14 Julai 2011

~Bab 4~

Bab 4
Kiah.”
“Ya bang.”
“Kalau satu hari nanti abang dah tak ada lagi kat dunia ni. Abang nak Kiah hidup bahagia dengan anak-anak kita ni ya.” pesan Zulkarnain sambil mengenggam tangan Rokiah dengan erat. Bibirnya tidak hilang dari mengukir senyum kepada isteri yang dicintainya itu.
“Ya bang.Kiah pasti hidup bahagia dengan anak-anak kita ni. Dah abang rehat ya. Doktor kan cakap abang jangan banyak bergerak.”
“Kalau ada seorang lelaki yang cuba dekati Kiah nanti. Jangan sesekali Kiah tolak ya? Cuba terima dia dalam hidup Kiah. Abang nak Kiah bahagia dan ada orang yang jaga Kiah masa hari tua nanti ya.” kata Zulkarnain lagi membuatkan Rokiah terdiam membisu.
“Janji ya..?”
“Mama. Mama..”panggil Zulaika membuatkan Rokiah tersedar dari kenangan bersama suaminya itu.Pilu terasa seketika.
“Em.?”
Uncle Razif dah sampai tu.” kata Zulaika tersenyum memandang raut wajah ibunya itu.Wanita yang telah hampir sepuluh tahun mengharungi liku-liku kehidupan tanpa insan pelindung di sisi.
“Owh. Ya.”pantas Rokiah bangun mengemaskan diri yang sejak dari tadi lagi telah selesai menyediakan sedikit santapan ringan untuk bakal tetamu istimewanya itu.
..........................................................................................
 “Jemput la minum Uncle Razif.”pinta Zulaika sambil menghidangkan beberapa cawan teh panas di atas meja tamu.
          Rokiah yang terlebih dahulu duduk di atas sofa hanya sekadar memerhati.
“Terima kasih. Kamu ni Zulaika. Anak sulung Rokiah kan?” tanya Razif tersenyum. Dia seakan dapat mengagak.
“Ya. Uncle dengan mama duduk la minum dulu ya. Zulaika nak masuk dapur kejap. Nak ambil makanan sikit.”angguk Zulaika sopan sambil beredar masuk ke dapur semula.
Angguk faham kedua-dua pasangan di atas sofa itu.
“Cantik anak you Rokiah. Macam mak dia.”puji Razif ikhlas setelah bayangan Zulaika hilang dari pandangannya.
“Ish you ni Razif. Tak payah la puji lebih-lebih. Malu pula dia nanti.”
“Assalamualaikum..”
          Kedengaran ucapan salam sambil pintu utama rumah dua tingkat itu ditolak.Zuhaira menjelmakan diri sambil membimbit beg sandangnya.Dia baru pulang dari latihan bola jaring.
“Waalaikumusalam. Ha Aira. Mari sini sayang. Mama nak kenalkan ni.”
“Bakal suami mama tu?”celah Zuhaira kasar sekilas menjeling tajam ke arah Razif. Mematikan senyuman manis Rokiah yang kelihatan ingin bangun memperkenalkan Razif kepadanya.
“Aira...”Rokiah seakan ingin menegur.
“Ehm. (mengeluh) Aira malas la ma. Aira nak naik atas. Nak mandi.” pantas Zuhaira melangkah mengira anak tangga tanpa memandang ke arah ibunya itu.
“Razif. Maaf...”mohon Rokiah kalih pandang Razif yang dari tadi hanya diam memerhati gelagat kurang sopan anaknya itu.
It’s ok Rokiah. I faham. Em. Tu mesti Zuhaira. Anak kedua you kan?”
          Angguk Rokiah cuba tersenyum tawar.Sedikit terkilan dengan sikap anak keduanya itu tadi.Mereka berdua meneruskan perbualan sehingga Zulaika selesai menghidangkan makanan ringan di atas meja tamu.Mereka bertiga berbual-bual kosong tanpa Zuhaira di sisi.Gadis itu hanya menyepikan diri di kamar tidur sambil mendengar pemain Mp3nya.
..........................................................................................
“Kak Long. Petang nanti adik ada latihan bola jaring la. Teman adik boleh tak?”tanya Zuhaira sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa. Membuatkan Zulaika yang sedang berbalas mesej dengan Amir kalih pandang padanya seketika.
“Petang ni? Ala sorry la adik. Kak Long ingat petang ni nak keluar dengan Abg Amir la. Kak Long dah janji dengan dia semalam. ”
“Owh..em tak pela..”
Sorry ya. Lain kali Kak Long teman adik ya. Kak Long janji! Nanti Kak Long siap bawa sepanduk sokong group adik lagi k?”kata Zulaika segera bangun memeluk leher adiknya itu dari belakang.Seakan ingin cuba memujuk.
“Emm. Yela tu..”muncung Zuhaira sambil mata memandang peti televisyen.
“Ok. Kak Long pergi mandi dulu ya. Nanti lambat pula nak keluar dating ni”seloroh Zulaika sambil mencuit lembut bahu Zuhaira.
          Zuhaira hanya memerhati Zulaika mengira anak tangga ke tingkat atas.Mindanya cuba merancang sesuatu.
..........................................................................................
          ‘Aku memang pencinta wanita. Tapi ku bukan buaya. Yang setia pada seribu gadis. Ku hanya mencintai dia.” deringan lagu ‘Pencinta Wanita’ dari Irwansyah berkumandang di telefon bimbit Amir.
“Hello...”pantas Amir menjawab.
“Hello. Hye Abg Amir. Aira ni..”balas Zuhaira lembut.
“Owh Aira.. em ya.. Ada apa Aira call abang ni?”
“Tak ada la. Aira nak minta tolong Abg Amir sikit ni. Boleh tak?’
“Boleh. Tolong apa? Cakap je..”
“Tolong teman Aira pergi sekolah boleh tak? Petang ni ada latihan bola jaring la. Kak Long sibuk pula.”
“Kak Long sibuk?”
“Hem. Dia kata ada assigment yang nak kena siap la. Cikgu dia bagi last minute. Kesian pula Aira tengok dia. Tu yang Aira tak nak ganggu dia  tu.”bohong Zuhaira panjang lebar.
“Owh..”balas Amir lambat.
“Em. Boleh tak Abg Amir tolong teman Aira petang ni?”
“Ok. Nanti petang Abg Amir ambil Aira ya.. em. Pukul berapa?”
“Ok. Pukul 3.30 petang ni ya. Thanks Abg Amir. Sayang abang! Muah!” balas Zuhaira sambil mengucup ganggang telefon bimbitnya itu.
Talian dimatikan.
          Geleng Amir tersenyum.Memang lucu lagak adik kekasih hatinya itu.Dulu memang dia sangat teringinkan seorang adik perempuan tetapi dia hanya anak tunggal dalam keluarga. Jari jemarinya pula pantas menekan butang-butang keypad. Sedang menaip mesej.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~