14 Julai 2011

~Bab 7~

Bab 7
Ping! Ping!’
         
          Uncle Razif??” luah Zulaika apabila kalih pandang kereta Razif yang memarking di hadapan pondok menunggu bas. Menyebabkan perbualan rancak di antara dia dan Zuhaira terhenti.
“Hai Zulaika, Zuhaira. Nak balik rumah ke ni?”tanya Razif tersenyum lebar setelah keluar dari perut kereta.
“Tak ada la. Kami nak pergi sekolah.”balas Zuhaira selamba tanpa memandang ke arah lelaki itu.
Zulaika jegil seketika ke arah Zuhaira.
“A’ah uncle.  Kami tengah tunggu bas sekolah. Nak balik rumah la ni.”balas Zulaika sopan.
“Em. Kalau macam tu mari la uncle tolong hantarkan kamu berdua balik ya.?”
“Eh tak payah la susah-susah uncle. Lagi beberapa minit je bas kami dah nak sampai ni.”
“Eh tak apa. Mari la masuk. Jangan segan-segan em?”pinta Razif sambil membuka pintu kereta di sebelahnya.
“Adik jom.”ajak Zulaika memandang Zuhaira yang masih setia duduk di bangku tersedia di situ.Sengaja mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Tak nak la Kak Long. Adik nak balik dengan bas. ”geleng Zuhaira tanda tak mahu.
“Jom la adik. Cepat la.. “paksa Zulaika sambil menarik tangan adiknya itu menyebabkan Zuhaira hanya menurut dan masuk ke tempat duduk belakang kereta lelaki itu.Manakala Zulaika pula masuk ke tempat bersebelahan dengan tempat duduk pemandu.
..........................................................................................
“Mama kata uncle ni cikgu ajar subjek Sejarah ya?”tanya Zulaika sekadar ingin memulakan perbualan.
“A’ah.”angguk Razif tersenyum sekilas memandang ke arah anak gadis itu kerana masih memfokus pada pemanduannya.
“Em.Kalau macam tu. Nanti boleh la uncle tolong Aika dalam subjek tu. Sebab Aika ni lemah sikit la dalam Sejarah”
“Owh ya. Aika masuk Form 6 kan? Mesti tuff subjek tu.”
“A’ah. Memang pun uncle. Ingatkan mula-mula masuk tu sikit je. Tapi ada pula cabang-cabang dia.”
“Biasa la tu.em. Aira pula form berapa?”tanya Razif sesekali pandang Zuhaira yang hanya diam membisu melalui cermin pandang belakang.Dia ingin cuba mengajak anak gadis itu berbual walaupun soalan itu telah ada jawapannya kerana Rokiah telah menceritakan segalanya mengenai kedua-dua anak perempuannya itu.
“Apa kau kisah!”balas Zuhaira kasar.
“Adik!..”jegil Zulaika kalih pandang belakang membuatkan Zuhaira menghalakan mukanya ke luar tingkap.
“Maaf la uncle. Aira form 4.”mohon Zulaika kalih pandang Razif. Tersenyum kelat.
          Razif  hanya mengangguk mengerti.Sukar dia melembutkan hati anak gadis itu tetapi dia yakin satu hari nanti pasti dia Mampu!.
..........................................................................................
“Betul ke uncle tak nak masuk ni?”tanya Zulaika sekali lagi setelah keluar dari perut kereta kekasih hati ibunya itu apabila kereta itu berhenti di hadapan pintu pagar rumah.
“Tak apa la. Nanti Aika kirim salam uncle dekat mama ya. Uncle pergi dulu. Assalamualaikum. ”balas Razif sambil memandu pergi.
Zulaika membalas salam lalu segera masuk ke dalam rumah.
          Pintu utama ditutup.Kelihatan Zuhaira yang terlebih dahulu masuk ke dalam rumah sedang berbaring selesa di atas sofa .
          Zulaika mendekati sofa itu.Merenung gelagat satu-satu adiknya itu.Rasa marah dengan kata-kata gadis itu terhadap Razif sebentar tadi.
“Adik ni kenapa ah? Tak boleh ke cakap elok-elok dengan Uncle Razif tadi tu? Tak sopan langsung!”pekik Zulaika geram.
“Ah. Malas la. Buat apa adik nak cakap elok-elok dengan dia tu. Belum tentu lagi dia jadi abah kita.”
“Yela. Memang belum tentu lagi dia jadi abah kita tapi dia tu orang tua. Kita ni orang muda. Kena la tunjuk hormat sikit. Tak payah la cakap kasar-kasar”
