14 Julai 2011

~Bab 13~

Bab 13
Tiga tahun lima bulan kemudian...
          Terima kasih cikgu !”pekik Sufian,ketua kelas 4 Purnama 2 bersama-sama pelajar-pelajar lain sambil memandang cikgu mata pelajaran Bahasa Malaysia mereka, Cikgu Zulaika.
“Terima kasih semua. Jangan lupa. Esok kita sambung buat latihan muka surat 13 ya?”balas Zulaika tersenyum manis sambil berdiri membimbit buku dan beg tangannya.
“Baik cikgu.”balas semua serentak.
          Zulaika segera berlalu keluar kerana tugasnya di kelas tersebut hampir 1 jam lebih itu telah selesai dilaksanakan seperti biasa.
“Selamat sejahtera cikgu.”ucap pelajar yang sedang berlalu lalang di koridor sekolah ketika terpandang Zulaika pada arah yang bertentangan.
“Selamat sejahtera.”angguk Zulaika tersenyum.Masuk hari ini,genap dua bulan dua minggu dia mengajar di sekolah menengah yang berdekatan dengan rumahnya sahaja itu.Nasibnya agak baik apabila permohonan untuk mengajar di sekolah itu diterima tanpa sebarang masalah.
          Zulaika meneruskan perjalanan ke bilik guru.
“Cikgu Zulaika” panggil Lia yang duduk berhadapan dengan meja kerja Zulaika tatkala dia meletakkan buku dan beg tangannya di atas meja.Wanita itu seakan sedang menanti kedatangannya.
“Ya Cikgu Lia. Ada apa?”balas Zulaika segera mengintai ke arah Lia dengan senyuman manisnya.
“Tu. Kat sana tu. Ada budak penghantar bunga. Dari tadi lagi tunggu cikgu tau.” kata Lia sambil memuncungkan mulut menunding ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu yang disediakan di dalam bilik itu.
“Budak penghantar bunga?”balas Zulaika aneh dan segera berlalu ke sofa yang berada di ruang bilik itu.
“Ya. Adik ni cari saya ke?”tanya Zulaika sopan setelah kelihatan lelaki baya adiknya itu sedang memegang sejambak bunga mawar merah.
“Cikgu ni Zulaika Zulkarnain ke?”tanya budak itu segera bangun. Sekilas melihat ke dalam buku nota yang berada di tangannya.
“Ya saya. Kenapa ya?”
“Ni ada bunga untuk Cikgu Zulaika.”balasnya segera sambil menghulurkan jambangan bunga itu kepada Zulaika.
“Bunga? Dari siapa?”tanya Zulaika sambil menyambut bunga itu dengan lagak tertanya-tanya.
“Maaf cikgu. Tuan yang bagi bunga ni nak saya rahsiakan nama dia. Cikgu cuma perlu sign kat sini ya.”balas lelaki itu sopan sambil menghulurkan pen dan buku nota tersebut untuk ditandatangani.
          Zulaika segera menandatanganinya setelah pasti nama dan alamat sekolah yang tercatat adalah benar.
“Em. Terima kasih ya adik.”
“Baik sama-sama.”angguk lelaki itu dan segera berlalu pergi.
“Wah. Cikgu Zulaika dapat bunga.”usik Lia yang sejak dari tadi lagi memerhatikan gelagat Zulaika bersama dengan budak penghantar bunga itu ketika Zulaika kembali semula ke meja kerjanya.
“Siapa lagi, kalau bukan buah hati kesayangan dia yang bagi.”sampuk Wardiah yang duduk berdekatan dengan meja kerja mereka berdua itu. Guru-guru seangkatan dengan mereka hanya mendengar dan tersenyum lucu.
          Zulaika tersenyum geleng.Malas membalas kata. Takut nanti perkara itu dibesar-besarkan.Nanti tak pasal-pasal dapat populariti percuma pula.Fikirnya.
          Zulaika segera membelek-belek sekeping kad yang berada di dalam beberapa kuntuman bunga tersebut.Lalu segera dibukanya.

