14 Julai 2011

~Bab 6~

Bab 6
          Zulaika, Homework yang Cikgu Naim bagi hari tu kau siap lagi tak? Aku tak tahu jawapan nombor dua bahagian B tu la. Tolong ajar aku kejap boleh tak?” kata Syila dengan lagak membuka helaian buku rujukan Mikroekonomi namun Zulaika seakan tidak dengar.Masih mengelamun jauh.
“Woi. Jauhnya termenung..”jerkah Syila sambil mencuit bahu Zulaika lembut.
“Owh mak kau !. Eh. Kau ni Syila. Terkejut aku tau. Tanya la elok-elok sikit” tegur Zulaika sambil mengusap pantas dadanya. Terlatah pula dia dengan cuitan Syila tadi itu.
“Tadi aku tanya elok-elok kau tak jawab pun.”balas Syila tersengih lagak seperti kerang busuk.
“Owh ya ke. Sorry-sorry.. Em apa dia.?”
“Kau ni ok ke tak? Kau tengah fikir pasal siapa ni ha? Sampai aku panggil kau pun tak dengar.”
Sorry la. Aku tengah fikir pasal Amir la..”balas Zulaika lambat. Tangannya bermain-main pen yang setia berada di tangan.Menyalin nota Sejarah yang masih belum disiapkan sepenuhnya.
“Amir. Kenapa dengan dia?”tanya Syila aneh.
“Tak ada la. Dua tiga hari dia nampak macam lain la.”
“Macam lain? Macam lain macamana tu?Try story mory dekat aku ni sikit..”
“Mesej aku dia dah tak balas. Kalau call je. Pasti masuk mailbox.”
“Kau ada gaduh dengan dia ke?”
“Entah. Tu yang aku pelik tu. Kami ok je before ni. Tak ada la gaduh apa-apa pun.. ”jawab Zulaika dengan nada sedikit aneh.Masih mencari kesilapan yang mungkin dilakukannya tanpa sedar.
Or. Dia sibuk kot. Tolong urus company ayah dia tu.”
“Bangun semua.!!”
          Kedengaran suara Zaki,ketua kelas 6 Cempaka 3 sambil bangun memandang Cikgu Naim yang baru menjejakkan kaki ke dalam kelas tersebut. Mematikan perbualan di antara Zulaika dan Syila serta pelajar-pelajar yang lain.
“Selamat sejahtera cikgu!”ucap Zaki lagi dengan nada yang nyaring.
“Selamat sejahtera cikgu!”semua pelajar yang telah bangun berdiri turut mengikut.
“Baik. Selamat sejahtera semua. Semua boleh duduk.”angguk Cikgu Naim sopan sambil membuka buku yang dibawanya.
“Ha wey. Cepat-cepat!. Nombor dua bahagian B” pantas Syila mengubah topik setelah semua pelajar mula duduk semula.
“Ha ha aku siap dah. Macam ni. Mari aku tunjukkan..” angguk Zulaika faham.
.........................................................................................
“Zulaika.”panggil Cikgu Roslan setelah melangkah masuk ke dalam kelas 6 Cempaka 3.Ketika itu,keadaan dalam kelas sunyi sepi kerana cikgu yang bertugas pada masa ini belum menampakkan diri.Pelajar-pelajar lain sedang asyik menela’ah termasuk Zulaika.
“Ya cikgu.”sahut Zulaika bangun segera menghampiri Cikgu Pengajian Amnya itu.
 Pelajar-pelajar lain hanya memerhati.
“Adik kamu nama Zuhaira Binti Zulkarnain dari kelas 4 Orkid 2 kan?”tanya Cikgu Roslan serius.
“Ya. Kenapa dengan dia cikgu.?”tanya Zulaika aneh.
“Ikut saya ke pejabat sekarang.”pinta lelaki itu tanpa menjawab soalannya.
“Baik cikgu”angguk Zulaika melangkah mengikuti cikgu lelaki tersebut.
..........................................................................................
          Zulaika menjejakkan kaki ke dalam pejabat sekolah.Dia diminta masuk ke dalam bilik pengetua sekolah, Puan Rohaya bersendirian.
          Kelihatan Zuhaira sedang duduk di atas kerusi.
“Awak Zulaika. Kakaknya Zuhaira kan?”tanya Puan Rohaya setelah salam berbalas.
“Ya saya cikgu. Em. Kenapa dengan adik saya ni cikgu?” tanya Zulaika sekilas memandang Zuhaira yang hanya menundukkan muka.Seakan malu memandangnya.
“Sila duduk dulu Zulaika.”
“Terima kasih cikgu.”
          Zulaika melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong bersebelahan Zuhaira.Masih ternanti-nanti jawapan dari mulut pengetuanya itu.
