14 Julai 2011

~Bab 16~

Bab 16
          Kompang dipalu.. Pengantin baru.. Duduk bersanding.. Tersipu malu..
           Kompang dipalu.. Pengantin malu.. Moga bahagia.. Ke anak cucu...’
         
          Berkumandang lagu ‘Kompang Dipalu’ yang diputarkan oleh deejay yang diupah untuk menceriakan lagi suasana yang cukup bahagia itu. Keadaan di sekeliling rumah dua tingkat itu tidak kiralah di luar mahupun di dalam, riuh rendah dengan kehadiran sanak-saudara dan jiran tetangga yang datang untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis persandingan dua merpati sejoli yang telah diijabkabulkan pada pagi tadi dengan sekali lafaz.
..........................................................................................
“Zulaika. Tandas mana? Kak Ju rasa sakit perut la.”kata Jurizah setelah beberapa minit menghias wajah Zulaika. Tangannya mula diletakkan di lapang perut.Seakan sedang mengerang kesakitan.
“Owh.. Tandas ada kat bawah Kak Ju. Hujung kanan sekali ya” balas Zulaika sambil menunding jarinya.Tersenyum melihat gelagat wanita itu.
“Ok. Zulaika duduk sini baik-baik ya. Kejap lagi Kak Ju datang balik sebab ada sikit lagi je Kak Ju nak make up muka Zulaika ni k.”
          Jurizah segera bangun dan keluar dari bilik itu setelah Zulaika mengangguk faham.
“Kak Long...”panggil Zuhaira yang sejak dari tadi lagi mendiamkan diri di atas katil kakaknya itu.Hanya merenung tingkah laku dan gelagat Zulaika bersama dengan Jurizah.
 “Em...”balas Zulaika tersenyum sekilas memandang adiknya itu kerana dia sedang asyik memerhatikan hasil solekan Jurizah, mak andam yang diupah oleh ibu mereka berdua itu di hadapan cermin soleknya.
“Adik happy sangat tengok Kak Long happy macam ni.”kata Zuhaira ikhlas memandang Zulaika dengan senang hati. Sekaligus membuatkan kakaknya itu merenungnya lama.
          Zulaika segera bangun dan menghampiri katilnya.Dia duduk di sebelah Zuhaira.Digenggam erat kedua-dua tangan gadis itu.Senyuman masih kekal di bibirnya.
“Terima kasih adik. Kak Long pun nak adik sentiasa happy dan selalu senyum macam ni ya?”kata Zulaika sambil mengusik pipi lembut adiknya itu.
“Ok. Adik doakan agar Kak Long dengan Abg Long sentiasa bahagia hingga ke anak cucu plus cicit plus oni-oni k..” senyum balas Zuhaira ceria. Dia telah membiasakan diri memanggil Amir dengan nama Abg Long sejak beberapa bulan yang lalu setelah Zulaika mengikat tali pertunangan bersama abang iparnya itu.
“Amin.”balas Zulaika tersenyum sambil menyapu lembut kedua-dua belah tapak tangan ke wajahnya sendiri.Agar Allah S.W.T perkenakan doa ikhlas dari seorang adik itu.
          Adik-beradik itu terus berbual lama sehingga Jurizah memunculkan diri dan menghias kembali wajah Zulaika.
..........................................................................................
“Assalamualaikum. Rokiah..”ucap Yuzira melangkah masuk ke halaman rumah bersama dengan anak-anaknya.
“Waalaikumusalam eh Kak Zira.. Jemput la masuk.”
Mereka berdua bersalaman antara satu sama lain.
“Dah bertahun kita tak jumpa ya? Ha. Pengantin barunya mana?” tanya Yuzira sambil terintai-intai ke dalam rumah.
“Ada. Kat dalam bilik dia tu. Tengah bersolek. Nanti dia keluar la. Pengantin lelaki pun belum datang lagi ni. Kejap lagi sampai la tu. Terima kasih la sebab sudi datang rumah saya ni ya Kak Zira.”
Sama-sama. Kak Zira pun nak ucap terima kasih la sebab sudi jemput Kak Zira dengan anak-anak ni datang kenduri kahwin anak sulung kamu ni ya..
“Ya ya. Em. Jemput la makan dulu Kak Zira ya. Kami upah catering je. Macam-macam ada. Jangan malu-malu ya.”
“Ya ya..”
          Angguk Yuzira tersenyum faham dan bersama anak-anaknya segera berlalu ke meja makan yang telah tersedia manakala Rokiah masih setia berdiri menyambut tetamu yang mula bertambah ramai.Razif pula sedang rancak berbual dengan rakan-rakan kerjanya yang datang awal-awal pagi lagi setelah selesai menolong isterinya itu menyambut tetamu yang hadir.
..........................................................................................
        ‘Selamat.. pengantin baru. Semoga.. kekal abadi. Bahgia.. ke anak cucu. Sentosa.. murah rezeki.
           Alhamdulilah.. bertemu jodohnya. Berkat kesucian.. akhir terlaksana.
          Pabila.. sedang bersanding. Janganlah.. suka menjeling. Menjadi.. raja sehari. Tersenyum.. nampak berseri.
