14 Julai 2011

~Bab 8~

Bab 8
          Pintu ditolak perlahan-lahan.Wajah Zuhaira yang sedang lena berbaring di atas katil ditatap Rokiah seketika. Dia melangkah masuk dan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil anak gadisnya itu. Dia kalih pandang pada bingkai gambar di atas meja tulis anak gadis itu.Bibirnya mengukir senyum. Kenangan bersama Zulkarnain sedikit demi sedikit diingatinya.
 “Abang. Kiah dah lakukan yang mana termampu bang.”bisik Rokiah sendiri.Terselit nada hiba.Mata masih setia menatap gambar arwah suaminya itu.Rindu di hati sentiasa terasa.
          Rokiah segera bangun setelah sedar agak lama juga dia berada di dalam bilik itu.Takut nanti bakal mengejutkan Zuhaira yang sedang lena diulit mimpi itu. Dia menghampiri tubuh yang sedang selesa berbaring di atas katil. Diciumnya lembut ke dahi anak perempuan keduanya itu.Namun langkah Rokiah untuk melangkah pergi dari katil Zuhaira terhenti tatkala terpandang sekeping gambar di dalam genggaman gadis itu.Lalu ditariknya perlahan dan dengan penuh berhati-hati.
          Kelihatan sekeping gambar yang dikoyak di bahagian kanannya menyebabkan hanya tinggal gambar Amir sahaja dan di sebelahnya itu semestinya gambar Zulaika.Dia benar-benar pasti kerana sebelum ini dia pernah melihat gambar tersebut kerana Zulaika pernah menunjukkan kepadanya dahulu.

 “Ma.”panggil Zulaika dari ruang tamu.
“Em. Ada apa sayang ?”sahut Rokiah segera melangkah masuk ke ruang tamu.
“Ma ada nampak gambar Aika dengan Amir tak?”tanya Zulaika sambil mengangkat buku-buku majalah yang berada di bawah meja tamu.Dibelek-beleknya satu persatu. Seakan ingin mencari sesuatu.
“Gambar yang mana satu pula ni?”
“Ala. Gambar yang kami berdua tangkap masa dekat Langkawi dulu tu. Mama ada nampak tak?”
“Tak ada pula. Dah tanya Aira?”geleng Rokiah hairan.
“Dah. Dia kata tak nampak pun.”balas Zulaika tanpa memandang Rokiah. Mata dan tangannya masih ligat mencari.
“Ehm. Tercicir kot.”
“Tak kan kot. Sebab Aika tak pernah pula bawa keluar gambar tu dari dalam bilik.”
“Asytafirullahalazim...”
          Pantas ucapan istifar keluar di bibir Rokiah.Kenangan bersama Zulaika tempoh hari itu jelas diingatinya.Mindanya berfikir pantas. Cuba mencari jalan menyelesaikan masalah yang mungkin parah jika dibiarkan sahaja itu.
..........................................................................................
 “Emm. Aika.”panggil Rokiah lembut apabila memandang Zulaika yang sedang membantunya menyediakan sarapan pagi seperti biasa.
“Em. Ada apa ma?”tanya Zulaika kalih pandang ibunya seketika kerana sedang ligat memotong bawang merah di tangan.
“Emm. Gambar Aika dengan Amir masa kat Langkawi tu dah jumpa.?”tanya Rokiah dengan lagak tenang.Tidak mahu gadis itu mensyaki sesuatu.
“Belum. Entah la hilang kat mana ma. Dah puas dah Aika cari tapi tak jumpa pun. Kenapa? Mama ada jumpa ke?”
“Tak. Saja mama tanya.”geleng Rokiah tersenyum sambil meneruskan kerjanya.
“Owh..”Zulaika pula meneruskan kerjanya.
          Rokiah fikir sendiri. Sangkaannya makin bertambah benar. Dia nekad. Dia perlu segera bertindak.
..........................................................................................