“Hai.(keluh sambil menggelengkan kepala beberapa kali). Saya tak tahu la apa nak jadi dengan adik kamu ni Zulaika. Masuk ni, dah kali kedua saya bagi amaran. Dia tetap nak buat juga.”
“Apa maksud cikgu? Dia buat apa cikgu.?”tanya Zulaika pantas.Malas lagi berteka-teki.
“Adik kamu ni dah langgar peraturan sekolah. Dia ponteng sekolah. Cikgu Roslan dengan Cikgu Manaf jumpa dia dekat shooping complex tadi. Tengah jalan-jalan dengan pakaian sekolah dia ni ha..”
“Ponteng sekolah? Adik. Kenapa adik ponteng sekolah ah?” tanya Zulaika dengan nada marah setelah kalih pandang Zuhaira di sebelahnya yang masih diam membisu.Tidak sangka dengan perangai adiknya itu.
“Saya tak tahu la apa masalah dengan adik kamu ni Zulaika. Sebelum ni ok je saya tengok. Tak ada apa-apa masalah pun. Tapi sekarang entah la. Jadi, Saya nak kamu balik nanti bincang elok-elok dengan mak kamu. Saya kenal Cikgu Rokiah tu. Dulu kami pernah mengajar sekali. Jangan disebabkan perangai adik kamu ni. Mak kamu yang dapat nama ya..”pesan Puan Rohaya dengan nada lembut tetapi serius sekilas memandang kedua-dua pelajar di hadapannya itu.
“Baik cikgu. Saya faham”angguk Zulaika mengerti.
..........................................................................................
          Pintu yang sebentar tadi dibuka ditutup semula setelah kedua-duanya melangkah masuk.
“Adik..”panggil Zulaika memandang Zuhaira dengan lagak selambanya.Seolah-olah tidak mengaku salah dengan kesalahan yang jelas terbukti dengan bukti yang kukuh di sekolah tadi itu.
“Ah!  Kak Long dengan mama sama je la..”balas Zuhaira kasar sambil menghempaskan beg sekolahnya di atas sofa. Dia segera berbaring di situ.
“Adik ni kenapa ah? Apa masalah adik sekarang ni?Kenapa adik ponteng sekolah?Kalau jadi sesuatu yang tak baik kat adik nanti siapa yang susah ah?”marah Zulaika.Terselit nada risau.
“Selama ni Kak Long kisah ke kalau apa-apa jadi kat adik ni ha. Mama dengan boyfriend baru dia tu. Kak Long pula dengan Abg Amir. Macamana dengan adik ah?”
“Adik. Kalau pasal mama nak kahwin lain tu. Adik terima je la Uncle Razif sebagai abah kita. Biar mama bahagia”
“Tak. Tak mungkin!. Adik takkan terima pengganti abah kita Kak Long. Dan tak ada sesiapa pun yang dapat gantikan tempat abah. That’s it!”balas Zuhaira berlari anak mengira anak tangga ke tingkat atas selepas menarik semula beg sekolah yang dilemparnya sebentar tadi.Zulaika mati kata lagi dengan sikap degil adiknya itu.Namun, dia membuat keputusan untuk merahsiakan hal itu daripada pengetahuan ibunya kerana dia tahu wanita itu pasti rasa sedih dengan perubahan sikap adiknya itu.Tidak seperti dulu lagi.Yang lebih senang dibawa berbincang.
..........................................................................................
“You rasa anak I tu boleh ke terima you sebagai suami I?” tanya Rokiah ketika beriringan jalan bersama Razif ke bilik guru.Sambil memegang buku mata pelajaran masing-masing.
“Emm.. Zulaika. I confirm boleh. Tapi kalau Zuhaira. Entah la. Nampaknya I kena la berusaha lebih sikit.”balas Razif lembut. Cuba mengusik.
“Zuhaira tu dari kecil lagi memang manja sangat dengan Arwah Zul. Tak boleh berenggang sikit pun.”
“I faham Rokiah. I akan cuba cari jalan untuk tawan hati anak you tu k.”
“Kesian you Razif. Kena bersusah payah pula”
“Tak ada la. Bagi I ni satu cabaran. Yela orang selalu cakap. Kalau nak tackle mak, mesti la kena pandai tackle anak dia dulu.”
“Ada-ada jela you ni Razif.”senyum tawa Rokiah dengan telatah lelaki yang cuba mencuri hatinya itu.
          Mereka berdua menamatkan perbualan sehingga tiba di hadapan pintu bilik guru kerana meja mereka berdua terletak berjauhan. Tidak mahu dikatakan tidak pandai membezakan soal kerja dengan soal peribadi di mata pandangan rakan sekerja yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~