14 Julai 2011

~Bab 10~

Bab 10
          Zulaika. Tunggu dulu. Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya?”tanya Amir setelah dapat mengejar Zulaika yang meninggalkan meja makan mereka secara tiba-tiba.
“Awak tak salah apa-apa Amir”balas Zulaika setelah memberhentikan langkahnya. Tanpa pandang wajah Amir.
“Habis tu? Kenapa awak putuskan hubungan kita ni? Kenapa? Mama awak tak suka kita kawan ke?”
“Semua ni tak ada kena mengena dengan mama saya awak.” kata Zulaika sambil memandang sebentar ke muka lelaki yang dicintainya itu.
“Habis apa?Awak dah jumpa lelaki lain. Ha.Zulaika. Beritahu saya kenapa? Tolong la..” desak Amir lagi.
“Awak dah dengarkan saya cakap apa tadi. Saya nak putuskan hubungan kita ni. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Maaf.”
 “Awak. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak Zulaika.”
“Lupakan saya Amir. Kita tak layak bersama.”
“Tak. Saya tak kan pernah lupakan awak Zulaika. Saya cintakan awak dan saya tahu yang awak pun cintakan saya juga kan?”Amir masih ingin berkata. Namun Zulaika tidak membalas lagi. Hanya sekadar mendengar.
“Zulaika. Saya tak tahu apa yang dah jadi pada hubungan kita berdua ni. Tapi saya nak awak tahu yang ada hanya satu nama saja dalam hati saya ni. Hanya nama awak Zulaika. Hanya awak.”
          Zulaika mula meneruskan langkah.Meninggalkan Amir yang berdiri terkaku di situ.Rasa sedih dan terkilan jelas terpancar di riak wajah lelaki itu.Namun dia tiada pilihan.Air mata di pipinya tidak dapat ditahan lagi. Habis berlari turun menyentuh pipi gebunya.
..........................................................................................
“Hye Kak Syila.”sapa Zuhaira tersenyum setelah kelibat Syila sedang menunggu di salah satu meja makan di restoran yang dijanjikan mereka berdua itu.
“Hye.. “balas Syila sekadar senyum kelat.
“Kenapa Kak Syila ajak Aira keluar ni? Siap jangan beritahu Kak Long lagi. Ni mesti ada rahsia Kak Long yang akak nak beritahu Aira ni ya..”kata Zuhaira seakan ingin berseloroh sambil melabuhkan punggungnya di hadapan kawan kakaknya itu tetapi Syila masih dengan wajah tenangnya. Tidak sedikitpun tersenyum dengan kata-kata Zuhaira itu tadi.
“Kak Syila nak tanya Aira sesuatu.”
Syila memulakan bicara.
“Nak tanya? Tanya apa Kak Syila? Nampak macam masalah besar je ni.”kata Zuhaira seakan ingin cuba berseloroh lagi.
“Betul ke Aira ada hati dekat Amir. Teman lelaki Kak Long Aira?”lancang mulut Syila bertanya. Tidak sedikit pun berlapik kerana dari minggu lepas lagi soalan itu ingin diluahkan pada gadis yang berada di hadapannya itu.
“Emm. Macamana...”Zuhaira seakan ingin berkata tetapi Syila pantas mencelah.
“Jawab soalan akak Aira. Betul ke?”
          Zuhaira mengangguk perlahan tanda benar.Mata tidak tepat memandang ke wajah wanita itu.
“Aira Aira. Apa salah kakak kamu tu ha Aira? Sampai kamu sanggup hancurkan kebahagian dia dengan Amir. Aira. Sebenarnya akak tak nak cakap benda ni walaupun Kak Long kamu halang akak beritahu kamu pasal hal ni. Tapi kakak tak boleh Aira. Kakak tak boleh tengok Kak Long kamu hidup terseksa lagi Aira. Kamu tahu tak. Kak Long kamu tu sanggup korbankan cinta dia pada Amir semata-mata kerana kamu Aira. Adik dia.”
“Kak Syila. Aira minta maaf. Aira tak berniat pun nak ada hati dengan Abg Amir. Aira cuma..”
“Cuma apa hah? Cuma nak tengok Kak Long kamu tu sedih? Macam tu?Kamu tahu tak Aira. Kerana kamu juga, Kak Long kamu dah putuskan hubungan dia dengan Amir sekarang. Semata-mata nak bagi kebahagiaan pada kamu Aira.”
“Apa? Betul ke kak?”
Zuhaira terkesima seketika.
“Kenapa? Kamu suka la sekarang kan? Dapat hancurkan kebahagiaan kakak kamu sendiri kan?”
          Zuhaira mati kata lagi.Tidak sangka sejauh itu pengorbanan kakaknya. Dia mula rasa menyesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~