14 Julai 2011

~Bab 15~

Bab 15
           Pagi keesokkannya Zulaika ke rumah Amir yang hampir tiga tahun lebih juga dia tidak menjejakkan kaki di situ.
“Ting! Ting!”
          Loceng di rumah dua tingkat itu ditekan dua kali.  Zulaika menanti dengan penuh debaran di luar rumah. Menanti bayangan tuan rumah menampakkan diri.Sekaligus bakal membuang segala teka-teki di mindanya kini.
Assalamualaikum.”ucap Zulaika setelah lama menanti pintu rumah itu dibuka.
“Waalaikumusalam”jawab Amir setelah membuka pintu rumahnya dan berjalan menghampiri pintu pagar automatik yang masih berkunci.Yang hanya tunggu masa ditekan oleh tuan rumah.
“Amir. Saya tahu memang lelaki yang saya jumpa semalam tu awak kan?”kata Zulaika lega setelah pasti itulah Amir. Kekasih hati yang selama ini dinanti-nantinya.
“Ya. Memang tu saya. So?”balas Amir selamba. Seakan tiada rasa bersalah.
Zulaika terpaku seketika.
“Amir. Kenapa awak buat saya macam ni ha Amir?Kenapa awak buat-buat tak kenal saya Amir? Saya Zulaika. Kekasih awak.”
“Kekasih saya? Bukan ke awak yang putuskan hubungan kita dulu? Kita ni masih kekasih ke em?”tanya Amir dengan wajah yang sinis.
“Amir.Maafkan saya. Masa tu saya keliru. Saya tak tahu yang adik saya pun ada perasaan pada awak. Saya ingat adik saya lebih memerlukan awak. Saya...”
“Owh. Jadi awak pertaruhkan saya la sekarang ni. Awak ingat saya ni apa ha?Barang taruhan?Macam tu?”
“Amir. Maafkan saya Amir. Saya tak berniat pun macam tu. Dulu saya bodoh Amir. Ya saya bodoh. Maafkan saya awak. Saya masih setia pada awak Amir.”jelas Zulaika pantas.Ingin benar Amir merasai keikhlasan hati yang cuba ditunjukkannya itu.
“Awak masih setia? Boleh percaya ke?Entah berapa ramai dah lelaki yang awak kecewakan selama saya pergi tiga tahun ni ha?”
“Amir. Saya hanya cintakan awak Amir. Percayalah. Saya masih setia pada awak seorang..”
“Maaf la Zulaika. Saya rasa awak dah terlambat. Saya dah pun ada pengganti awak. Tasha. Perempuan yang awak jumpa dengan saya semalam tu. Tu la kekasih saya sekarang. dan tak lama lagi kami berdua akan kahwin. Jadi. Tak payah la awak nak datang merayu-rayu kat saya macam ni lagi k?”
“Amir..”
“Sudah la. Saya ada hal lagi nak buat ni. Sebab kejap lagi saya nak keluar jalan-jalan dengan dia. So saya rasa ada baiknya awak balik ya. Tak manis orang tengok awak lama-lama kat sini.”
          Amir segera melangkah semula masuk ke dalam rumahnya. Meninggalkan Zulaika yang tersedu-sedu di luar pagar.Terkesima seketika dengan tingkah laku lelaki yang dirinduinya sekian lama itu.
..........................................................................................
Hello.”jawab Syila setelah deringan telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja berbunyi kuat.
Syila.”sebut Zulaika pilu sambil memandu keretanya ke arah yang dia sendiri tidak tahu arah mana ingin dituju kerana dia buntu.Masih terkejut dengan kata-kata lelaki yang setia dicintai sebentar tadi.
“Zulaika. Kenapa ni?Apa dah jadi ah?”tanya Syila cemas. Risau dengan keadaan kawannya yang kedengaran teresak-esak menahan tangisan itu.
“Amir. Amir Syila..”
“Kenapa dengan Amir ha?”
“Amir dah benci aku Syila. Amir dah benci aku.”
