertambah aneh.
“Tak ada la. Kak Long tanya je. Adik suka dia tak?”Zulaika masih ingin menyoal.
“Emm. Truly adik cakap la kan Kak Long. Adik memang suka dia. Kak Long tahu tak. Dia la lelaki idaman adik. Mesti best dapat boyfriend macam tu kan Kak Long.”ceria Zuhaira bercerita.
“Ya. Best. Best sangat. ”senyum kelat Zulaika memandang adiknya itu.Ternyata adiknya itu memang menyimpan perasaan pada Amir. Kekasihnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~