14 Julai 2011

~Bab 2~

Bab 2
          Ee.. Mana dia ni? Geramnya. Ni yang tak suka ni.” detus geram Zulaika di dalam hati.Gaya seakan ingin menumbuk dinding batu rumahnya itu.
“Kak Long. Abg Amir tak datang lagi ke?”tanya Zuhaira yang sejak dari tadi hanya duduk berbaring di atas sofa sambil peti televisyen terpasang senitron Indonesia yang tidak pernah terlepas episod sepanjang dia menyaksikannya. Hanya memerhati gelagat Zulaika seperti cacing kepanasan di hadapan pintu utama rumah dua tingkat mereka itu.
 “Entah la. Tak datang-datang lagi ni. Dah dekat sepuluh minit dah Kak Long tunggu ni.”keluh Zulaika beberapa kali melihat ke arah jam di pergelangan tangannya.Sesekali mengintai ke luar pagar rumah.Menanti bayangan lelaki yang dicintai separuh mati itu.
“Ala. Nanti dia datang la tu. Kak Long sabar la sikit..”balas Zuhaira sekadar ingin menyedapkan hati kakaknya itu lalu menonton semula cerita kegemarannya itu.
          Selepas beberapa minit,sebuah kereta Satria Neo berhenti di hadapan pagar rumah teres Zulaika menyebabkan wanita itu mengukir senyum yang amat. Keluar Amir sambil membimbit sebungkus beg plastik yang berisi sebuah bekas makanan.
          Zulaika segera menghampirinya. Zuhaira yang sedar akan kehadiran lelaki itu turut segera keluar rumah mengikuti langkah kakaknya itu.
“Hye awak”sapa Amir tersenyum memandang Zulaika.Rindu di hati beberapa hari ini terubat tatkala wajah wanita itu dipandangnya.
“Kenapa lambat?”tanya Zulaika jegil mata.Terselit nada marah.
Sorry la. Saya pergi isi minyak tadi. Ni mama saya kasi kat awak. Ayam masak sambal. ”balas Amir sambil menghulurkan bungkusan yang dipegangnya ke tangan Zulaika.
“Owh. Em.  Terima kasih.”ucap Zulaika perlahan mengangguk tersenyum. Segera terubat rasa marahnya.
And dia kirim salam kat awak.”sambung Amir lagi.
“Waalaikumusalam..”
“Abg Amir ni. Kesian kat Kak Long. Lama tau tunggu Abg Amir.” sampuk Zuhaira yang berada di sebelah Zulaika. Seakan ingin membela.Membuatkan kedua-dua mata pasangan sehati sejiwa itu mengalihkan pandangan ke arahnya.
Amir hanya tersenyum faham memandang Zuhaira.
“Adik. Nanti ayam masak sambal ni adik bagi kat mama ya. Kak Long pergi dulu ya.”pinta Zulaika.
“Hem yela” balas Zuhaira segera mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh kakaknya itu.
“Eh. Aira tak nak ikut sekali ke?”tanya Amir sekilas memandang Zulaika.
“Tadi saya dah ajak. Tapi dia tak nak ikut.”jawab Zulaika tersenyum.
“Bukan tak nak. Tapi Aira ada homework yang kena buat la.” jawab Zuhaira tersenyum membuatkan Amir mengangguk faham.
“Jangan lupa kunci pintu rumah tau lepas masuk dalam nanti” pesan Zulaika dengan langkah ke hadapan pintu kereta.
“Ya ya. Adik tahu la Kak Long” angguk Zuhaira beberapa kali.
“Ok Aira. Abg Amir dengan Kak Long pergi dulu ya.”
“Ok. Bawa kereta elok-elok ya Abg Amir. Kalau akak bising-bising, Abg Amir tinggal je dia kat tepi jalan. Biar dia balik jalan kaki.. ”usik Zuhaira ketawa suka. Membuatkan Zulaika menjegilkan matanya.Amir hanya tersenyum mengeleng dengan telatah dua beradik itu.
          Kereta dipandu pergi setelah Amir dan Zulaika masuk ke dalam perut kereta.Zuhaira hanya memerhati.Rasa iri hati dan cemburu mula timbul kembali.
..........................................................................................
“Betul ke awak?  Tahniah..”ucap Zulaika tersenyum ceria memandang kekasih hatinya itu.Makanan yang dipesan sedang dinikmati bersama.
“Kenapa ni? Macam tak happy je. Bukan ke ni impian awak dari dulu lagi? Nak study dekat London. Negara orang putih tu. ”tambah Zulaika lagi setelah melihat Amir seakan tidak nampak ceria dengan berita tersebut.
“Entah la awak. Rasa macam berat hati je nak pergi sana la.” balas Amir lambat.Terselit nada sedih.
“Ya ke? Ke awak takut rindukan saya nanti?”usik Zulaika manja membuatkan Amir hanya tersenyum malu.
“Awak. Saya tak nak kerana saya, awak lupakan impian awak tu. Ingat. Saya sokong awak apa sekalipun impian awak. Saya pun ada impian saya sendiri. Cita-cita saya untuk jadi cikgu belum tentu lagi tercapai kalau saya tak berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang. So saya nak awak pun jadi macam saya. Teruskan impian dan cita-cita awak tu ya!” kata Zulaika tersenyum manis sambil memegang tangan lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya selama hampir tiga tahun itu.
“Tapi macamana dengan cinta kita?”pantas Amir bertanya. Serius.
“Cinta kita? em.. Buat sementara ni kena la berehat sebentar.” balas Zulaika selamba sambil menikmati kembali makanannya.
“Ahh?”tanda soal di benak Amir mula muncul.
“Tak. Maksud saya. Kita kena la sama-sama ambil latihan PJJ.”
“PJJ ???”
“Hem. Percintaan Jarak Jauh.”angguk Zulaika membuatkan Amir tertawa lucu.
          Mereka meneruskan santapan sambil berbual-bual kosong dan menikmati makanan yang telah lama terhidang di atas meja itu bersama. Masing-masing dengan gelagat yang tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~