14 Julai 2011

~Bab 14~

Bab 14

Assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam. Emm.. Aika “ucapan salam Zulaika dibalas Rokiah setelah pintu utama ditariknya. Wajah anak sulungnya itu mengisi pandangan matanya.
“Ya ma. Em. Papa Razif mana ma? Tak balik lagi ke?”tanya Zulaika sambil tangan dihulur untuk mengucup lembut tangan ibunya itu.
          Rokiah telah berkahwin dengan Razif dua tahun yang lalu setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak termasuk anak gadis keduanya, Zuhaira. Zuhaira pula kini sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya dalam kursus Diploma Pelancongan setelah mendapat keputusan yang  cemerlang di dalam Sijil Pendidikan Malaysia.
“Papa Razif kamu hari ni buat kelas tuisyen untuk student SPM tahun ni. Maybe dia balik lewat sikit kot hari ni.”
“Owh..”
“Aik. Bunga dari siapa tu Aika? Cantiknya.”tanya Rokiah tersenyum tatkala bunga yang masih di dalam genggaman sebelah tangan anak gadis itu dilihat ekor anak matanya.
“Bunga dari Amir ma.”balas Zulaika tersenyum.Sekilas memandang ke arah kuntuman bunga itu.
“Amir? Dia dah balik Malaysia? Bila?”tanya Rokiah segera dengan riak wajah terkejut sedikit kerana lama dia tidak mendengar khabar berita tentang lelaki itu dari mulut Zulaika.
“Ya ma. Amir dah balik sini. Entah la bila. Aika pun belum jumpa dia lagi. Bunga ni pun dia suruh budak penghantar bunga yang hantarkan masa Aika dekat sekolah tadi.”jelas Zulaika terselit nada ceria.Jika diikutkan hati,mahu saja diceritakan kegembiraan yang dialaminya kepada semua orang. Biar mereka tahu bertapa gembira hatinya kini setelah mendapat tahu tentang kepulangan kekasih hatinya itu.
“Bagus la. Mama harap kamu berdua dapat la berbaik-baik semula ya. Mama yakin Aika, dia masih cintakan Aika.”kata Rokiah tersenyum lega.Kebahagiaan anak-anaknya adalah kebahagiaan untuk dirinya juga.
“Em. K la ma. Aika masuk bilik dulu ya. Nak mandi.”
“Hem. Baiklah. Nanti lepas Aika mandi. Jangan lupa turun makan pula ya.”
          Angguk Zulaika tersenyum faham sambil melangkah ke tingkat atas. Rokiah hanya memerhati. Lega hatinya melihat keceriaan yang terpamer di wajah anak gadisnya itu.
          Zulaika masuk ke dalam bilik tidurnya.Dia melangkah ke meja tulis lalu diletakkan bunga yang berada di tangannya itu. Gambar Amir direnungnya lama.Berfikir bagaimana perubahan wajah lelaki itu kini. Pasti berubah sedikit berbanding dengan wajah yang dilihatnya dahulu.
“Amir. Saya rindu awak..”keluh Zulaika perlahan.Tanpa sedar,dia menitiskan air mata rindunya.
..........................................................................................
“Semalam kau tak beritahu aku apa-apa pun. Tiba-tiba je ajak aku keluar pula hari ni.Ada apa-apa ke ni?”tanya Zulaika tersenyum memandang Syila setelah masing-masing selesai membuat pesanan kepada pelayan yang bertugas di situ.
“Saja ajak kau keluar ni. Lagipun hari ni aku cuti. Kebetulan kau pun cuti juga kan. So tak jadi masalah la kita keluar ni kan.”balas Syila tersenyum ceria.Wanita itu kini berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans.
“Yela tu.”
“Eh. Zulaika. Tu Amir kan?”tanya Syila tiba-tiba sambil menunding ke arah sesuatu.
“Amir?Mana?”
          Zulaika segera memandang ke arah pandangan mata Syila. Wajah Amir bersama dengan seorang wanita yang sedang rancak berbual mengisi pandangannya.
