14 Julai 2011

~Bab 3~

Bab 3
          Aika,Aira. Mari sini. Mama ada nak cakap sikit.” panggil Rokiah yang sedang selesa duduk di atas katilnya setelah melihat kedua-dua anak daranya yang menurut kata memunculkan diri di sebalik pintu biliknya itu.
“Ada apa ni ma? Aira ada kerja lagi la yang nak kena buat kat bilik tu.”balas Zuhaira manja sambil melangkah bersama Zulaika mendekati Rokiah.
“Yela tu. Tadi Kak Long tengok asyik baca novel je. Kerja apanya tu ”sindir Zulaika membuatkan Zuhaira tarik muka.
          Rokiah hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua itu. Sudah besar panjang.Detusnya.
          Zulaika dan Zuhaira duduk di samping ibu kesayangan mereka berdua yang berumur dalam lingkungan empat puluh lapan tahun itu.
“Mama nak cakap. Yang tak lama lagi mungkin kamu berdua akan dapat abah baru.”kata Rokiah setelah lama berdiam diri. Seakan menyusun kata.Kedua-dua tangannya mengenggam erat tangan anak gadisnya itu.Kiri tangan Zuhaira dan kanan tangan Zulaika.
“Abah baru??” Zuhaira tercenggang.Segera melepaskan tangan ibunya.
“Maksud mama. Mama akan kahwin lain.?”tanya Zulaika lembut walaupun dia juga turut terkejut dengan kenyataan ibunya itu.
          Puan Rokiah mengangguk tanda mengeyakan kata anak-anaknya itu.
“Dengan siapa?” tanya Zuhaira mula lagak tidak senang hati.
“Dengan Uncle Razif. Dia duda. Hampir lima tahun dah arwah isteri dia meninggal dunia. Dia cikgu kat sekolah mama juga. Tapi dia cikgu Sejarah.”jelas Rokiah satu persatu.
“Tak. Aira tak setuju!.”
          Bantah Zuhaira pantas bangun berdiri dari katil Rokiah. Memandang tajam ibunya itu.
“Aira..”
          Rokiah seakan ingin cuba memujuk tetapi pantas sahaja dicelah.
“Ma. Tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat abah. Tak ada siapa pun “
“Aira. Abah tetap dalam hati mama ni. Sampai bila-bila.” balas Rokiah seakan ingin cuba memegang lembut tangan anak keduanya itu semula.Tetapi segera ditepis kasar.
“Tapi kenapa mama perlu kahwin lagi? Aira tak suka! Mama tak setia!” balas Zuhaira kasar lalu berlari keluar dari bilik itu. Meninggalkan Rokiah dan Zulaika yang masih terduduk memandangnya.
          Zulaika kalih pandang ibunya yang seakan menyesal menyebut tentang hal itu tadi.
“Ma. Aika tak kisah ma. Dengan siapa pun yang mama akan kahwin nanti dan bakal jadi abah kami. Aika cuma nak mama bahagia dengan dia je. Tu sudah cukup bagi Aika ma.”kata Zulaika tersenyum manis sambil mengenggam erat tangan ibunya itu. Baginya,kebahagiaan wanita itu kebahagiaan buat dirinya juga.
“Terima kasih Aika. Terima kasih sayang ya.”angguk Puan Rokiah tersenyum senang sambil memeluk erat Zulaika. Dikucupnya dahi gadis itu. Sambil tangannya mengusap lembut rambut Zulaika.Terubat sedikit hatinya dengan kata-kata anak sulungnya itu.Seakan mengerti.
..........................................................................................
Dum!
          Zuhaira tolak pintu dengan kasar sehinggakan bunyinya kedengaran jelas satu rumah.Dia lantas membaringkan diri di atas katil setelah menarik bingkai gambar yang terletak di tepi katil. Ditatap gambarnya sekeluarga. Kelihatan dia, Zulaika,Rokiah dan Zulkarnain sedang tertawa suka duduk di bangku halaman rumah.Ketika itu mereka diambil gambar oleh Pak Ngah Ramli,adiknya Rokiah.
“Abah. Tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat abah. Tak ada siapa pun.”kata Zuhaira sendiri sambil air mata menitis di pipi. Rindu di hati terhadap insan yang bergelar bapa itu kian membara.
.........................................................................................
“Kenapa ni?”tanya Amir memandang Zulaika yang kelihatan termenung jauh.Mereka berdua telah lama berada di situ. Keluar makan bersama seperti biasa jika mempunyai kelapangan masa.
“Em?”balas Zulaika tersedar dari termenung jauh.Segera memandang wajah teman lelakinya itu.
“Tak saya tanya. Kenapa awak nampak lain macam je hari ni? Macam bad mood je. Datang bulan ya.?”usik Amir tersenyum.
“Ish awak ni. Ke situ pula. Tak ada la. Saya tengah fikir. Kalau la satu hari nanti saya kehilangan awak la kan. Mungkinkah saya akan dapat cari pengganti?”balas Zulaika lambat. Terselit makna.
“Zulaika. Kenapa awak perlu fikir semua tu? Saya kan masih kat sini. Masih merenung ke dalam mata awak yang cute ni.” balas Amir manja.
Entah la. It just cross in my mind. Just forget it ok.”geleng Zulaika sambil mengangkat bahu.Dia segera menghirup air limau aisnya.
“Saya tahu. Ni mesti pasal mama awak yang nak kahwin lain tu kan?”teka Amir seakan mengerti.
          Zulaika hanya mengangguk perlahan tanda benar kerana dia telah memberitahu Amir tentang perkara itu dari awal lagi.
“Zulaika. Bagi saya la kan. Terpulang pada mama awak. Mungkin dia rasa sunyi dan dia perlukan seseorang untuk jadi teman dari kesunyian yang dia rasa tu.”
“Tapi apa gunanya ada kami awak? Kami kan anak dia.” tanya Zulaika lembut seakan tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Seakan ingin berbahas.
“Anak dengan suami tak sama la awak.”geleng Amir tersenyum sendiri.
“Maksud awak?”
“Maksud saya. Suami adalah pelindung kepada seorang isteri. Dan anak pula hanya sebagai pendamping kepada seorang ibu. Kan tak sama tu. ”kata Amir dengan serius membuatkan Zulaika tertawa kecil.
“Kenapa ?Apa yang kelakarnya? Betul apa saya cakap kan?”
“Ya ya. Betul la apa yang awak cakap tu Encik Amir oii. Pandai awak cakap ya.emm. Awak nak tahu tak?”
“Apa?”balas Amir ringkas.
“Ni la sebab saya suka sangat kat awak.”
“Maksud awak.?”
“Kata-kata awak yang bersifat romantis ni la yang buat saya makin bertambah sayang kat awak. Kalah profesor bahasa –bahasa bunga tau”
Mereka berdua tersenyum gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~