Zulaika.
           Pernahku kata hanya ada satu nama dalam hati ini. Hanya nama kau yang ku cintai.
                                      Dari insan yang setia mencintaimu..©
“Amir??? Dia dah balik???”
          Pantas pertanyaan itu terpancul di benak fikiran Zulaika. Meneka segala kemungkinan.Walaupun surat itu tanpa nama tetapi dia pasti Amirlah orangnya.Lelaki yang dicintai dari dulu hingga kini.Rindu di hati sejak beberapa tahun ini kian membuak-buak dalam diri.
..........................................................................................
Selamat pulang ke Malaysia Amir.”ucap Azman sambil menghulurkan tangan berjabat mesra dengan anak tunggal kesayangannya itu.
Thanks pa.”balas Amir mengangguk tersenyum.Segak berpakaian kot hitam seperti ayahnya itu.
“Ingatkan? Papa pernah kata dulu. Peluang cuma datang sekali je dalam hidup kita. Tahniah.”tambah Azman lagi membuatkan Amir mengangguk faham.
 “Em. Mama kamu kat rumah tu dah rindu sangat kat kamu Amir. Sampai setiap malam asyik termimpikan kamu je.” seloroh Azman sambil duduk.Terselit sedikit tawa suka.
          Amir hanya tersenyum.Tidak dinafikan dia turut merindui ibu kesayangannya itu.Bahkan setiap malam dia teringinkan masakan ayam masak kicap wanita itu.
So..Dah alang-alang kamu balik ni. Boleh la papa announce hari persaraaan papa nanti.”
 “Eh. Tak rasa terlalu awal sangat ke papa?”tanya Amir seakan tidak percaya dengan kata-kata ayahnya itu.
“Tak. Because I very confident with you Amir. I know you can do it..”puji Azman pantas.Dia telah lama memikirkan soal penggantinya di syarikat yang hampir dua puluh tahun diusahakan dengan titik peluh ayahnya sendiri itu.Kini sudah tiba masanya dia menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada satu-satunya waris yang layak iaitu cucu ayahnya, Amir.
“Thanks again pa.”ucap Amir ikhlas.
.........................................................................................
“Syila. Syila.”panggil Zulaika tergesa-gesa.Menyebabkan Syila yang sedang menghirup air minuman segera memaling ke arahnya.
“Ish kau ni Zulaika. Kenapa kelam kabut je ni.?”tanya Syila aneh sambil memandang Zulaika melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Amir”balas Zulaika ringkas.Masih tersenyum manis.
“Amir.?”
“Ya. Dia dah balik sini.”
“Ya ka?Kau dah jumpa dia?”
“Belum lagi. Tapi dia ada bagi aku bunga masa kat sekolah tadi.”
“Bunga? Mana dia?”tanya Syila tercari-cari bunga yang dikatakan itu.
“Ada kat dalam kereta tu. Malas la aku nak bawa sini. Malu la.”balas Zulaika sekilas menunding ke arah luar.
“Yela tu. So dia tahu la yang kau kerja cikgu sekarang ni.”
“Entah la. Aku sendiri pun tak tahu macamana dia tahu. Tapi kan. Aku happy sangat hari ni Syila. Dia dah balik sini akhirnya.”
          Zulaika masih bergembira.Seakan tidak dapat diluah perasaannya itu melalui kata-kata.
 “Ya. Alhamdulilah. Bagus la. Tak perlu la kau tunggu dia lama-lama lagi kan”angguk Syila turut senang hati melihat kegembiraaan yang terpancar pada riak wajah teman baiknya itu kerana telah lama dia menantikan riak wajah tersebut.
          Mereka berdua meneruskan perbualan sambil menikmati makanan yang dipesan daripada pelayan yang bertugas.
..........................................................................................
“Wah. Tak sangka kan. Kau balik sini je terus jadi CEO Syarikat Permata Hilir ni.”kata Hadi ketika berkunjung ke bilik pejabat Amir yang baru.
“Tu la. Aku ingat dapat la jadi penolong kanan dulu ke. Ni tak,papa aku nak terus lantik aku jadi CEO pula. “balas Amir tersenyum geleng.
“Ala ok la tu. Bila lagi nak lantik kau. Aku tengok papa kau tu pun dah tak larat lagi dah. So dah tiba la masanya kau take over company ni sekarang. “
“Hem. Nampaknya macam tu la. Tanggungjawab aku dah makin besar dah sekarang ni bro.”balas Amir sambil memerhatikan sekeliling bilik barunya itu.Seakan mengeluh.
“Ala jangan risau la bro. Aku kan ada. Aku kerja kat sini dah lama dah. Kalau kau tak faham apa-apa just tanya aku je k. Aku pasti tolong kau punya la.”
“Hem. Dah lebih tiga tahun aku pergi kan. Banyak dah perubahan yang berlaku kat sini ya. Kat hujung sana tu pun dah ada bangunan baru dah.”kata Amir sambil bangun menuju ke arah jendela di hujung penjuru bilik tersebut. Menunding ke arah sesuatu kawasan.
“Ya. Owh ya. Lupa aku nak tanya. Kau tak pergi jumpa Zulaika ke?” tanya Hadi masih setia duduk di kerusi.Hanya ekor matanya sahaja mengintai tingkah laku rakan kerjanya itu.
“Zulaika???”sebut Amir sendiri.Dia jadi diam. Direnungnya langit lama.Kenangan bersama Zulaika sedikit demi sedikit diingatinya. Indah yang amat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~