14 Julai 2011

~Bab 12~

Bab 12
          “Amir. Nanti bila kat sana kau jangan la lupa aku kat sini pula k.”kata Hadi tersenyum setelah dia dan Amir berdiri berhadapan antara satu sama lain setelah nombor penerbangan sahabatnya itu yang akan berlepas beberapa minit lagi telah diumumkan.
“Ish. Tak ada la bro. Kau la satu-satunya member baik aku. Aku tak kan lupa kau punya. Apa-apa hal kita chat pakai email k. Kau tahu kan alamat email aku kan.”balas Amir turut tersenyum.
“Hem. Tahu. Yela nanti aku email kau.”
“ K la. Flight aku nak berlepas dah ni. Em. Nanti kau tolong la tengok-tengok kan company papa aku tu k.”
“Hem Ok. No hal.”
 “Owh ya. anyway. Ni ada surat untuk Zulaika. Kau tolong serahkan pada dia ya nanti. Boleh tak?.”pinta Amir sambil menghulurkan sampul surat yang dikeluarkannya dari beg rodanya sebentar tadi.
“Boleh boleh. InsyaAllah. Nanti aku bagi kat dia ya.”angguk Hadi tersenyum faham sambil menyambut sampul surat tersebut.
“Ok. Aku pergi dulu bro.”
“Ok. Aku doakan semoga kau berjaya kat sana nanti ya.”ucap Hadi sambil menghulurkan tangan untuk berjabat mesra.
“Terima kasih. Ok. Assalamualaikum.”balas Amir tersenyum tenang. Sekilas memerhatikan sekelilingnya. Jauh di sudut hatinya itu berharap agar dapat melihat wajah Zulaika buat kali terakhir sebelum dia berangkat pergi.
“Ok. Waalaikumusalam.”
          Hadi hanya memerhati Amir bersama-sama dengan beg roda yang ditariknya itu.Masuk ke bahagian pemeriksaan  sebelum melangkah masuk  ke tapak lapangan kapal terbang yang akan membawanya ke London beberapa minit sahaja lagi itu. Sampul surat yang berada di dalam tangannya diperhatikan seketika setelah bayangan sahabatnya itu hilang dari pandangan.Dia segera beredar dari situ.
..........................................................................................
“Cepat la Kak Long.!”kata Zuhaira tergesa-gesa keluar dari perut kereta Razif.Begitu juga dengan Razif.
“Ya ya..”angguk Zulaika yang turut keluar sama.
           Mereka bertiga berjalan menuju ke hadapan pintu utama lapangan terbang.
“Zulaika?”panggil Hadi terkejut terserempak dengan wanita itu sebelum dia melangkah menuju ke arah tempat letak kereta.
“Hadi?” balas Zulaika setelah kalih pandang pada Hadi yang sedang memandangnya itu. Dia sememangnya mengenali lelaki itu melalui Amir. Kekasihnya itu.
“Hye. Awak buat apa kat sini?”tanya Hadi setelah semakin hampir mendekati Zulaika yang masih tercengang melihatnya.
“Semuanya dah terlambat kan Hadi?”balas Zulaika tertawa sinis.Seakan mengerti kehadiran Hadi di situ.Tanpa Amir di sisinya.
          Razif dan Zuhaira sekadar memerhati lagak perbualan kedua-dua patung manusia yang bernyawa di hadapan mereka itu.Masing-masing tertanya-tanya.
“Zulaika. Flight Amir baru sahaja berlepas. Tapi sebelum dia pergi, dia ada tinggalkan surat ni. Dia nak saya bagi pada awak.”kata Hadi segera sambil menghulurkan sampul surat yang sebentar tadi diamanatkan olah sahabat karibnya itu.
“Surat???”
          Zulaika terkesima.Dia segera mengambil surat yang dihulurkan oleh lelaki di hadapannya itu.
“Aika. Jom. Kita balik ya.”sampuk Razif.Dia tahu hati gadis itu makin terluka. Segera dia mengutarakan hal itu agar mereka bertiga segera pulang ke rumah.
 “Em. Terima kasih Hadi. Saya balik dulu ya.”
“Owh ya. Baik la.”angguk Hadi faham sambil memandang Zulaika masuk ke dalam perut kereta Razif semula.
..........................................................................................
          Kereta dipandu perlahan kembali semula ke taman perumahan mereka. Zuhaira yang berada di tempat duduk hadapan sesekali memaling memerhati Zulaika sayu. Perasaan bersalah terhadap kakaknya itu membuak-buak dalam hati. Razif pula masih fokus pada pemanduannya.Dia tidak mahu berbual atau memulakan topik sesuatu perkara kerana dia tahu hati gadis itu sedang ditimpa pilu.Jadi tidak mahu dia menambah kepiluan di hati gadis itu lagi.
          Zulaika memandang sampul surat yang masih kekal berada di dalam genggaman tangannya sejak diberikan oleh Hadi tadi.Dia mula dengan kalimah Bismillah membuka dan membacanya satu persatu di dalam hati.Sedih mula terasa.
                        Assalamualikum ...
           Saya tulis sehelai warkah ini khas untuk insan yang setia namamu berada di hati yang kecil ini.
          Zulaika..
          Saya tahu kata perpisahan telah terucap di bibir awak tetapi tidak sesekali bagi saya Zulaika. Seperti yang saya pernah katakan dulu. Nama awak tetap dalam hati saya ini. Tidak akan terhapus mahupun terpadam kerana saya hanya mencintai awak. Dan saya ingin awak tahu. Segala kenangan kita bersama akan saya simpan hingga ke akhir hayat kita awak. Saya janji.”
                                                                                                Amir.
          “Amir. Saya akan sentiasa nantikan awak demi ikatan cinta saya terhadap awak. Saya janji Amir.”detus pantas Zulaika di dalam hati setelah selesai membaca perkataan terakhir tulisan tangan lelaki yang dicintainya itu. Kertas berwarkah pilu itu pantas dibawa ke lapang dada.Air matanya mula menyentuh pipi sambil mata memandang ke luar tingkap kereta.Membuang segala duka yang terbuku di hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~