14 Julai 2011

~Bab 11~

Bab 11
          “Kak Long.”panggil Zuhaira yang sedang berada di atas riba Zulaika.
“Em..” balas Zulaika sedang asyik membaca novel yang dipinjamnya melalui rakan sekelas.
“Kak Long sayang adik tak?” tanya Zuhaira sambil bermain-main rambutnya yang lurus tidak diikat itu.
“Kenapa adik tanya Kak Long soalan macam ni?Tentu la Kak Long sayang sangat kat adik Kak Long yang sorang ni.”balas Zulaika setelah kalih pandang pada Zuhaira sambil mencubit lembut pipi adiknya itu.
“Sejauh mana Kak Long sayang adik?.”tanya Zuhaira lagi.
“Emm.. Sejauh langit. Tak boleh kita pegang, sejauh tu la sayang Kak Long pada adik. Ingat adik. Kak Long sanggup berkorban untuk adik dengan mama. Sebab Kak Long sayang sangat kat mama dengan adik. Kak Long hanya ada adik dengan mama je.”

          Kenangan bersama Zulaika dahulu diingati Zuhaira seketika apabila dalam perjalanan kembali ke rumahnya selepas bertemu dengan Syila sebentar tadi. Rasa serba salah makin menebal di dalam diri.Dia tidak sangka sejauh itu pengorbanana kakaknya terhadap dirinya. Sanggup mengabaikan cinta semata-mata untuk dirinya. Hanya sekadar adik.