“Dia dengan siapa tu ha? Mesra je diaorang berbual aku tengok.”
          Zulaika segera bangun menghampiri meja tersebut. Ditinggalkan soalan Syila yang tak berbalas itu.Bibirnya mengukir senyum tatkala wajah itu dilihatnya.Rindu lama yang semakin menghimpit kian menghilang.
“Amir?”tegur Zulaika sambil merenung Amir dengan senyum cerianya membuatkan perbualan antara lelaki itu dengan wanita yang tidak dikenalinya tiba-tiba terhenti.
Excuse me. Cik ni siapa?”tanya Amir dengan lagak tidak mengenali.Seakan aneh memandang Zulaika.
“Amir. Ni saya. Zulaika. Awak tak ingat ke?”tanya Zulaika sedikit kaget dengan soalan lelaki itu.
 Honey. Siapa ni.?”
          Wanita di hadapannya cuba bersuara.Riak seakan keliru.
“Zulaika? Maaf cik, Saya tak ada kawan nama Zulaika.” geleng Amir aneh.Sekilas memandang wanita di hadapannya itu.
 “Amir. Tak kan awak tak ingat saya. Saya. Saya kekasih awak. Zulaika.”jelas Zulaika sedikit rasa terkilan.Seakan tidak percaya.
“Kekasih? Tak mungkin cik. Ni Tasha. Ni la baru kekasih saya. Cik ni silap orang ni.”tegas Amir sambil mmperkenalkan wanita di hadapannya yang lagak dengan seribu pertanyaaan itu.
“Amir. Saya Zu..”
          Zulaika masih lagi ingin berkata-kata kerana berfikir Amir mungkin sengaja ingin mempermainkannya namun lelaki itu segera bangun berdiri memandang Tasha.
“Sayang. Jom la kita balik. I tak ada mood la nak makan lagi”
          Angguk Tasha mengerti lalu turut sama berdiri.Sekilas memandang Zulaika yang tiba-tiba terkesima.
          Amir dan Tasha berpimpingan tangan melangkah pergi meninggalkan Zulaika yang sedang dilanda pilu yang amat apabila diperlakukan sedemikian.
..........................................................................................
“Amir. Kau memang jahat la. Kesian aku tengok dia tadi tau.” kata Tasha setelah melangkah masuk ke dalam perut kereta Satria Neo lelaki itu.Nadanya seakan marah.
“Aku tahu Tasha. Aku tak ada niat pun nak buat dia macam tu. Tapi entah la. Aku cuma nak tengok dia masih anggap aku ni kekasih dia ke tak. Tiga tahun Tasha. Tiga tahun aku terseksa rindukan dia kau tau.”balas Amir sambil melepaskan keluhan kecil.Terasa sedikit menyesal memperlakukan Zulaika seperti itu tadi.
“Kau rasa dia percaya ke yang aku ni girlfriend kau ha?”
..........................................................................................
“Tak. Aku tak percaya. Aku tahu dia masih cintakan aku Syila dan aku pun masih cintakan dia. Aku tak percaya yang dia tak kenal aku.”geleng Zulaika beberapa kali. Dia kembali duduk di meja asalnya setelah puas dipujuk Syila.
          Pelanggan-pelanggan yang turut berada di situ sekadar memerhati mereka berdua aneh.
“Tapi kau kan yang putuskan hubungan dengan dia dulu.” balas Syila seakan ingin menyebelahi Amir.
“Ya. Tapi masa tu aku terpaksa Syila. Aku sayangkan adik aku. Aku tak nak dia terluka.”
“Em. Entah la Zulaika. Aku pun tak tahu la nak cakap apa lagi.”geleng Syila seakan berputus asa sambil menghirup air minumannya.
“Esok aku ingat aku nak pergi rumah dia la. Aku nak jumpa dia. Aku tak nak kehilangan dia lagi Syila. Aku tak sanggup.”jelas Zulaika benar-benar tidak ingin kehilangan Amir,lelaki yang dicintai dari dulu sehingga sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~