“Ok ok. Sekarang kau ada kat mana?Kita jumpa kat tempat biasa k. Kau jangan pergi mana-mana k. Lagi sepuluh minit aku datang k..”pujuk Syila segera sambil mendengar kata-kata Zulaika lagi.
Talian dimatikan.
“Hello Amir...”
..........................................................................................
          Zulaika keluar dari keretanya dan melangkah ke hadapan kereta. Direnungnya langit pagi. Air mata di pipinya masih tersisa .Cuba memujuk kelukaan yang melekat di hatinya.Kata-kata Amir sebentar tadi benar-benar membunuh perasaan sabarnya. Dia benar-benar terluka dan rasa bersalah dengan kata-katanya dahulu. Dia tidak sepatutnya mempertaruhkan perasaan lelaki itu untuk adiknya. Dia menyesal.

“Kekasih saya? Bukan ke awak yang putuskan hubungan kita dulu? Kita ni masih kekasih ke em?”
 “Owh. Jadi awak pertaruhkan saya la sekarang ni. Awak ingat saya ni apa ha?Barang taruhan?Macam tu?”
 “Awak masih setia? Boleh percaya ke?Entah berapa ramai dah lelaki yang awak kecewakan selama saya pergi tiga tahun ni ha?”
 “Maaf la Zulaika. Saya rasa awak dah terlambat. Saya dah pun ada pengganti awak. Tasha. Perempuan yang awak jumpa dengan saya semalam tu. Tu la kekasih saya sekarang. dan tak lama lagi kami berdua akan kahwin. Jadi. Tak payah la awak nak datang merayu-rayu kat saya macam ni lagi k”
          Kereta Syila berhenti berdekatan dengan kereta Zulaika. Sekaligus mematikan ingatannya bersama dengan Amir sebentar tadi.
“Zulaika.”panggil Syila setelah melangkah keluar kereta.
“Syila.”teriak Zulaika segera berlari memaut badan Syila dengan erat. Baginya wanita itu sahajalah yang memahaminya saat ini. Saat hatinya benar-benar terluka.
“Zulaika sudah la em. Dah dah. Jangan menangis lagi k..”
“Dia dah lupakan aku Syila. Dia dah benci aku.”balas Zulaika teresak-esak menahan tangisan.
“Sabar ya.”
          Sebuah kereta lagi datang menyusul. Membuatkan Zulaika memandang  ke arah itu dengan riak wajah aneh. Mencari tahu pemilik kereta berkenaan.
          Keluar Tasha dari perut kereta itu mematikan pertanyaan Zulaika sebentar tadi.
“Tasha.?” Zulaika terpaku seketika memandang wanita itu seakan ingin melangkah mendekati dia dan Syila.
“Zulaika. Sorry.”ucap Syila tersenyum manis memandang Zulaika membuatkannya bertambah aneh.Seolah-olah dia sedang bermimpi.
Tasha segera menghampiri Zulaika dan Syila.
“Apa semua ni em Syila?”tanya Zulaika perlahan sesekali memandang kedua-dua wanita yang berada di hadapannya itu.
“Hye Zulaika. Saya Tasha. Sepupu Amir.”
          Tangan dari Tasha dihulur ke arah Zulaika dengan senyuman terukir di bibir wanita itu.
“Sepupu? Tapi Amir kata...”Zulaika cuba membalas tetapi segera dipintas Syila.
“Sebenarnya Zulaika. Aku,Tasha dengan Amir dah berpakat. Kami nak kenakan kau. Tapi aku buat semua ni sebab kau kawan aku. Aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni lagi. Kau memang ditakdirkan untuk Amir,Zulaika. Percayalah..” jelas Syila memandang Zulaika.Sekilas memandang Tasha yang sesekali mengangguk mengakui kata-katanya itu.
“Apa? Jadi. Mana Amir.?”tanya Zulaika sambil memandang kedua-dua wanita itu.Ingin segera tahu di mana lelaki itu berada ketika ni.
“Tu.”balas Tasha sambil menunding jari ke arah keretanya.