          Tenangkanlah hati.. dengan kesyukuran. Sabar menghadapi.. tempuh hidup baru.
          Selamat.. pengantin baru. Semoga.. kekal abadi. Bahgia.. ke anak cucu. Sentosa.. murah rezeki.
           Alhamdulilah.. bertemu jodohnya. Berkat kesucian.. akhir terlaksana.’
          Zulaika dan Amir duduk bersama-sama bersanding di atas pelamin yang telah siap dipasang dengan diapit oleh pengampit di kiri dan kanan kedua-dua pengantin setelah jam menunjukkan tepat pukul dua petang. Ketika itu ramai tetamu sedang asyik menikmati hidangan makanan yang disediakan oleh catering yang ditempah.Wajah seri pengantin terserlah pada kedua-dua wajah pengantin baru itu membuatkan banyak mata yang mengintai dan banyak kata juga yang mengusik.
..........................................................................................
          ‘Assalamualikum warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah..’
          Amir memaling ke arah kanan dan kiri kepalanya sambil diikuti Zulaika dari belakang. Amir menjadi iman buat pertama kalinya buat isteri tercintanya itu.Mereka berdua baru selesai solat isyak berjemaah bersama.
          Amir memaling ke belakang.Tersenyum lebar memandang wajah ayu Zulaika yang bertutup dengan kain telekung yang hanya menampakkan wajah isterinya sahaja itu.
“Abang..”angguk Zulaika sambil menghulurkan tangan untuk mengucup tangan suaminya itu. Amir seakan mengerti. Dibiarkan tangannya dikucup gadis yang kini menjadi miliknya. Hanya miliknya seorang. Amir pula segera mengucup lembut dahi Zulaika dengan mesra.
          Amir melangkah ke atas katil setelah meletakkan songkok yang berada di atas kepalanya di atas meja solek. Dia sempat memerhatikan sekeliling bilik tersebut yang dihias cantik dan indah. Seindah perasaannya pada hari ini. Dia duduk memandang Zulaika yang sedang asyik melipat kain sejadah yang digunakan sebentar tadi. Terasa penatnya hilang setelah wajah itu dipandang.
 “Ayang...”panggil Amir manja.
 “Emm....”balas Zulaika sekilas memandang Amir.Tangan masih ligat melipat.
“Marilah duduk dekat sini..”kata Amir sambil mengerak-gerakkan tangannya dengan gaya memanggil wanita itu duduk bersebelahan dengannya.
          Zulaika seakan mengerti. Setelah selesai melipat kain telekung dan sejadah, dia segera bangun dan berlalu duduk bersebelahan dengan suaminya itu di atas katil.
 “Ada apa bang?”tanya Zulaika manja.Tersenyum memandang wajah suaminya itu.
          Amir hanya tersenyum sambil tangannya memegang erat tangan Zulaika. Dikucupnya lembut.
Zulaika hanya diam memerhati.
“Sekarang kita dah jadi suami isteri. Lepas ni apa saja dugaan dan rintangan kita lalui sama-sama ya. Abang sayang sangat dengan ayang. Abang janji yang abang akan sentiasa bahagiakan ayang ya.”jelas Amir ikhlas.
“Ayang pun bang. Ayang akan sayang abang sepenuh hati ayang. Yang penting. Ayang nak abang percaya pada ayang je ya?”balas Zulaika tersenyum manja.
“Ya. Abang percaya pada ayang. Macam yang abang cakap dulu.  Hanya ada satu nama je dalam hati abang ni. Hanya nama ayang. Zulaika.”kata Amir yakin membuatkan Zulaika mengangguk faham sambil merebahkan kepalanya di bahu lelaki yang telah bergelar suaminya yang sah itu.Malam itu merupakan malam pertama mereka berdua yang terindah dan termanis sebagai suami dan isteri yang baru ingin melayari bahtera perkahwinan bersama untuk seumur hidup dengan rahmat-Nya.

~TamaT~




E.y.E~  Satu Nama Tetap Di Hati

Ada satu nama satu masa dulu
Pernah bawa dan beri bahagia
Hingga saat ini masih ku abadikan di dalam hatimu..

Dengan satu rasa
Dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Hanya kita yang tahu
Dalam mana telah cinta kita memutik

Walau akhir ini
Seakan terpisah oleh masa dan suasana tak dipinta
Namun percayalah
tidak sedikitpun kasih surut dan berubah
Pasti suatu masa kan bersama lagi
Engkau dan aku pasti jua menikmati cinta yang istimewa
Walaupun ku tak pasti bilakah masanya
Kau dan aku akan bertemu
Untuk kita kembalikan keindahan dulu.

~Ulang korus~

Dengan satu rasa
Dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Ku semat di dalam hati hingga kita bertemu
Kemudian hari...




~Pengarang~
Siti Fatimah a.k.a mygOodgirl

~Idea asal~
Mohd Firdaus a.k.a Citra Pena (Abg Ferd)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~