“Kak Long..”panggil Zuhaira setelah menolak pintu bilik Zulaika perlahan.Menyebabkan Zulaika yang sedang termenung jauh segera mengalihkan pandangan ke arahnya.
“Adik. Baru balik ya?”tanya Zulaika cuba menguntumkan senyuman. Cuba menyembunyikan perasaan yang sedang melanda dirinya itu.
Zuhaira segera melangkah menghampiri Zulaika.
“Kak Long. Adik minta maaf. Adik minta maaf Kak Long. Adik berdosa pada Kak Long.”mohon Zuhaira berlutut sambil mengucup tangan kakaknya itu beberapa kali.Dengan nada menyesal.
“Adik....”
Zulaika cuba berkata namun pantas saja dicelah adiknya itu.
“Adik tak sepatutnya buruk-burukkan nama Kak Long pada Abg Amir. Adik minta maaf Kak Long” pintas Zuhaira. Air mata menitis di pipinya.Insaf dengan kesilapannya itu.
          Zulaika terdiam.Masih mahu mendengar penjelasan Zuhaira itu.
“Kak Long maafkan adik ya? Selama ni adik cemburu bila tengok Kak Long dengan Abg Amir. Adik tak sepatutnya rasa macam tu. Adik minta maaf Kak Long.”
          Zuhaira masih merayu.Memohon keampunan dari seorang yang bergelar kakak.Air mata gadis itu mula mencurah-curah.
“Sudah la adik. Ya. Kak Long maafkan adik. Dah. Tak nak menangis lagi. Tak comel dah adik Kak Long ni.”balas Zulaika tersenyum.Air matanya turut sama menitis di pipi.
          Mereka berdua berpelukan seketika sambil tersenyum memandang wajah masing-masing.
“Kak Long. Jom kita cari Abg Amir. Adik rasa serba salah sangat selagi adik tak tengok Kak Long baik semula dengan Abg Amir. Kita cari dia ya Kak Long ya?”pinta Zuhaira sambil memegang erat kedua-dua tangan Zulaika. Bersungguh-sungguh.
“Hem yela. Kejap. Kak Long call Abg Amir ya..”angguk Zulaika mengerti sambil mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja tulisnya. Zuhaira mengangguk tersenyum sambil memerhati lagak kakaknya itu.
 “Hello assalamualaikum..”telefon bimbit Amir diangkat tetapi yang bersuara bukan lelaki itu tetapi nada seorang wanita.
“Waalaikumusalam. Boleh saya bercakap dengan Amir?” tanya Zulaika sopan.
“Amir?Em. Ni Zulaika kan?”tanya wanita itu seakan mengenali dirinya.
“Ya..”
“Ni mak cik ni. Mak Amir. Emm.. Zulaika tak tahu ke yang hari ni Amir bertolak ke London.??”tanya Hasnah setelah memperkenalkan diri.
“Ke London?Hari ni?Pukul berapa dia pergi mak cik?”pantas Zulaika bertanya sambil debaran di dada.
“Baru je tadi. Dia pergi dengan Hadi.Handphone dia ni dia suruh mak cik pegang.”
“Owh. Pukul berapa flight dia berlepas mak cik?”
“Lagi sejam. Pukul 1 berlepas la dia ke sana tu agaknya”
“Baik. Terima kasih ya mak cik. Assalamualaikum.”
Talian dimatikan.
“Kenapa Kak Long?”pantas Zuhaira bertanya.Aneh dengan perubahan mendadak kakaknya itu.
“Abg Amir adik. Abg Amir akan ke London hari ni”balas Zulaika yang masih terkejut.Memang benar Amir pernah memberitahunya yang lelaki itu bakal ke London untuk menyambung pengajiannya tetapi dia tidak sangka hari inilah saatnya.
“Apa?em..Bila flight dia bertolak ke sana Kak Long?”
“Pukul 1. Rasanya dah tak sempat lagi adik... ”geleng Zulaika perlahan sambil megintai ke arah jam loceng yang berada di mejanya.Menunjukkan pukul 12.40 tengah hari.
“Ha!. Tak Kak Long. Adik rasa kita sempat. Cepat Kak Long. Kita masih sempat lagi ni. Kita pergi jumpa dia ya.”kata Zuhaira sambil bangun memegang tangan Zulaika erat.
“Tapi.”
“Jom la Kak Long. Tak ada tapi tapi lagi. Kita pergi ya.?”
“Eh tapi tunggu la Kak Long siap dulu. Takkan nak pakai macam ni je..”
“Owh ok ok. Kak Long pergi siap dulu. Cepat sikit ya Kak Long. Adik tunggu kat bawah k..”
“Ok ok..”angguk Zulaika faham lalu segera bersiap sedia.
..........................................................................................
Uncle Razif?”terkejut Zulaika melihat orang tua itu sedang duduk di atas sofa bersama dengan Zuhaira di sisi.Seakan menanti kemunculannya.
“Kak Long dah siap?Ok. Jom uncle..” Zuhaira segera bangun sekilas tersenyum memandang Razif.
“Ok..”angguk Razif faham turut sama bangun dan berlalu keluar.
“Adik. Macamana Uncle Razif...”Zulaika aneh.Ingin bertanya namun Zuhaira segera memintas.
“Ala. Tu Kak Long jangan tanya. Sekarang kita mesti pergi jumpa Abg Amir. Cepat la Kak Long..”
          Mereka berdua segera menaiki kereta Razif dan bertolak segera ke lapangan kapal terbang yang bakal membawa Amir terbang jauh ke London.
 ..........................................................................................
Flight Amir bertolak pukul berapa Aika?”tanya Razif sekilas memandang cermin pandang belakang.Menampakkan wajah Zulaika yang sedang berada  di tempat duduk belakang. Diulit kerisauan yang amat.
“Pukul 1 ni uncle. Entah la sempat ke tak.”balas Zulaika teragak-agak.
“InsyaAllah pasti sempat.”balas Razif tersenyum yakin.
Uncle. Terima kasih ya sudi tolong Aira dengan Kak Long ni.”
“Sama-sama..”
“Lagi satu. Aira nak minta maaf. Kerana selama ni Aira ingat uncle nak rampas mama dari kami berdua.”
          Zuhaira mula berbicara.Terselit nada kesal dalam bicaranya.
“Aira. Uncle pun anak yatim. Memang seorang anak takkan dapat terima pengganti kepada ayah atau ibu dia. Uncle faham. Uncle bersama dengan mama kamu pun bukan untuk rampas tempat abah kamu berdua. Tapi sekadar menjadi seorang suami dan ayah yang baik pada mama dan kamu berdua. Tu dah cukup bagi uncle.”ikhlas Razif membalas.
“Aira harap mama dengan uncle bahagia ya nanti.”
          Angguk Razif mengharapkan perkara yang sama. Akhirnya hati anak gadis wanita kesayangannya itu dapat dilembutkan juga.Zulaika hanya memerhati dan mendengar. Hatinya berbunga riang dengan perubahan watak adiknya itu apabila berbual dengan lelaki yang bakal menjadi ayah mereka berdua itu.Mindanya terus berubah kepada Amir. Berharap agar wajah lelaki itu masih sempat ditatap anak matanya buat kali terakhir sebelum penerbangan berlepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~