“Kenapa ah Kak Long nak sangat mama kahwin lain ah? Kak Long dah tak sayang abah ke?”tanya Zuhaira lantang.
“Adik. Tak ada sesiapa pun kat dunia ni tak sayang ayah dia k. Tapi kita kena la fikir soal mama. Perasaan mama. Kak Long cuma nak mama bahagia. Tu je.”balas Zulaika geram.
“Owh. Jadi kalau satu hari nanti Abg Amir berubah hati. Kak Long boleh terima la macam tu?”tanya Zuhaira seakan mula lari topik.
“Ish adik ni. Sekarang Kak Long cerita soal mama dengan Uncle Razif. Bukan pasal Abg Amir ok. ”balas Zulaika segera.
“Kenapa? Kak Long tak sanggup ke?”
“Ish. Malas la Kak Long nak cakap dengan adik ni lagi. Tak faham bahasa langsung!”balas Zulaika menaiki tangga ke tingkat atas. Malas melayan kerenah adiknya itu lagi. Lain yang ingin dibincang lain pula yang terjadi.
“Kalau malas. Jangan cakap” balas Zuhaira sendiri sambil memejamkan matanya.
..........................................................................................
“Amir. Dua tiga hari awak jarang dah balas mesej saya. Awak ada masalah ke?”tanya Zulaika lembut memandang Amir yang hanya lagak mendiamkan diri sahaja itu.
          Amir dan Zulaika keluar makan di tempat biasa setelah Zulaika menerima panggilan lelaki itu yang ingin mengajaknya keluar makan bersama kerana agak lama juga mereka tidak bertemu kerana masing-masing kelihatan sibuk.
“Owh.. Ya. Saya busy sikit. Sebab kena handle projek baru.” balas Amir lambat.
“Owh. Emm mama awak apa khabar ya? Lama dah saya tak pergi tengok dia. Rasa rindu pula.”kata Zulaika terselit nada rindu.
“Dia sihat je. Nanti la kalau ada masa saya bawa awak jumpa dia k.”
“Hem. Ok.”angguk Zulaika tersenyum sambil menghirup air minumannya.
“Zulaika..”panggil Amir lembut.
“Em?”balas Zulaika sambil mengangkat bulu keningnya. Lagak kekasihnya itu seakan ingin bertanya sesuatu.
“Kalau saya tanya awak. Awak jangan marah ya?”
“Ok. Apa dia? Tanya la”
“Awak pernah bercakap bohong tak?”tanya Amir serius.
“Bercakap bohong?Apa maksud awak? Saya tak faham la.”
“Tak ada la. Sepanjang kita bercinta ni la kan. Pernah ke sekali awak tipu saya?”
“Apa yang awak mengarut ni. Of course la saya tak pernah tipu awak. Saya jujur dengan apa yang saya beritahu awak. Siapa yang awak nampak saya sekarang ni. Ini la saya. Zulaika awak.”jelas Zulaika membuatkan Amir tersenyum sendiri.
Anyway. Ni mesti ada sebab awak tanya saya soalan macam ni kan? Cepat! Beritahu saya sekarang kenapa? Cepat cakap!..”arah Zulaika serius sambil menunding jari telunjuk ke arah lelaki itu.
“Bukan apa. Ada la seorang member saya ni. Dia ingat awek dia tu cakap bohong dengan dia la.”
Member awak? Siapa? Hadi ke?”Zulaika cuba meneka.Dia mengenali kawan sekerjanya Amir itu.
“Tak la. Bukan Hadi. Ni member office saya yang lain la. Awak tak kenal.” kata Amir cuba berdalih agar Zulaika tidak mensyaki akan siapa perihal diri yang diceritakan itu.
“Owh. So apa yang awak beritahu member awak tu?”tanya Zulaika. Khusyuk mendengar cerita dari Amir.
“Saya cakap la. Better dia siasat dulu. Tak payah la buat tuduhan melulu tak tentu pasal macam tu. Kawan dah lama tapi putus sebab salah faham. Kan tak baik macam tu. Betul tak?”
“Hem betul betul. So sekarang ni awak dah terkena virus dia la. Sampai awak tanya saya soalan-soalan macam ni ya?”
Amir hanya tersenyum merenung ke mata Zulaika.
“Awak ni tak baik tau. Kita serius dengan dia,dia ingat kita main-main pula.” balas Zulaika tarik muka.
“Ya ya. Saya tahu. Saya pun nak awak tahu yang saya serius dengan awak. Saya tak kan pernah sesekali berbohong dengan awak. Never ever k.”geleng Amir dengan penuh yakin sambil mengenggam erat tangan Zulaika yang berada di atas meja. Zulaika hanya menggeleng tersenyum dengan gelagat kekasih hatinya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~