Tuk! Tuk!
          Pintu bilik Zuhaira diketuk.
“Eh ma. Ingatkan Kak Long tadi.”kata Zuhaira setelah menarik pintu biliknya.Wajah Rokiah yang sedikit masam mengisi pandangan matanya.
“Boleh mama masuk?”tanya Rokiah dengan lagak tenang.
“Masuk la ma. Ni kan rumah mama juga.”balas Zuhaira sambil berlalu semula ke atas katilnya.Duduk bersila sambil membuka majalah kesukaannya.
          Rokiah melabuhkan punggung di atas kerusi. Memandang sayu ke dalam wajah anak gadisnya itu.
“Ada apa ma?”tanya Zuhaira setelah sedar Rokiah tidak membalas kata-katanya itu.Hanya sekadar memerhati.
“Ma. Kalau mama datang ni nak bincang pasal bakal suami mama tu. Lupakan je la ma. Aira dah tak kisah, kalau itu yang mama nak. Aira tak nak nanti orang cakap Aira ni cuba halang kebahagiaan mama pula.”
 “Mama datang ni bukan nak bincang pasal Uncle Razif kamu.”
“Owh ya. Jadi pasal siapa?”
“Kak Long.”
“Kak Long?”
“Ya.”angguk Rokiah serius.
“Em. Kenapa dengan Kak Long ma?”tanya Zuhaira aneh. Mata pandang tepat ke arah ibunya itu.
“Mama nak tahu. Sejauh mana hubungan Aira dengan Abg Amir?”
“Aira dengan Abg Amir? Apa maksud mama? Aira tak faham.”geleng Zuhaira biasa.Namun hatinya mula rasa gelisah.Tidak senang duduk.
“Semalam mama ada nampak gambar Kak Long masa tangkap dekat Langkawi dulu tu. Gambar yang Kak Long kata hilang tu. Macamana gambar Kak Long dengan Abg Amir tu boleh ada dalam tangan Aira?”
“Emm. Owh gambar tu..Aira baru je jumpa semalam ma. Dekat ruang tamu. Tapi terlupa pula nak bagi kat Kak Long. Nasib baik mama ingatkan..”pantas Zuhaira menjawab.Cuba bermain kata.
“Aira. Jangan cuba nak bohong dengan mama. Mama nak Aira berterus terang dengan mama sekarang. Apa sebenarnya niat Aira pada Kak Long?”tanya Rokiah lagi sedikit keras. Dia seakan dapat membaca helah yang cuba diguna oleh anak gadisnya itu.
Zuhaira ketap bibir.Dia mati kata.
 “Aira. Answer me!”desak Rokiah tajam memandang ke arahnya.
“Ok. Ya ma. Aira ada perasaan pada Abg Amir. Aira cintakan Abg Amir”pantas Zuhaira menjawab.Namun kepalanya tertunduk malu.
“Apa? Aira. Aira tahukan yang Abg Amir tu teman lelaki Kak Long.”  balas Rokiah seolah-olah hampir pengsan mendengar pengakuan gadis itu.
“Ya. Aira tahu. Dan Aira juga tahu ma. Yang Abg Amir hanya cintakan Kak Long.”balas Zuhaira lambat.
“Aira. Asytafirullahalazim. Mama tak sangka yang.. Ok. Aira. Mulai hari ni mama nak Aira lupakan Abg Amir. Dia milik Kak Long kamu. Jangan kamu cuba nak jadi perampas kebahagiaan kakak kamu sendiri Aira”tegur Rokiah menyebabkan Zuhaira terdiam. Lama.
“Dah la. Dah lewat malam ni. Kamu tidur la. Esok nak bangun pergi sekolah kan.” balas Rokiah segera seakan ingin melangkah keluar dari bilik anak perempuannya itu. Sedih dengan pengakuan gadis itu sebentar tadi.
“Ma. Tolong jangan beritahu Kak Long pasal hal ni ya.”pinta Zuhaira seakan merayu membuatkan Rokiah memberhentikan langkahnya.
“Mama takkan beritahu Kak Long pasal hal ni. Tapi mama tak jamin kalau satu hari nanti Kak Long sendiri yang dapat tahu. Walaupun bukan dari mulut mama. ”balas Rokiah tanpa berpaling memandang anak keduanya itu lagi. Kakinya segera melangkah keluar bilik.
          Zuhaira memerhatikan langkah Rokiah meninggalkan bilik tidurnya itu.Rasa bersalah mula timbul dalam diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~