          Amir yang setia berada di tempat duduk belakang seakan mendapat isyarat tangan dari Tasha mula melangkah keluar kereta. Memandang  manis ke arah Zulaika yang masih tersedu-sedu dengan tangisan pilunya itu.
“Ok la Zulaika. Saya balik dulu ya. Awak dengan Amir berbaik-baik la semula. Jangan gaduh-gaduh lagi k. Bye. Selamat berbahagia.”ucap Tasha cuba mengusik.
 “Ok Zulaika. Aku pergi dulu. Sorry again k. Bye.”Syila pula berkata.Terselit sedikit rasa bersalah kerana terbabit dalam perancangan Amir dengan Tasha.
          Zulaika hanya tersenyum faham memandang Syila dan Tasha melangkah pergi mendekati kereta masing-masing sehinggalah kereta mereka berdua itu dipandu pergi ke arah yang sama.Amir pula dengan langkah perlahan-lahan melangkah mendekati Zulaika. Seakan ingin memujuk kekasih hatinya itu.
“Hye. Sorry.” ucap Amir tersenyum malu.
“Jahat..”tumbuk perlahan Zulaika ke arah lengan tepi Amir membuatkan Amir tersenyum lucu sambil mengusap-gusap lengannya.
“Ya ke? Maaf la.”
“Sampai hati awak buat saya macam ni ek?”
“Betul ke saya ni masih kekasih awak.?”tanya Amir seakan menyindir kata-kata wanita itu ketika di rumahnya tadi.
“Betul la. Awak ingat saya ni main-main ke ha.?”balas Zulaika geram sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.Kedua-dua tangan memeluk tubuhnya sendiri.
“Tak tak. Saya percaya saya percaya..Em..Anyway..Ni. Saya ada something nak bagi awak ni.”Amir segera mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeansnya.
“Apa.?”balas Zulaika dengan nada geram.
“Ala. Jangan la marah lagi sayang. Tengok muka tu dah tak comel dah. Ni dia. Awak buka la.”pujuk Amir sambil menghulurkan kotak kecil kepada tangan Zulaika membuatkan wanita itu segera membukanya.
“Cincin???”kata Zulaika segera memandang Amir dengan tanda tanya.
“Zulaika. Sudikah awak jadi isteri saya.?”tanya Amir seakan melamar.Serius.Membuatkan Zulaika terpaku seketika.Tidak sangka seawal itu Amir ingin melamarnya.
“Tak.”balas Zulaika ringkas sambil mengalihkan pandangan ke arah lain lagi.
“Betul ni.?”tanya Amir sekali lagi.Nada seakan ingin mengusik.
“Yela yela. Saya sudi.”balas Zulaika tersenyum angguk. Terusik dengan telatah lelaki idaman hatinya itu.
          Amir tersenyum senang lalu segera menyarungkan cincin yang bertahtakan berlian itu ke jari manis Zulaika dengan lembut.
“Muat pun.”senyum Amir memandang Zulaika.
“Awak tahu tak. Tiga tahun saya tunggu awak. Lepas tu. awak balik sini awak buat saya macam ni pula. Jahat tau awak ni.”
          Zulaika mula membebel setelah beberapa saat memerhati cincin yang tersemat di jari manisnya itu.Sengaja tunjuk marah.
“Emm. Tu la dulu awak juga cakap suruh saya ambil latihan PJJ la. Sekarang awak marah saya pula.”
          Zulaika mula tertawa lucu. Tidak sangka lelaki itu masih ingat lagi akan usikannya dahulu.
          Amir mula memegang tangan wanita itu sekali lagi.Erat.
“Zulaika. Saya cintakan awak. Memang benar hanya ada satu nama je dalam hati saya ni. Hanya nama awak Zulaika. Hanya nama awak.”
          Mereka berdua tersenyum lagi.Merenung ke wajah masing-masing dengan senang hati.Pagi itu menjadi saksi pertemuan semula kedua-dua insan yang saling merindu itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~