14 Julai 2011

~Bab 5~

Bab 5
       Adik. Petang ni adik pergi latihan bola jaring dengan siapa?” tanya Zulaika sambil mengelap rambutnya yang kelihatan lembap.Seakan baru lepas dibasuh.
“Owh. Adik pergi dengan Amira,kawan sekelas adik.” balas Zuhaira segera.Penuh berhati-hati.
“Owh..”angguk Zulaika mengerti.
“Em. Kenapa Kak Long tanya?”
“Tak ada la. Kalau adik nak. Kak Long boleh temankan.”
“Aik. Tadi Kak Long kata tak boleh temankan adik. Nak keluar dating la..” kata Zuhaira sengaja berbuat aneh sambil menyarungkan stoking di kaki.Jauh di sudut hati,tertawa besar.
“Ehm. Tu la. Tadi Kak Long ingat nak keluar makan dengan Abg Amir tapi dia send mesej cakap tak jadi pula. Ada hal penting.”balas Zulaika sedikit kecewa kerana agak lama juga dia tidak keluar makan bersama dengan lelaki itu.
“Owh. Ok la Kak Long. Adik pergi tunggu kat depan rumah dulu ya. Takut nanti kawan adik tu datang pula.”
          Angguk Zulaika mengerti sambil memandang Zuhaira keluar rumah.Dia segera masuk ke ruang dapur untuk makan petang.
..........................................................................................

