14 Julai 2011

~Bab 1~

Bab 1
Bangun semua!..”
“Terima kasih cikgu!..”
“Baik. Terima kasih. Make sure homework yang saya bagi tadi kamu semua siapkan esok ya..”pesan Cikgu Salina,guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sambil membimbit beg tangannya melangkah beredar dari Kelas 6 Cempaka 3.
“Zulaika.?!”
“Em.?”balas Zulaika sambil menyusun buku-bukunya yang ada di atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg sandang yang selalu dibawanya. Segera memandang Syila yang berada di sebelahnya.
“Adik kau tunggu tu...”kata Syila sambil menunding jari telunjuknya ke luar koridor kelas. Kelihatan Zuhaira lagak sedang menunggu. Sesekali merenung persekitaran sekolah.
“Owh. Ok. Aku balik dulu ya. Bye..”balas Zulaika semakin pantas menyusun buku-bukunya itu.
“Ok. Jumpa esok.”balas Syila melambai senyum.
          Zulaika senyum balas dan segera keluar kelas menghampiri Zuhaira yang tersenyum manis memandangnya.
 “Dah lama tunggu Kak Long?”tanya Zulaika tersenyum memandang adiknya yang kini berumur enam belas tahun, muda tiga tahun daripadanya sahaja.
“Tak. Baru je. Tadi adik ada kelas pendidikan seni. Tu yang terus datang sini ni.”
“Owh. Ok. Jom..”
          Kedua-dua adik-beradik itu melangkah seiring menuju ke pondok menunggu bas sekolah setelah berhenti sebentar membeli rojak yang dijual berhampiran dengan pintu pagar sekolah.
“Adik. Petang ni Kak Long ingat nak keluar dengan Abg Amir la. Adik nak ikut tak?”tanya Zulaika sambil mengunyah buah pelam jeruk yang berada di tangannya. Turut sama Zuhaira yang lebih suka minum air yang berbungkus.
“Abg Amir?em..Tak nak la Kak Long. Boring la. Dia asyik layan Kak Long je. Adik macam tiang lampu pula“
          Zulaika tersenyum lucu dengan kata-kata adiknya itu kerana memang benar apa yang dikata. Sebelum ini jika Zuhaira ikut serta pasti hanya duduk diam membisu. Hanya memerhati gelagatnya dengan Amir sahaja.
          Zulaika dan Zuhaira menanti bas sekolah untuk pulang ke rumah seperti biasa sambil meneruskan perbualan.Sesekali gelak tawa adik-beradik itu kedengaran mengamitkan suasana pulang sekolah.
.........................................................................................
“Pa. Projek di Taman Bandar Limau dalam masa lima hari lagi bakal siap.”kata Amir sedang duduk berhadapan dengan Azman,ayahnya yang dalam lingkungan umur lima puluh empat tahun. Lelaki itu merupakan CEO Syarikat Permata Hilir yang telah dibangunkan sejak Amir masih belajar merangkak lagi.
“Ok.. emm. Papa tugaskan kamu dengan Hadi handle projek tu ya. Sebab papa kena handle projek di Taman Putri Cina” pinta Azman sambil menyelak fail yang berada di hadapannya. Sekilas memandang anak lelaki tunggal kesayangannya itu.
“Ok pa. No problem!.”
“Emm..anyway. Semalam mama ada beritahu papa yang Amir dapat surat tawaran sambung study di London. Course Marketing Management. Betul ke?”tanya Azman setelah menutup fail kerjanya itu.
“Ya pa.”angguk Amir tersenyum.
So macamana? Tak berminat ke?”
“Emm. Buat masa ni Amir belum fikirkan lagi la pa..”balas Amir teragak-agak.
“Amir. Peluang just datang sekali je. Jangan fikir lama sangat. Takut nanti terlepas. Ok la papa ada meeting lagi lepas ni. I have to go now. And jangan lupa nanti balik rumah, beritahu mama yang papa maybe balik lewat sikit hari ni. Sebab nanti papa kena makan dengan client papa ni ok. Sambil-sambil tu kami nak discuss pasal projek baru ni”
          Terang Azman segera bangun sambil menyarungkan baju kotnya ke badan dan melangkah keluar bilik sejurus menarik beg bimbit yang sentiasa dibawanya.Sekilas memandang Amir.
“Ok pa..”angguk Amir faham sambil memandang ayahnya itu berlalu pergi.Mindanya pula berlari jauh teringat akan insan yang bergelar kekasih hati iaitu Zulaika.
..........................................................................................
“Assalamualaikum ma.”ucap Amir sambil memeluk manja Hasnah dari belakang yang sedang asyik mengoreng telur di atas kuali panas.Dikucupnya pipi wanita yang berumur dalam lingkungan empat puluh sembilan tahun itu dengan lembut.
“Waalaikumusalam. Amir. Ish. Apa ni? Pergi la mandi dulu. Busuknya.”balas Hasnah geleng kepala sambil sebelah tangan menutup hidung.Tersenyum dengan telatah anak tunggalnya itu.
          Amir hanya tertawa lucu.Dia membetulkan sedikit cermin mata yang dipakainya.Dia melangkah ke arah peti sejuk dan mengambil air botol yang ada lalu dihirupnya perlahan.
“Mama tak kerja ke hari ni?”tanya Amir setelah meletakkan air botol itu ke tempat asalnya semula.
“Tak. Hari ni kan hari sabtu.”balas Hasnah yang masih dengan gelagatnya.Dia berkerja sebagai kakitangan kerajaan di bank sebelum mendirikan rumah tangga dengan Azman lagi.
“Owh. Em. Kan best kalau Amir pun cuti juga. Boleh la Amir teman mama kat rumah ni tadi.”
“Hem yela tu. Em. Papa mana Amir? Tak balik sekali ke?” tanya Hasnah sambil terintai-intai ke depan ruang tamu.  Mencari kelibat suaminya.
“Owh. Terlupa pula Amir. Hari ni papa balik lewat sikit la ma. Ada meeting dengan client katanya tadi. ”
“Owh..emm..Hari ni Amir keluar dengan Zulaika tak?” tanya Hasnah sekilas memandang Amir. Dia sedia maklum dengan hubungan anak muda itu dengan kekasih hatinya, Zulaika. 

    Hasnah dan Azman tidak mempunyai masalah dalam hubungan kedua-dua anak remaja itu malah mereka menyambut baik kedatangan gadis itu ke dalam rumah ini kelak.
“Kejap lagi kami plan nak keluar la ni. Kenapa ma?”
“Tak ada la. Mama ada masak ayam masak sambal tadi. Boleh la nanti Amir kirimkan sikit kat Zulaika dengan family  dia ya.”
“Owh. Ingatkan apa tadi. Hem. Ok. Nanti mama bungkus. Amir nak naik atas mandi dulu ya..”angguk Amir faham tersenyum memandang ibunya itu.
“Hem yela.” balas Hasnah sambil meneruskan kerjanya. Sementara Amir berlalu keluar dapur ke tingkat atas bilik tidurnya.Ingin segera bersiap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel ketiga ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~MemBer BLOg ima~