“Hye Abg Amir.”ucap Zuhaira tersenyum manis setelah memasuki perut kereta lelaki itu.
“Hye. Kak Long tengah buat apa tu?”tanya Amir ingin tahu sesekali terintai-intai ke halaman rumah.
“Tengah siapkan assigment. Lekas la Abg Amir. Drive kereta ni. Nanti lambat pula kita nak sampai ni.”balas Zuhaira segera setelah selesai memakai tali pinggang kaledar.
“Owh ok..”angguk Amir faham segera memulakan pemanduannya ke sekolah gadis yang dianggap seperti adiknya sendiri itu.
..........................................................................................
Aira Aira. Siapa mamat tu?”tanya Dina sambil memuncungkan mulut ke arah Amir yang sedang menanti Zuhaira sampai habis latihan bola jaringnya itu.
“Tu? Tu pakwe aku. Handsome tak?”tipu Zuhaira dengan lagak sombong sambil tersenyum memandang Amir yang sedang asyik memerhati kenderaan yang lalu lalang di hadapan sekolah.
“A’ah la. Handsomenya pakwe kau tu. Jealous kami tau.” sampuk Janah yang turut jalan beriringan.
“Eh. Kau tolong la tanya dia nanti. Ada adik lelaki tak? Kalau ada, boleh aku try..”kata Dina tersengih lagak seperti kerang busuk.
“Opp sorry. Dia mana ada adik lelaki la. Dia anak tunggal dalam family.”
“Owh..Em bestnya. Mesti dia anak orang kaya kan?”teka Janah.
“Ha tahu tak apa. Dia tu anak Ceo Syarikat Permata Hilir tau. Dia kata nanti kalau we all kahwin. Dia tak nak aku kerja. Jadi suri rumah jaga makan minum dia pun dah cukup tau.”
“Wah bestnya. Tengok la tu. Siap tunggu kau sampai habis latihan ni lagi kan.”puji Dina teruja.
“A’ah la. Kalau la boyfriend aku. Sah-sah tak sanggup.”Janah pula menyambung.
“Ok la girls. Aku balik dulu ya. Nanti buah hati aku tu masam muka pula. K bye bye. Jumpa minggu depan k..”
“Ok. Bye. Kirim salam kami kat dia ya”lambai Dina. Turut sama Janah tertawa gembira sambil masing-masing berpecah ke arah yang berlainan.
“Ok..”balas Zuhaira sambil mengenyit sebelah matanya.
          Zuhaira tersenyum sambil melangkah menghampiri kereta Amir yang diletakkan di bahu jalan.Lelaki itu masih dengan lagak seperti tadi lagi.
“Hye Abg Amir. Sorry la buat Abg Amir tunggu lama ni. Coach Aira tu. Ada teknik baru pula tadi nak tunjuk.”kata Zuhaira terselit nada kesian.
“Owh it’s ok. Ni dah boleh balik kan? Jom la.”balas Amir tersenyum seakan ingin masuk ke dalam perut kereta.
“Ok. Em. Aduh..”
          Zuhaira segera memegang perut.Lagak seakan menahan sakit. Sekaligus mematikan langkah Amir.
“Eh Kenapa ni Aira? Aira ok tak?”tanya Amir risau.Segera memegang lengan anak gadis itu.
“Sakit perut la Abg Amir. Rasa lapar pula.”jawab Zuhaira perlahan.Mula tersengih.
“Aira tak makan ke tadi sebelum datang sini?”
“Tak. Kak Long tu malas masak” tipu Zuhaira dengan lagak serius.
“Owh ya ke. Em. Apa kata Abg Amir belanja Aira makan? Nak tak?”
“Eh betul ke Abg Amir? Nak nak.”pantas Zuhaira mengangguk. Seakan menanti kata-kata itu.
“Ok. Jom.”
          Angguk Amir tersenyum lucu dengan gelagat Zuhaira. Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta.
.........................................................................................
“Sedap?”tanya Amir tersenyum memandang Zuhaira yang sedang ligat makan makanan yang dipesannya sebentar tadi.
“Hem. Sedap sangat. Pandai Abg Amir pilih tempat.”puji Zuhaira tersenyum sakan.Mulutnya masih mengunyah makanan.
“Eh tak ada la. Ni tempat kesukaan Kak Long Aira. Dia yang mula-mula ajak abang datang sini. Memang sedap and pandangan kat sini pun nampak cantik kan?Hati rasa tenang je..”balas Amir sekilas memandang sekeliling membuatkan Zuhaira berhenti dari terus mengukir senyum tatkala perihal kakaknya itu disebut.
“Owh..em. Kenapa ek Abg Amir suka sangat kat Kak Long tu?”
“Entah la. Kak Long Aira tu selalu buat Abg Amir happy je bila dengan dia. Abg Amir sayang dia sangat. Dia bagi Abg Amir adalah wanita yang lain dari yang lain. Nanti kalau Aira bercinta. Aira tentu faham.”
“Emm. Abg Amir tahu ke apa yang Kak Long suka?”tanya Zuhaira seakan ingin menguji.
“Tahu.”angguk Amir tersenyum.Seakan soalan itu mudah sahaja untuk dijawab.
“Contoh?”
“Contoh?em..Contohnya. Kak Long Aira suka sangat main bola jaring kan?Sama dengan Aira. ”jawab Amir dengan yakin.
“Owh. Ya ka?. Pelik.”balas Zuhaira dengan mimik muka aneh.
“Kenapa pula?”tanya Amir hairan.
“Tak la. Yang Aira tahu Kak Long paling tak suka main bola jaring. Dia kata kena lompat-lompat la. Tapi disebabkan dia tinggi, cikgu pilih dia. Dulu masa latihan kan, dia selalu ponteng.”
“Owh. Dia tak suka? Tapi dia beritahu Abg Amir. Bola jaring la dia paling suka main. Dia dulu pernah menang banyak pingat juga dekat peringkat daerah”
“Ala dia tipu je tu. Opp!. Sorry Abg Amir. Jangan pula nanti cerita kat Kak Long ya.?”
“Owh. Tak-tak. Em. Aira cerita la. Kak Long suka main apa?” geleng Amir tersenyum dengan lagak ingin mendengar rahsia dari mulut gadis di hadapannya itu.
“Sebenarnya Kak Long paling suka main bola sepak takraw.”
“Bola sepak takraw? Tapi kenapa dia tak beritahu Abg Amir je?”
Maybe dia rasa malu kot nak beritahu Abg Amir. Yela bola sepak takraw kan permainan orang lelaki. Jarang orang perempuan main kan.?”
“Owh ya..”angguk Amir seakan setuju dengan pendapat gadis itu.
“Lagi satu. Abg Amir mungkin lambat sikit kot kahwin dengan Kak Long Aira tu nanti.”tambah Zuhaira lagi.
“Owh ya? Kenapa pula?”tanya Amir ingin tahu.
“Sebab Kak Long tu orang yang bercita-cita tinggi. Dia nak kahwin maybe dalam umur 35 macam tu la . Cause kata dia. Dia nak ambil degree,Master and lepas tu PHD.  Selagi tak sampai PHD, lagi tu la dia akan hidup membujang. Kesian Abg Amir kan? Kena tunggu lama-lama pula” panjang lebar Zuhaira bercerita. Sesekali tertawa kecil. Namun semuanya hanya satu pembohongan.
“Owh..”angguk Amir seakan mengerti tetapi dia hanya berpura-pura. Mindanya masih tertanya-tanya kebenaran dari mulut gadis di hadapannya itu kerana apa yang diceritakan tidak sama langsung yang didengari dari mulut insan yang bernama kekasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~